hello beautiful
Kehamilan sentiasa dipenuhi dengan perubahan dramatik yang mungkin doktor sendiri tidak memberitahu kita mengenai perubahan tersebut. Teringat Eva dulu masa pregnant Cik Sora and Tito Bravo, memang excited apatah lagi bila tahu gender baby, shopping sakan di KK sampai malam (don’t follow). 1st pregnancy memang Eva kurang tau what to do,what to expect. Syukur ada family and friends bagi tips and share pengalaman.

Berikut merupakan perubahan yang mungkin mommies tidak jangkakan berlaku sepanjang kehamilan.

10sebab

#1 Saiz Pakaian Dalam

Start dari trimester yang pertama saiz payudara kita semakin membesar dan membengkak secara berterusan sepanjang kehamilan. Jadi, sangat penting untuk bakal ibu mendapatkan pakaian dalam yang bersesuaian dengan perubahan saiz payudara (salah satu tujuan shopping hehe)

#2 Saiz kasut

Sebelum pregnant saiz kasut Eva is 6, sekali bertukar saiz 9.Macam saiz gajah.Haha.. Keadaan ini berlaku kerana kaki akan membengkak sedikit dan saiz kasut pun menjadi lebih besar dari biasa. Mommies perlu pilih kasut yang selesa untuk menyokong pergerakan. Eva suka sangat kasut jenis ballerina, every month beli satu.

#3 Mood sentiasa berubah

Time pregnant Cik Sora dulu, Eva rasa nak bercantik ja.Pembawaan bayi mungkin sebab baby girl. Kalau mood mommies sentiasa berubah-ubah sepanjang kehamilan, don’t worry sebab ianya normal dan akan berakhir pada akhir trimester ketiga.

#4 Sembelit

Ada beberapa kali semasa pregnant, Eva mengalami sembelit. Seksanya. So, mommies jangan biarkan sembelit berlarutan. Makan makanan yang kaya dengan serat, minum air yang banyak dan lakukan senaman ringan bagi mengelakkan sembelit dan kalau boleh, jangan sampai kena buasir.

#5 Rambut

Sepanjang kehamilan, Eva tidak mengalami rambut gugur atau rambut tumbuh dengan cepat. Jika mommies mengalami situasi ini, ianya disebabkan oleh pertambahan hormon di dalam badan.

#6 Kulit

Ada di antara ibu yang hamil yang mengalami kulit sensitif tapi ada juga yang bertuah kerana mempunyai kulit yang sihat dan berseri-seri. Time hamil, Eva agak terkejut dengan tanda regangan di seluruh  bahagian abdomen dan kadang-kadang kulit rasa gatal. Lepas itu, Eva sapu dengan losyen untuk kurangkan rasa gatal.
Perubahan Ketika Hamil

Perubahan Ketika Hamil

#7 Kuku

Pertambahan hormon juga boleh menyebabkan kuku tumbuh dengan cepat. Tapi, itu bergantung kepada individu masing-masing. Kuku Eva pula cepat patah tetapi cepat tumbuh.

#8 Sukar fokus

Terutamanya pada trimester pertama, morning sickness menyebabkan mommies kurang fokus dan maybe mudah lupa. Eva tidak mengalami morning sickness yang teruk cuma kadang-kadang kurang fokus disebabkan keletihan.

#9 Merajinkan diri sendiri

Part paling lucu, tiba-tiba rajin pula kemas rumah, cuci kain, cuci pinggan mangkuk (dulu tidak suka) dan macam-macam lagi mahu dibuat. Ini mungkin disebabkan kita mahu menerima orang baru jadi kita pun mula menghias dan membersihkan rumah sebelum kehadiran si kecil.

#10 Vena varikos

Vena varikos, yang mana ditemui di bahagian kaki dan kawasan genital mungkin telah berkembang dan menjadi ketara semasa kehamilan. So, mommies boleh kurangkan dengan jangan berdiri dan duduk terlalu lama, dan pakai pakaian yang longgar serta stokin yang boleh menyokong pergerakan.
So, if mommies ada masalah hubungi doktor kerana mereka lebih arif mengenai perkara-perkara tersebut.

www.aveheart.com