Salam ceria semua!

Sepanjang bulan Ramadan ini, pemilihan makanan berkhasiat amat penting agar mampu memberikan tenaga kepada ibu-ibu untuk melakukan aktiviti harian. Salah satu jenis makanan yang terbaik ialah makanan kering. Walaupun telah mengalami proses pengeringan namun khasiatnya masih tersimpan dengan baik.

Mari ketahui kebaikan 11 snek yang sesuai diambil ketika berpuasa.

1. Kurma

  • Kurma mengandungi karbohidrat.
  • Dengan hanya 3 biji kurma, ia memberikan potassium yang tinggi dan hanya mempunyai 96 kalori.

buah-kurma

2. Kismis

  • Buah anggur yang dikeringkan ini merupakan sumber zat besi yang paling baik untuk tubuh.
  • Kandungan seratnya sama ada larut ataupun tidak larut dapat membantu sistem penghadaman dan mengurangkan kolestrol dalam badan.

raisincontent

3. Ceri Kering

  • Mengandungi potassium dan vitamin A.
  • Ceri yang dikeringkan mengandungi banyak melatonin yang membantu untuk cepat tidur.

smoked_cherries_large

4. Aprikot Kering

  • Buah ini mengandungi zat besi, potassium, beta karotena dan serat yang sangat tinggi.

Dried_Apricot

5. Kacang Hazel

  • Membantu kelancaran system percernaan.
  • Antara nutrisi yang dibekalkan oleh kacang hazel ialah thiamine, magnesium, beta-sitosterol dan phytosterol.

hazel-nuts

6. Walnut

  • Mengandungi magnesium, fosforus, beta karotena, linoleic acid dan phytosterosis.
  • Membantu mengurangkan gejala darah beku, rasa gatal atau radang pada kulit.

walnut

7. Prun

  • Kaya dengan serat, potassium dan antioksida.
  • 5 biji prun bersamaan dengan 100 kalori.

plums

8. Kacang Gajus

  • Ia kaya dengan kandungan protein, karbohidrat, zat besi, magnesium, fosforus, vitamin K dan phystosterol.
  • Bermanfaat sebagai bahan antiseptic iaitu melindungi tubuh dari serangan virus dan kuman.

Cashew%20Nuts%20Raw-1024x679

9. Pistachio

  • Membekalkan karbohidrat, zat besi, magnesium, potassium, thiamine, vitamin B6, vitamin A dan beta karotena kepada tubuh.
  • Membantu tubuh mengawal hipertensi dan memperkuatkan daya kekuatan mental dan mengawal tekanan.

turkish_pist_big

10. Kacang Badam

  • Antara kekacang yang bertindak sebagai antioksida.
  • Ia juga kaya dengan kandungan magnesium, fosforus, riboflavin, vitamin, phytosterol dan beta-sitosterol.

coklat-gelap-dengan-badam-ubat-stress

11. Kacang Brazil

  • Kaya dengan khasiat magnesium, fosforus, zat besi, zink, selenium, thiamine dan vitamin K.
  • Kacang brazil ini merupakan antara sumber terbaik untuk pesakit anemia.

brazils

So, ibu-ibu boleh sediakan 3-4 jenis buah-buahan kering dalam makanan sahur dengan minuman bijirin pilihan.

Cheerio!

Always & Forever,

Eva Matt’s

Discovering Parenthood