Hello

Trimester kedua bermula pada minggu ke- 13 hingga minggu ke-28. Di trimester kedua ini, perut mami akan mulai kelihatan membesar dan rasa mual, lemas yang dialami pada trimester pertama akan hilang. Selain itu, perubahan mood akan menjadi lebih baik dan mami mungkin akan mempunyai lebih banyak tenaga. Ini adalah waktu terbaik untuk melakukan tugas-tugas untuk menyambut bayi aka shopping pakaian bayi. Seronoknya tu bila ingat pengalaman membeli pakaian si Sora and Tito. Rambang mata nak pilih warna, macam warna pink ja yang cantik. Hehe.

Pada trimester kedua juga, berat badan akan bertambah dengan lebih cepat iaitu empat paun setiap bulan so, mami perlu memakai pakaian materniti.

Terdapat beberapa perubahan yang akan terjadi pada kehamilan kedua ini iaitu:

#1 Merasakan gerakan bayi di dalam perut

Mami mungkin akan merasa pergerakan bayi di dalam perut pada pertengahan trimester kedua. Bayi sudahpun bergerak sebelum ini cuma mami mungkin tidak perasan. Jika mami pernah hamil, mami mungkin rasa pergerakan yang dibuat kerana mami sudah biasa dengan perasaan ini. Untuk mami yang baru pertama kali mungkin tidak dapat mengenali gerakan bayinya sampai minggu ke 19 – 22. Best sangat bila bayi bergerak-gerak dalam perut, kadang-kadang boleh rasa gerakan kaki dan tangannya.

#2 Payudara semakin membesar

Payudara mami akan semakin membesar berbanding semasa trimester pertama kerana kelenjar susu yang sedang membesar dan lemak menyebabkan pembesaran tersebut. Cecair berwarna kekuning-kuningan yang dipanggil kolostrum mungkin akan terkeluar daripada puting mami.
Selain itu, kulit di sekitar puting akan semakin gelap dan mami mungkin mempunyai benjolan kecil di sekeliling puting. Benjolan-benjolan tersebut adalah kelenjar yang berminyak untuk menghalang puting daripada merekah.

#3 Kesan regangan kulit

Tidak semua wanita hamil mengalami kesan regangan tetapi ia adalah perkara yang biasa berlaku. Apabila kulit meregang, beberapa kawasan kulit mungkin akan tertarik. Kulit menjadi kurang anjal dan mengoyakkan kulit yang akan menyebabkan garisan di kulit. Kesan regangan selalu berlaku di perut dan payudara.

Beberapa perubahan kulit yang mungkin berlaku:

  • Kulit yang kering dan gatal terutamanya di perut. Pastikan kulit kekal lembap untuk kurangkan kegatalan.
  • Garisan gelap atau kecoklatan dari pusat sehingga bulu pubis dipanggil linea nigra.
  • Kulit terasa lebih sensitif di bawah sinaran cahaya matahari. Ini bermaksud kulit mami akan terbakar dengan lebih kerap dan pastikan menyapu sunblock cream.
  • Tompok-tompok gelap di muka yang dipanggil ‘topeng kehamilan’.
  • Tapak tangan yang berwarna kemerah-merahan dan gatal.

# 4 Kesakitan di kaki

Ketika mami sedang tidur, mungkin akan mengalami kekejangan kaki. Ini berlaku kerana bayi yang sedang membesar memberi tekanan kepada kaki. Atasinya dengan menaikkan kaki ke atas, tidur dengan posisi mengiring dan pastikan cukup kalsium. Bila mami terkena kekejangan kaki ketika duduk atau sebelum tidur, cuba untuk gerakkan jari-jari kaki ke arah atas.

#5 Sedikit pembengkakan

Pada trimester kedua, mungkin pergelangan kaki, muka dan tangan akan bengkak. Ini disebabkan oleh cecair yang banyak boleh melambatkan peredaran darah. Elakkan duduk dan berdiri terlalu lama.

#6 Sakit belakang, pelvik dan pinggang

Perut yang semakin membesar memerlukan sokongan dan ia boleh menyebabkan kesakitan pada bahagian belakang. Kawasan pelvik dan pinggang mungkin merasa sakit kerana hormon kehamilan melonggarkan ligamen-ligamen di dalam badan anda. Tulang akan mula bergerak untuk menyediakan proses kelahiran.
12 Perubahan Badan Ketika Kehamilan Trimester Kedua

12 Perubahan Badan Ketika Kehamilan Trimester Kedua

#7 Hidung yang tersumbat, pendarahan hidung dan pendarahan gusi

Keadaan ini berlaku disebabkan oleh pengaliran darah yang bertambah kepada membran-membran mukus di dalam hidung dan mulut.

#8 Kesakitan abdomen

Disebabkan bayi sedang membesar dalam perut, otot dan ligamen-ligamen yang menyokong uterus akan tertarik dan mami mungkin akan terasa sakit.

#9 Gigi yang tercabut

Hormon kehamilan akan memberi kesan kepada ligamen dan tulang didalam mulut jadi gigi mungkin menjadi longgar. Tetapi, ia akan hilang selepas kehamilan. Jika mami mempunyai periodontitis, pembengkakan atau jangkitan gred rendah pada gusi dan tisu di sekeliling gigi akan berlaku. Pastikan mami mendapat pemeriksaan gigi semasa trimester kedua.

#10 Pedih ulu hati

Pada trimester kedua, perasaan pedih di dalam esofagus iaitu tiub di antara mulut dan perut mungkin akan terasa lebih teruk. Uterus mami yang sedang membesar akan memberi tekanan kepada perut (yang akan memaksa makanan dan asid ke esofagus) seterusnya boleh menyebabkan pedih ulu hati.

#11 Kontraksi Braxton Hicks

Kontraksi Braxton Hicks atau proses kelahiran palsu adalah penegangan terhadap otot uterin. Ia adalah salah satu cara uterus menyediakan diri untuk proses kelahiran nanti. Apabila kontraksi ini berlaku, perut mami menjadi tegang , keras dan mami mungkin terasa sakit. Tetapi ia akan hilang dalam beberapa minit dan tidak akan kembali dengan corak yang tetap.

#12 Jangkitan pundi kencing

Perubahan hormon juga mungkin menyebabkan mami mendapat jangkitan pundi kencing. Perubahan hormon ini melambatkan pengaliran air kencing dan uterus yang sedang membesar menolak pundi kencing. Jika mami mengalami kepedihan apabila membuang air kecil, mengalami pendarahan, sentiasa terasa ingin membuang air kecil atau bau yang kuat di air kencing, beritahulah doktor anda. Jangkitan pundi kencing boleh menyebabkan kelahiran pramatang.

www.aveheart.com