Hello, Mommies!
Hujung minggu ini adalah masa untuk bersama anak-anak. Pelbagai aktiviti ibu bapa boleh lakukan dalam memastikan anak-anak sentiasa bergerak aktif. Menurut penelitian di Georgia Health Sciences University, Amerika Syarikat dengan menggerakkan badan, ia bukan sahaja untuk kecergasan dan mengurangkan risiko berat badan berlebihan tetapi membuatkan hati anak lebih baik dan gembira.
Jom bawa anak-anak melakukan aktiviti ini agar membantu mereka mengekalkan tenaga dan pada masa yang sama boleh mencegah daripada terkena penyakit seterusnya membuatkan otak mereka lebih aktif.
Aktiviti Menarik Untuk Anak Kekal Aktif

Aktiviti Menarik Untuk Anak Kekal Aktif

1. Berjalan di kawasan rumah

Luangkan masa pada waktu petang bersama anak dengan berjalan-jalan di kawasan rumah atau taman permainan berhampiran rumah. Tentu anak-anak seronok berjalan-jalan lebih-lebih lagi sebelum ini, mereka hanya terperuk dirumah. Pada masa yang sama, mommies boleh ajar anak benda-benda yang ada disekelilingnya.

 

Berjalan-jalan bersama anak

Berjalan-jalan bersama anak

2. Berbasikal

Aktiviti ini cukup seronok dan menyenangkan untuk anda dan anak-anak. Boleh ajak kawan-kawan yang tinggal berhampiran untuk bermain bersama. Namun, pastikan waktu bermain basikal itu sesuai dengan masanya dan bahang matahari tidak terlalu panas.
Berbasikal bersama kawan-kawan

Berbasikal bersama kawan-kawan

3. Aktiviti berenang

Aktiviti berenang merupakan aktiviti yang menyeronokkan dan sudah pasti membuatkan anak anda bergerak aktif. Mungkin juga mommies boleh melihat anak menyerlahkan bakatnya melalui renang. Tetapi, pastikan keselamatan anak ketika di kolam renang untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini.
Bawa anak ke kolam renang

Bawa anak ke kolam renang

4. Bermain diluar

Sekali sekala mommies boleh bawa anak bermain diluar dengan mengeksplorasi alam sekitar seperti pergi pantai, kawasan hutan atau sawah padi. Biarkan pakaian mereka kotor dan dipenuhi lumpur, pasir daripada membiarkan mereka 24 jam dengan gajet.
Bermain diluar

Bermain diluar

5. Bermain games interaktif

Tidak salah anak-anak bermain games tetapi pilihlah games interaktif yang boleh menguji minda dan memastikan anak sentiasa bergerak aktif. Contohnya, bermain badminton, masak-masak, lompat tali dan sebagainya.

6. Mewarna gambar

Aktiviti mewarna juga boleh membantu anak-anak memberikan tumpuan sebab ia melibatkan semua anggota badan, fikiran dan perasaan mereka. Ibu bapa boleh mewarna bersama anak dan memberikan tunjuk ajar.
Aktiviti Mewarna

Aktiviti Mewarna

7. Bermain detektif

Bermain detektif ini dijalankan dengan tunjukkan anak sesuatu benda dan sembunyikannya. Kemudian, beritahu anak-anak tentang petunjuk yang boleh membantu mereka mencari benda tersebut. Permainan interaktif ini juga membantu anak anda dalam mengasah kemampuan dan merancang.

8. Bercerita

Sebelum tidur, ibu bapa boleh bercerita tentang kisah-kisah yang memberikan nilai-nilai moral kepada anak-anak. Cara ini melatih anak memberikan tumpuan terhadap apa yang diceritakan dan dapat meningkatkan kemampuan mengingat.
Bercerita bersama anak-anak

Bercerita bersama anak-anak

9. Cuba Teka!

Permainan Cuba Teka! ini dilakukan dengan masukkan barangan ke dalam kotak dan memberikan anak-anak meneka barangan tersebut. Ia boleh meransang daya ingatan dan kemampuan anak-anak untuk mengenalpasti barangan tersebut.

10. Playland

Jika ibu bapa sukar membawa anak-anak ke taman permainan, anda boleh bermain rintangan bersama di rumah. Ibu bapa boleh menyusun beberapa barangan rumah seperti kerusi, meja, sofa, bantal dan sebagainya. Permainan ini membantu anak anda berfikir secara kretif dalam menghadapi rintangan yang berbeza dan melatih mereka dalam mengawal gerak badan.
Jom bermain dengan anak-anak supaya mereka kekal aktif dan sihat!
Jom jalan-jalan bersama anak!

Jom jalan-jalan bersama anak!

Semoga bermanfaat!

Always & Forever,

Eva Matt’s

Discovering Parenthood