hello beautiful
Sakit bersalin adalah berbeza-beza kepada setiap wanita. Sesetengah wanita mengalami pengalaman bersalin normal dan tidak mengambil sebarang ubat. Ada juga wanita yang menggunakan kaedah semulajadi untuk melegakan ketidakselesaan di awal proses bersalin tetapi kemudian mengambil epidural atau pelega kesakitan narkotik pada lewat proses bersalin.
Terdapat banyak kaedah bebas dadah untuk mengurangkan kesakitan dan stres ketika proses bersalin. Kaedah-kaedah ini boleh membantu mami untuk mengalihkan perhatian daripada kesakitan bersalin, melegakan dan merelekskan mami apabila memasuki bilik bersalin.
10 Tips Kurangkan Kesakitan Bersalin Secara Semulajadi

10 Tips Kurangkan Kesakitan Bersalin Secara Semulajadi

#1 Teknik Pernafasan

Ini adalah teknik paling popular bagi pelega kesakitan semulajadi ketika bersalin. Ia melibatkan pernafasan yang stabil dan beritma untuk membantu tubuh releks dan mengalihkan tumpuan daripada kesakitan bersalin. Selain itu, ia membantu mengurangkan rasa loya atau pening semasa bersalin seterusnya memberikan lebih banyak oksigen kepada tubuh dan bayi dalam kandungan.
Teknik pernafasan berfungsi dengan baik jika dipraktikkan sebelum pelahiran. Teknik pernafasan seperti Lamaze diajar di dalam kelas pendidikan pelahiran. Mami boleh mengikuti kelas tersebut bersama pasangan untuk mempelajari teknik pernafasan yang betul.

#2 Teknik istirehat

Teknik istirehat membantu mami untuk melepaskan kesakitan dan tekanan yang mungkin dirasai pada bahagian-bahagian tertentu tubuh anda. Daripada bergelut dengan kesakitan bersalin yang mana boleh mencetus tekanan lebih teruk, teknik istirehat dapat membantu mami menangani kesakitan tersebut dengan membiarkannya datang dan pergi secara semulajadi.
Terdapat dua jenis teknik istirehat:
  • Istirehat progresif: Anda merehatkan sekumpulan otot di dalam satu masa semasa anda bersalin.
  • Istirehat sentuhan: Jurulatih atau penasihat bersalin menyentuh atau mengurut sekumpulan otot tertentu untuk membantu diri fokus kepada istirehat.

Untuk menggunakan teknik istirehat, mami perlu cuba tips ini:

  • Cari tempat yang senyap.
  • Berdiri, duduk atau baring di dalam posisi yang selesa.
  • Bernafas secara perlahan dan dalam.
  • Fokuskan pada bahagian tubuh yang mami rasa amat tertekan dan cuba untuk releks.

#3 Teknik urutan

Urutan boleh membantu mengurangkan sakit ketika bersalin. Mami boleh melakukan urutan sendiri dengan menggosok perut semasa berlaku kontraksi  atau meminta pasangan mengurut anda untuk menstimulasikan pelepasan pelega kesakitan semulajadi dari tubuh.

Mami dan pasangan boleh cuba tips ini semasa belajar mengurut:

  • Memanaskan otot dengan tuala panas atau pelapik haba kerana ia boleh membantu mengurangkan tekanan.
  • Guna minyak atau losyen dapat membantu tangan mencapai seluruh bahagian badan dengan lebih lembut.
  • Letak satu tangan pada bahagian tertentu ketika anda mendapatkan minyak dan losyen dapat membuatkan anda releks seketika.

#4 Teknik meditasi

Teknik meditasi dapat membantu menangani kesakitan dengan fokus pada satu objek, gambar atau bunyi tertentu. Mami perlu menumpukan perhatian pada poin fokus agar membantu minda memikirkan perkara lain, bukan kesakitan bersalin.

Cuba tips bermeditasi berikut:

  • Guna satu gambar atau imej di dalam fikiran untuk difokus.
  • Mami juga boleh fokus pada satu perkataan tertentu dan ulanginya beberapa kali.
  • Jangan risau jika fikiran terganggu, cuba tumpukan perhatian pada poin fokus.

#5 Guided Imagery / Gambaran terbimbing

Guided imagery juga dipanggil bermimpi di siang hari dengan tujuan tertentu. Gambaran terbimbing memerlukan mami menggambarkan diri dalam keadaan releks dan selesa. Tempat khayalan tersebut boleh jadi di pantai, sawah padi, tempat yang pernah dilawati atau satu kawasan fantasi. Tujuan guided imagery adalah membiarkan fikiran melayang ke tempat yang menyelesakan ketika mami terasa sakit bersalin.

Tips membantu bagi gambaran terbimbing:

  • Biarkan tubuh releks ketika fikiran membawa diri anda ke tempat khayalan tersebut.
  • Fokus kepada butiran tempat tersebut seperti udara, bau, bunyi dan sebagainya.
  • Boleh juga mainkan muzik lembut untuk membantu mami berasa seperti berada di tempat tersebut.

#6 Tukar posisi

Dengan menukar posisi semasa bersalin boleh membantu mami merasa selesa di samping membantu memperbaiki peredaran darah. Beberapa posisi ini boleh mami cuba untuk melegakan sedikit sebanyak sakit bersalin.
  • Duduk secara tegak – boleh meningkatkan keselesaan dan kepantasan pengecutan di dalam kelahiran awal.
  • Mencangkung – membantu rasa hendak bersalin semakin hampir.
  • Duduk di atas bola bersalin – membantu mengurangkan rasa sakit.

#7 Orang sokongan atau doula

Orang sokongan seperti suami atau ahli keluarga boleh membantu memberikan sokongan emosional dan bantuan di dalam pernafasan dan teknik istirehat yang anda pelajari semasa kelas pendidikan pelahiran – Peranan Suami Ketika Isteri Sakit Bersalin. 
Terdapat wanita yang menggaji seorang doula atau dikenali sebagai labour coach untuk membantu semasa proses bersalin. Seorang doula akan memberikan sokongan kepada ibu dan pasangan untuk mengurangkan tekanan semasa tempoh bersalin yang panjang.

#8 Terapi air

Mandian atau pancuran air panas bagi sesetengah wanita boleh mengurangkan ketidakselesaan bersalin buat seketika. Rasa air suam dapat melegakan kulit tubuh daripada kesakitan tetapi pastikan suhu air adalah sesuai kira-kira 98 – 100 darjah F bagi mengelakkan demam pada ibu dan bayi.

#9Terapi panas dan sejuk

Mami boleh memilih menggunakan tekapan panas atau sejuk atau kedua-duanya sekali untuk melegakan kesakitan bersalin.
  • Lekapan panas – membantu melegakan tekanan otot.
  • Lekapan sejuk – meletakkan kain sejuk atas dahi dapat membantu menyejukkan tubuh dan melegakan tekanan.

#10 Pilihan alternatif

Terdapat beberapa pilihan alternatif sebagai pelega kesakitan semulajadi seperti akupuntur, refleksologi dan hipnosis. Namun, lebih banyak kajian diperlukan untuk membuktikan keberkesanan kaedah-kaedah ini. Mami perlu berjumpa dan berbincang dengan doktor tentang kaedah tersebut.

www.aveheart.com