• Parenting,  Pregnancy

    Perkara Yang Mami Perlu Tahu Tentang Episiotomi

    Pernahkah mami mendengar kawan-kawan bercerita mengenai episiotomi? Mesti pernah kan dan maybe mami merasa ngilu bila teringat pengalaman tersebut. A little bit scary? Hehe. Untuk anda yang pertama kali hamil dan mendengar kawan-kawan bercerita tentang episiotomi, jangan risau. Prosedur episiotomi ini hanya akan dilakukan dalam keadaan tertentu. Mami perlu dapatkan maklumat sebanyak mungkin agar mami siap menghadapi proses kelahiran nanti. Apa itu episiotomi? Prosedur episiotomi ini melibatkan potongan menggunakan gunting khas di kawasan perineum. Potongan tersebut mungkin dilakukan di garisan tengah atau menyerong dari kawasan luaran faraj (intraoitus) hingga ke punggung. Dalam prosedur ini, bius akan disuntik ke kawasan perineum terlebih dahulu.  Kemudian, potongan episiotomi dilakukan ketika perineum meregang dan…