Petua Kurus Dengan Cepat Tanpa Ubat
Health Tips

10 Petua Kurus Dengan Cepat Tanpa Ubat

Mesti ramai yang mula risau terutama wanita apabila berat badan bertambah tanpa sebab. Usaha mencari “penawar” untuk kembali kurus dan langsing pun bermula.

Tanpa mengambil kira berapa banyak dihabiskan untuk kos perbelanjaan mahupun kesan sampingan yang bakal dialami, mereka sanggup membeli ubat-ubatan yang belum tentu keberkesanan bagi mengatasi masalah berat badan.

Tahukah anda bahawa anda boleh kurus dengan petua ini?


1. Minum air secukupnya atau sekurang-kurangnya lapan gelas sehari

  • Air mengurangkan selera makan secara semulajadi disamping membantu meningkatkan metabolisme simpanan lemak di dalam tubuh.
  • Sebelum makan makanan yang berat, cuba minum air dahulu dan pasti anda tidak akan makan dengan banyak.
  • Bawa air kosong yang mencukupi ke tempat kerja

2. Makan dengan perlahan-lahan

  • Nikmati dan kunyahlah makanan dengan perlahan-lahan.
  • Bila makan secara perlahan, tubuh akan menunjukkan isyarat menunjukkan kepuasan.

3. Banyakkan makan buah dan sayur

  • Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber terbaik untuk vitamin, mineral dan serat.
  • Ia juga mengandungi kandungan lemak yang rendah.

4. Ambil sarapan pagi

  • Mengambil sarapan pagi membantu mengurangkan berat badan anda. Ini kerana sarapan pagi menstabilkan hormon dan paras gula di dalam darah.
  • Kadar metabolisme juga meningkat untuk membakar kalori.
Sarapan pagi yang berkhasiat untuk hari yang hebat!
Sarapan pagi yang berkhasiat untuk hari yang hebat!

5. Kurangkan garam

  • Pengambilan garam yang tinggi menggalakkan penakungan air.
  • Kurangkan pengambilan garam agar badan tidak menakung air dan sudah tentu berat pun berkurang.

6. Elak minuman bergas atau berkarbonat

  • Minuman bergas biasanya mengandungi tujuh hingga lapan sudu gula. Ini tidak baik untuk kesihatan tubuh.

7. Kurangkan pengambilan marjerin

  • Elak mengambil marjerin dalam menu harian kita.

8. Rebus, panggang dan kukus

  • Gunakan cara masakan ini – merebus, memanggang dan mengukus bila memasak menu kita.
  • Ini membantu mengurangkan jumlah kalori dalam makanan.

9. Kurangkan gula

  • Elak atau kurangkan pengambilan gula dalam makanan seharian. Ini kerana setiap satu sudu gula mengandungi 15g (60 kalori)

10. Makan gula-gula getah

  • Jika terasa ingin makan snek atau makanan ringan, beruslah gigi atau kunyahlah gula-gula getah kerana rasa mint atau berangin akan membantutkan selera makan anda.

Best tak petua diatas? Nak tips lagi?
Set Kurus Shaklee Untuk Perut Buncit

Jika ingin mempercepatkan penurunan badan selain menjaga pemakanan, anda perlu bersenam!

Lakukan pelbagai aktiviti bersenam seperti berjalan, berbasikal, jogging, berenang atau treadmill.

Jika tidak biasa bersenam, mula dengan perlahan-lahan. Cari kawan bersenam yang mempunyai target yang sama dengan anda.

Semoga dengan tips ini membantu anda memiliki berat badan yang ideal.

 

SWEAT IS JUST FAT CRYING!

 Teruskan usaha secara konsisten untuk tubuh yang kurus dan sihat.

Cheers!

 Always & Forever,

Eva Matt’s

Stories of AveHeart | Discovering Parenthood

pengedar-shaklee-sabah

 

Mommy to Sora Estafania, Tito Bravo and Emico Bendervat. Part-time Parenting & Lifestyle Blogger. Shaklee Mentor - Founder of #VivaciousTeam, #TicerSlim and Lifelong learner.

8 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge