Sakit tekak merupakan gejala yang biasa berlaku di kalangan kanak-kanak mahupun dewasa dan ia disebabkan oleh bakteria atau virus. Kanak-kanak boleh dijangkiti sakit tekak bersama dengan batuk dan ia mudah berjangkit kepada orang lain. Kumpulan A Streptococci adalah bakteria yang paling biasa penyebab kepada jangkitan pada saluran tekak yang akut dan kira-kira 15%-30% kes adalah di kalangan kanak-kanak. Ia merupakan satu-satunya bentuk jangkitan tekak yang biasa di mana rawatan antibiotik diperlukan.

Berikut adalah beberapa petua yang boleh mommies amalkan jika si kecil mendapat sakit tekak.

1. Bawang putih

Bawang putih boleh membantu melegakan sakit tekak dikalangan kanak-kanak, terutamanya jika sakit tekak itu disebabkan oleh jangkitan virus. Ini kerana bawang putih mempunyai kesan antifungal dan antiviral.
Mommies boleh menambahkan bawang putih di dalam hidangan makanan si kecil sama ada bawang putih segar ataupun dalam bentuk serbuk. Sekiranya si kecil anda berani, bolehlah campurkan jus tomato bersama dua cengkih bawang putih dan sedikit sos Worcestershire.

2. Beri makanan yang boleh memberi kesan melegakan

Makanan seperti sup, air rebusan, kentang, mil oat, yogurt dan telur rebus boleh memberi kesan melegakan sakit tekak si kecil. Ia juga boleh mempercepatkan proses penyembuhan di samping melegakan simpton-simptom sakit tekak. Selain itu, makanan sejuk seperti aiskrim batang dan yogurt yang dibekukan boleh melegakan sakit tekak.
Untuk menyenangkan si kecil untuk telan makanannya, mommies boleh kisar makanan menggunakan pengisar makanan.
4 Petua Hilangkan Sakit Tekak Kanak-kanak

4 Petua Hilangkan Sakit Tekak Kanak-kanak

3. Berkumur dengan air garam

Untuk melegakan kesakitan sakit tekak, mommies boleh berikan si kecil air garam untuk dikumur. Tetapi, mommies terangkan dahulu maksud berkumur sebelum memberikannya air garam kerana anak anda mungkin akan menelan air tersebut.
Terdapat banyak ubat kumur untuk tekak yang dijual di farmasi, namun mommies boleh buat air garam sendiri. Caranya, campurkan satu sudu garam dengan 8 auns air suam. Bila mommies memberikan air garam tersebut, pastikan si kecil berkumur beberapa kali sehari untuk mengebaskan dan melembapkan bahagian atas tekak.

4. Elakkan bahan iritasi

Pakar mengatakan bahan iritasi seperti asap rokok, bau cat, asap kereta dan bahan pembersih boleh menggangu tekak dan memanjangkan jangka penyakit. Bahan iritasi ini boleh meningkatkan risiko kepada anak untuk mendapat penyakit yang lebih serius seperti tonsilitis.
Oleh itu, jauhkan si kecil daripada setiap bahan iritasi dan pencemaran bila si kecil mempunyai sakit tekak.
Jumpa doktor dengan segera

Jumpa doktor dengan segera


Semoga bermanfaat!

Always & Forever,

Eva Matt’s | 0138187984

Stories of AveHeart ~ Discovering Parenthood