Hello Beautiful!

Hello Beautiful!

Setiap kanak-kanak mempunyai masalah dalam tingkah lakunya yang merisaukan ibu bapa. Kadang-kadang anak-anak akan menunjukkan rasa tidak puas hatinya dengan tidak mahu makan, meragam, degil, tidak mendengar kata, bertanya soalan yang sama berulang kali atau melakukan sesuatu untuk menarik perhatian. Perbuatan si kecil ini mungkin membuatkan mami merasa geram hingga berteriak.
Eva pun pernah mengalami situasi ini hingga si mummy meninggikan suara dengan Si Sora and Tito. Sometimes, Eva terfikir kenapa dua orang budak kecil ini tidak menurut kata si mummy? Bukan susah pun. Betul-betul menguji kesabaran terutamanya si Sora yang sedang dalam umur ‘tantrum’. Aduhai.. Namun, mami tidak boleh terus menerus marah-marah kan. Bikin sakit hati dan perasaan ja. Hehe.

So, ada caranya mami boleh stop ‘yelling’ si kecil yang comel tu dengan mengubah cara kita berinteraksi dengan mereka.

#1 Tanya anak apa yang mereka mahukan

Mami boleh tanya anak apa yang mereka inginkan daripada kita. Bila mami berbicara dengan anak, segera minta anak berhenti bergerak dengan cara memegang kedua tangannya. Kemudian, minta si kecil duduk atau berdiri sebentar dan hadapkan wajahnya pada kita sehingga perhatiannya fokus pada kita. Mami boleh berbicara perlahan-lahan dengan si kecil agar mami faham apa yang diinginkan.

#2 Berikan time-out

Bila anak tidak mendengar kata, mami boleh memberikan time out / berhenti seketika dalam masa 10 minit. Time out ini bertujuan untuk memberi masa kepada anak untuk berfikir dan untuk memastikan dia tahu kenapa dihukum. Pilih satu sudut dalam rumah dan biarkan anak duduk sehingga masa habis. Pastikan juga anak bukan bermain dengan alat-alat permainan, menonton televisyen atau aktiviti-aktiviti lain.

#3 Peluk Si Kecil

Cara ini Eva selalu apply sebelum gunung berapi meletus. Haha. Eva peluk erat-erat dan kiss lagi supaya rasa marah itu hilang. Eva tengok muka si kecil dan ingat anak-anaklah anugerah Tuhan yang terbaik. Terus hilang marah tu sedikit demi sedikit.

#4 Tarik nafas,hembus nafas

Cara ini simple tapi ia sangat membantu kita untuk berfikir sejenak tentang apa yang berlaku. Bila api kemarahan meluap-luap, mami boleh buat senaman tarik nafas, hembus nafas beberapa kali. Orang kata, jangan mengeluarkan kata-kata marah ketika kita marah, nanti kita menyesal pula.

#5 Bermain bersama anak

Anak mungkin mendambakan perhatian daripada kita jadi si kecil mahu kita bermain bersama. Jadi, mami boleh ambil masa untuk bermain dengan anak walaupun sibuk. Untuk tukar suasana, mami boleh bawa si kecil berjalan-jalan di luar kawasan rumah sambil menikmati pemandangan. Lagi bagus, mami bawa anak-anak lakukan aktiviti bersenam seperti jogging atau berenang.
10 Tips Untuk Mami Berhenti Berteriak Bila Si Kecil Tidak Mendengar

10 Tips Untuk Mami Berhenti Berteriak Bila Si Kecil Tidak Mendengar

#6 Tutup mata

Mami boleh tutup mata dan fikir dalam minda semua benda yang mami tidak suka, benda yang buat mami marah tentang anak-anak. Once mami sudah keluarkan semua rasa tidak senang itu, mami buka mata dan atasi masalah tersebut tetapi jangan berteriak. Apabila mami mengambil keputusan untuk bertindak balas terhadap anak, segera lakukan. Kelewatan memberi tindak balas kepada tingkah lakunya akan memberi kesan kepada dirinya.

#7 Bercakap dengan kawan

Eva selalu mengadu dengan my bff kalau pasal anak-anak ini. Luahkan perasaan yang marah-marah itu supaya hati pun senang. Mami diluar sana mesti ada pengalaman yang sama kan.

#8 Menari

Pasang lagu favorite dan let’s dance. Anak-anak pun mesti nak join juga. Lama-lama hilang rasa marah si mami kan.

#9 Baca buku

Bila mami rasa mahu marah, boleh ambil masa untuk baca buku. Apa saja bahan bacaaan, majalah pun boleh. Jangan tunggu sehingga mami hilang sabar dengan karenah anak.

#10 Masuk dalam bilik

Kadang-kadang kalau kita tidak boleh handle rasa marah dengan anak-anak, mami boleh masuk bilik dan buat meditasi. Bila masuk bilik ini, mahu menangis pun boleh tapi jangan depan anak-anak. For me, menangis itu perlu supaya kita boleh hilangkan rasa marah tersebut. Fikir yang baik-baik sahaja.

 

Eva percaya mami mempunyai cara yang terbaik bila berhadapan dengan si kecil yang degil. Namun, cuba dengan cara lembut dengan kata-kata nasihat kerana anak perlu diajar mengenai disiplin, bukannya hukuman. Disiplin akan mengajar kanak-kanak untuk mengawal dirinya dan sedar akan had kanak-kanak.

Semoga bermanfaat

www.aveheart.com