Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!
3-cara-semulajadi-atasi-masalah-rabun-dan-silau-mata
Health Tips

3 Cara Semulajadi Atasi Masalah Rabun dan Silau Mata

Mata adalah anugerah yang tidak ternilai. Setiap hari mata kita terdedah kepada sinaran UV merbahaya tidak kira daripada cahaya matahari atau radiasi komputer.

Tanpa kita sedar, mata menjadi kering, letih dan lama-kelamaan kita berisiko mendapat masalah seperti rabun jauh, rabun dekat atau rabun silau.

Ciri-Ciri Rabun Jauh

Rabun jauh (miopia) adalah apabila mata tidak dapat melihat objek yang jauh dengan jelas atau melihat dengan pandangan kabur.

Antara yang sering dialami oleh penghidap rabun jauh adalah seperti :

  • Mata menjadi penat kerana sukar untuk fokus melihat sehingga perlu menyepetkan dan mengecilkan mata untuk fokus.
  • Sering mengalami sakit kepala kerana mata bekerja secara berlebihan.
  • Pandangan kabur apabila melihat objek yang jauh
  • Sering menggosok mata.

Ciri-Ciri Rabun Dekat

Rabun dekat (hyperopia) adalah apabila mata tidak dapat melihat objek yang dekat dengan jelas.

Antara yang sering dialami oleh penghidap rabun dekat adalah seperti :

  • Kabur apabila melihat objek dekat
  • Sakit kepala apabila melihat objek dekat walaupun sekejap
  • Pandangan penglihatan objek jauh menjadi kabur setelah mata terlalu lama fokus pada objek yang dekat.
  • Mata akan cepat penat bila membaca dalam jarak dekat.

Ciri-ciri Rabun Silau

Rabun silau atau astigmatism adalah apabila pandangan menjadi kabur baik pada objek dekat mahupun objek jauh disebabkan oleh cahaya yang memantaulkan.

Faktor Penyebab Mata Rabun dan Silau

  1. Faktor genetik atau keturunan
  2. Faktor usia, kebiasaannya orang tua mengalami rabun dekat bila semakin berusia
  3. Sering terdedah kepada sinaran UV dan radikal bebas yang merbahaya.
  4. Faktor nutrisi iaitu kekurangan makanan yang berzat ketika dalam proses membesar sehingga usia 12 tahun.
  5. Tabiat buruk seperti melihat jarak dekat secara terus-menerus seperti television, komputer dan gadget dalam jarak dekat, membaca sambil tidur atau membaca di tempat yang kurang cahaya.

3 Cara Semulajadi Rawat dan Atasi Masalah Mata Rabun dan Silau

Cara 1:

Makan Makanan Mata Untuk Penglihatan Yang Jelas

  • Makan makanan yang kaya dengan antioksidan, mengandungi Vitamin A, Vitamin C, Vitamin E yang baik untuk kesihatan mata.
  • Makanan yang kaya dengan DHA iaitu sejenis asid lemak yang ditemui dalam air sejuk seperti salmon, makerel, kod dan sardin kerana ia boleh membantu kesihatan mata
  • Selain itu, bawang putih, bawang besar dan bawang merah mengandungi kandungan sulfur yang memelihara mata dari pembentukan katarak.
  • Buah seperti blueberry dan anggur pula kaya dengan anthocyanin yang antioksida dan anti-radang yang boleh membantu meningkatkan kesihatan mata.

makanan-untuk-mata-rabun-dan-silau

Cara 2:

Rajin Lakukan Senaman Mata

  • Amalkan 3 cara senaman mata ini secara konsisten, pada waktu pagi atau pada bila-bila masa untuk membantu kesihatan mata.

 

Cara 3:

Pastikan Mata Mendapat Rehat Yang Secukupnya

  • Elak daripada melihat skrin komputer, television atau gadjet terlalu lama. Ambil masa untuk rehatkan otot mata dengan melihat objek yang berwarna hijau seperti pokok dan tumbuhan.
  • Elak membaca buku dengan cahaya yang samar atau gelap. Baca buku dengan cahaya terang dan membuka lampu jika membaca pada waktu malam. Jika mata penat, rehat 10 minit sebelum teruskan aktiviti membaca anda.

Mudah saja tiga cara ini untuk kekalkan kesihatan mata, kurangkan power rabun atau silau mata.

Next entry, Eva mahu share tentang rawat masalah mata rabun dan silau dengan “vitamin mata”

Semoga bermanfaat dan klik Share!

Kesan Vivix Paling Ketara

Always & Forever,
Eva Matt’s | 1105221
Your Trusted Shaklee Distributor

jual-vitamin-shaklee-sabah
http://aveheart.com/cara-makan-alfalfa-complex-yang-berkesan-untuk-atasi-masalah-keputihan/

 

 

 

 

 

 

 

Mommy to Sora Estafania, Tito Bravo and Emico Bendervat. Part-time Parenting & Lifestyle Blogger. Shaklee Mentor - Founder of #VivaciousTeam, #TicerSlim and Lifelong learner.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge