Tips Penjagaan Bayi Baru Lahir

Hello, Parents! Mesti happy kan bila terima cahayamata baru. Perasaan yang sukar digambarkan bila kita sebagai seorang ibu memegang dan melihat si bayi dalam dukungan kita. Selama 9 bulan lebih si baby berada dalam perut dengan pelbagai cabaran {tekanan darah naik la, diabetes, asma etc} akhirnya si baby lahir di dunia. So amazing!
Frankly speaking, banyak benda Eva tidak tahu ketika Sora lahir. Walaupun baca dalam buku ilmu parenting, tapi realitinya berbeza. Syukur, ada ibu, kakak-kakak dan kawan-kawan membantu dengan memberi petua, tips dalam menjaga bayi baru lahir.
Disini saya kongsikan ‘12 Perkara Ibu Bapa Wajib Tahu Untuk Penjagaan Bayi Baru Lahir’.
Tips Penjagaan Bayi Baru Lahir

Tips Penjagaan Bayi Baru Lahir

#1 Pusat bayi

Tunggul pusat bayi perlu dicuci dan pastikan ia sentiasa kering dan bersih.Tali pusat akan tertanggal dengan sendirinya antara 8 – 12 hari selepas kelahirannya.

#2 Ruam

Pada bahagian hidung dan beberapa bahagian tubuh yang lain mungkin terdapat tompok-tompok merah seperti ruam. Jangan bimbang kerana ia akan hilang dengan sendirinya.

#3 Kulit

Kebanyakan kulit bayi baru lahir akan mengalami kekeringan dan pengelupasan. Ini adalah proses semulajadi dan terjadi kerana kandungan minyak yang dihasilkan oleh kulit bayi belum stabil.
Untuk memastikan kulit bayi lebih licin dan halus, elakkan penggunaan sabun / pembersih yang kuat. Air sahaja sudah memadai dan paling baik dalam bulan pertama kelahirannya.

#4 Berat badan

Selepas 3 / 4 hari dilahirkan, berat badan bayi akan turun. Tetapi, selepas itu berat badan akan kembali meningkat selepas dua minggu dilahirkan.

#5 Mandi

Mandikan bayi dengan air suam, bukan air sejuk. Air sejuk boleh meningkatkan metabolisme tubuh bayi hingga menyebabkan makanan yang diserap oleh tubuh bayi cepat habis kerana digunakan untuk mengimbangi semula suhu tubuh. Akhirnya, bayi mudah hilang tenaga, cepat lemah dan berisiko jatuh sakit.

#6 Jaundis

Adalah normal bagi bayi baru lahir mengalami jaundis di antara hari kedua dan ketiga selepas lahir. Segera bawa bayi untuk pemeriksaan lanjut oleh doktor bagi memastikan tahap jaundisnya adalah terkawal.
Cara Penjagaan Bayi Baru Lahir

Cara Penjagaan Bayi Baru Lahir

#7 Kepala

Dalam satu bulan pertama, bayi tidak berupaya mengawal pergerakan kepalanya. Jadi, kepala dan lehernya perlu disokong.

#8 Urutan

Urutan untuk bayi baru lahir adalah perlu. Bayi yang selalu diurut biasanya kurang menangis dan tidur lebih lama dan menghasilkan kurang hormon tekanan.

#9 Pakaian bayi

Pakaian bayi yang baru dibeli perlu dicuci untuk mengelakkan jangkitan kuman atau bakteria kerana kulit bayi yang baru lahir amat sensitif.

#10 Sendawa

Bayi perlu sendawa selepas menyusu. Ada dua cara untuk sendawakan bayi sama ada dudukkan dia atau letakkan dia di atas bahu kemudian tepuk atau urut belakangnya dengan lembut sehingga dia sendawa.
Langkah ini bagus untuk mengelakkan masalah kembung perut dan terjeluak.

#11 Bedung bayi

Bayi tidur lena jika dibedung. Ini kerana bedung mengurangkannya daripada terkejut dan tidurnya tidak terganggu. Selepas usia sebulan, jangan bedung dikaki dan biarkan ia terbuka.

#12 Air liur

Sehingga usia 4 tahun, adalah biasa jika air liur bayi sering meleleh kerana proses penghasilan air liurnya memang aktif. Tetapi jika terlalu berlebihan, air liur itu berisiko menjadi punca radang disekitar mulutnya.
Air liur melelah tiada kaitan langsung dengan mitos ibu gagal memenuhi keinginan (mengidam) sewaktu hamil.

 

So, teori air liur meleleh si Tito Bravo ni tidak berkaitan dengan si mummy.Haha…

Sebelum ini, si Tito memang banyak air liur meleleh ini. Eva pun tidak ingat apa lagi benda yang tidak dimakan tapi semua itu mitos pula.
Selamat menyambut orang baru!
Psst: Hi Baby Anna and Jeremy!
Always & Forever,
Eva Matt’s
Discovering Parenthood