Hello Mami!
Hujung minggu ini kita cuba resepi sup krim untuk anak kita. Sangat sesuai dimakan ketika sarapan, boleh celup biskut atau roti kosong. Pasti anak-anak suka dan teruja nak cuba sup krim yang mami sediakan. Tidak susah membuatnya, yang penting bahan-bahan cukup.

1. Resepi Sup Cendawan

resepi-sup-cendawan

Masa penyediaan: 45 minit / Hidangan untuk 4 orang
Bahan-bahan:
  • 100gm bawang besar (dipotong dadu)
  • 1 sudu besar mentega
  • 300gm cendawan butang (dihiris)
  • 1 sudu makan tepung jagung
  • ½ kiub ayam
  • 1 cawan air
  • 1 cawan susu segar
  • Garam secukup rasa

 

Cara Membuatnya:
  1. Cairkan mentega di dalam periuk dan tumis bawang.
  2. Masukkan cendawan dan kacau selama 2 – 3 minit.
  3. Bancuh tepung jagung dengan sedikit air dan masukkan dalam periuk. Kacau lagi.
  4. Masukkan pula air, garam dan kiub ayam. Biarkan mendidih.
  5. Selepas itu, masukkan susu dan kacau.
  6. Apabila sup sudah mendidih, padamkan api dan biarkan sejuk.
  7. Setelah sup kurang panas, masukkan dalam mesin pengisar dan kisar sehingga cendawan sedikit hancur.
  8. Kemudian, masukkan kembali sup ke dalam periuk dan masak semula sehingga pekat.
  9. Siap dan sedia untuk dihidangkan.

 

2. Resepi Sup Labu

resepi-sup-labu

Masa penyediaan: 60 minit / Hidangan untuk 5 orang
Bahan-bahan:
  • 200gm labu kuning dan 100gm bawang besar (dipotong dadu)
  • 100gm saderi (dipotong kecil)
  • 100gm mentega
  • 50gm tepung gandum
  • 100ml UHT Whipping Cream
  • 700ml air
  • Garam dan gula secukup rasa

 

Cara Membuatnya:
  1. Panaskan mentega sehingga cair.
  2. Masukkan bawang besar dan tumis sampai layu.
  3. Masukkan oula saderi dan labu. Kacau lagi.
  4. Kemudian, masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit dan kacau hingga rata.
  5. Tuangkan air dan kacau.
  6. Masak dengan api perlahan sehingga labu empuk.
  7. Setelah labu empuk, padamkan api dan biarkan sejuk sedikit.
  8. Selepas itu, kisar sup sehingga hancur dan tuangkan kembali ke dalam periuk.
  9. Tambahkan garam dan gula secukup rasa.
  10. Masak sehingga pekat sedikit.
  11. Akhir sekali, masukkan UHT Whipping Cream dan kacau rata.
  12. Biarkan mendidih selama kira-kira 1 minit dan padamkan api.
  13. Sedia untuk dihidangkan.

 

3-resepi-sup-krim-yang-mudah-dan-berkhasiat-untuk-anak

 

 

3. Resepi Sup Ayam

resepi-sup-ayam

Masa penyediaan: 45 minit / Hidangan untuk 5 orang
Bahan-bahan:
  • 1 keping dada ayam yang dihiris nipis-nipis
  • 700ml air
  • 250ml susu segar
  • ½ kiub ayam
  • 1 cawan tepung gandum yang dibancuh dengan sedikit air
  • Garam secukup rasa

 

Cara Membuatnya:
  1. Masukkan isi ayam ke dalam periuk bersama air
  2. Rebus sehingga ayam masak
  3. Masukkan susu dan kiub ayam. Kacau dengan api perlahan.
  4. Masukkan bancuhan tepung gandum dan kacau sehingga pekat.
  5. Masukkan garam dan sedia untuk dihidangkan.

Lazat dan berkrim kan resepi sup ini. Selamat mencuba!

www.aveheart.com