Hello Beautiful1
Sepanjang tempoh berpantang ini, mami perlu jaga pemakanan dan pastikan menu sentiasa seimbang. Tapi boring juga kalau hari-hari makan bubur ayam, bubur ikan.Hmm, macam Eva dulu hari-hari menatap menu yang sama. So, mami boleh cuba masak atau minta husband masak menu diet untuk ibu berpantang ini. Tatap meleleh. Hehe.

#1 Sup Daging

 Hidangan: 4 orang
Tempoh penyediaan: 1 jam
 Sup Daging Untuk Ibu Berpantang
Bahan-bahan:
  • 300gm daging lembu (dipotong kecil)
  • 3 biji ubi kentang
  • 2 biji tomato
  • 1 biji lobak merah
  • 1 inci halia (ditumbuk)
  • 1 sudu teh lada hitam (ditumbuk halus)
  • 2 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 3 biji bawang merah (ditumbuk)
  • Rempah tumis (bunga lawang, buah pelaga, bunga cengkih dan kulit kayu manis)
  • Air secukupnya
  • Minyak untuk menumis
  • Garam secukup rasa

Cara-cara menyediakannya:

  1. Panaskan periuk dan masukkan minyak.
  2. Setelah minyak panas, tumis bawang merah, bawang putih, halia, lada hitam dan rempah tumis sehingga naik bau.
  3. Kemudian, masukkan air secukupnya untuk membuat sup.
  4. Masukkan daging dan biarkan sehingga empuk.
  5. Masukkan pula kentang dan lobak merah dan apabila sudah empuk, masukkan tomato dan garam secukup rasa.
  6. Sedia untuk dihidangkan.

 

 

#2 Ayam Kukus Halia

 Hidangan: 1 orang
Tempoh penyediaan: 1 jam
 Ayam Kukus Halia Untuk Ibu Berpantang
Bahan-bahan:
  • Ayam dipotong empat (ambil satu bahagian sahaja)
  • 2 inci halia muda
  • 2 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 sudu makan minyak bijan
  • 1 sudu makan lada hitam
  • Garam secukup rasa

Cara-cara menyediakannya:

  1. Panaskan periuk kukus.
  2. Sementara itu, tumbuk bawang putih, bawang merah, halia dan lada hitam sehingga lumat.
  3. Kemudian, perapkan bahan-bahan tadi pada ayam dan campurkan garam secukup rasa. Biarkan sebentar agar bahan tadi menyerap ke dalam ayam.
  4. Masukkan ayam yang telah diperap ke dalam bekas pengukus.
  5. Tuangkan minyak bijan pada atas ayam dan ratakan.
  6. Akhir sekali, kukus ayam sehingga masak.
  7. Hidangkan ketika panas.

4 Resepi Mudah dan Sedap Untuk Ibu Berpantang Yang Boleh Suami Masakkan#3 Ikan Singgang

 Hidangan: 1 orang
Tempoh penyediaan: 20 minit
 Ikan Singgang Untuk Ibu Berpantang
Bahan-bahan:
  • 2 keping isi ikan tenggiri
  • 2 ulas bawang putih
  • 3 biji bawang merah
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 inci halia
  • 3 cawan air asam jawa
  • Garam secukup rasa

 Cara-cara menyediakannya:

  1. Tumbuk bawang putih, bawang merah, kunyit dan halia sehingga lumat.
  2. Kemudian, masukkan bahan yang sudah ditumbuk ke dalam periuk bersama air asam jawa.
  3. Masak sehingga mendidih.
  4. Selepas kuah mendidih, masukkan pula ikan dan kacau.
  5. Biarkan sehingga ikan masak.
  6. Sedia untuk dihidangkan.

 

 #4 Kerabu Pegaga

Hidangan: 1 orang
Tempoh penyediaan: 10 minit
 Kerabu Pegaga Untuk Ibu Berpantang
Bahan-bahan:
  • Pegaga secukupnya (dipotong ikut kesukaan anda)
  • 1 ulas bawang putih
  • 2 biji bawang merah
  • 1 sudu teh lada hitam
  • 1 inci halia muda
  • 50gm ikan bilis
  • 1 inci kunyit hidup

 Cara-cara menyediakannya:

  1. Tumbuk bawng putih, bawang merah, halia, kunyit, lada hitam dan ikan bilis sehingga lumat.
  2. Goreng kesemua bahan tadi tanpa minyak. Biarkan sedikit kering dan angkat.
  3. Selepas itu, gaulkan bahan-bahan tersebut bersama pegaga yang telah dipotong.
  4. Hidangkan bersama nasi yang masih panas.

 Cik Suami tolong masakkan untuk isteri tersayang ya. Jangan lupa curahkan kasih sayang itu dalam masakan, gerenti isteri bertambah sayang dan tambah nasi.

www.aveheart.com