4-senaman-mudah-yang-boleh-anda-lakukan-setiap-pagi-hanya-6-minit-saja
Health Tips

4 Senaman Mudah Yang Boleh Anda Lakukan Setiap Pagi, 6 Minit Saja!

Tiada masa untuk bersenam?

Itu adalah antara alasan untuk tidak bersenam kerana sibuk seharian di tempat kerja. So, apa yang anda boleh lakukan adalah curi masa pada waktu pagi untuk bersenam, tanpa sebarang peralatan khusus. Masa yang diperlukan hanya 6 minit saja.

Nak tahu?

Senaman ini cukup memberikan impak yang terbaik terhadap dada, lengan, bahu dan juga core anda.

Antara Kebaikan Jika Anda Rajin Melakukan Senaman Pagi

  • Meningkatkan kecergasan otak.
  • Menguatkan sistem ketahanan tubuh.
  • Meredakan sakit kepala.
  • Elak stress.
  • Meningkatkan daya konsentrasi / fokus
  • Membantu membentuk tubuh ideal.
  • Menyihatkan jantung.
  • Memperlambatkan proses penuaan semulajadi.
5 Jenis Makanan Yang Boleh Membantu Cegah Rambut Gugur, Elak Botak!

4 Senaman Mudah Yang Boleh Anda Lakukan Setiap Pagi, 6 Minit Saja!

1. Squats
Salah satu kebaikan senaman squats adalah ia sangat berkesan untuk membakar lebih banyak lemak. Lebih banyak otot yang anda ada di tubuh anda, lebih banyak kalori anda akan membakar semasa latihan dan semasa berehat.

senaman-pagi-squats
Senaman Pagi Squats : Ulang gerakan ini sebanyak 15 kali

2. Push Ups
Senaman push-ups membantu menguatkan otot. Apabila anda lakukan push up, dengan automatiknya anda sedang menguatkan otot-otot di bahagian lengan, peha, betis dan abdomen.

senaman-pagi-push-ups
Senaman Pagi Push Ups : Ulang gerakan ini sebanyak 15 kali

3. Plank
Selain menguatkan otot abdomen, senaman plank boleh mengurangkan risiko kecederaan di bahagian belakang dan tulang belakang (spine). Peningkatan metabolisme juga akan berlaku kerana terdapat lebih dari 1 otot yang terlibat semasa melakukan plank.

senaman-pagi-plank
Senaman Pagi Plank : Lakukan gerakan ini selama 30 saat

4. Bicycle Crunch
Senaman bicycle crunch ini menguatkan otot perut. Ia juga sangat cepat untuk membakar kalori tubuh.

Senaman-Pagi-Bicycle-Crunch
Senaman Pagi Bicycle Crunch : Ulang gerakan ini sebanyak 15 kali

Semoga senaman ini mendorong anda untuk bersenam setiap pagi sebelum pergi ke tempat kerja. Boleh repeat 4 senaman ni sebanyak 3 kali ya!

Baca : Petua Kurus Tanpa Ubat!
Baca juga : Tips Penjagaan Mata
Selamat Mencuba!
Always & Forever,
Eva Matt’s #TicerSlim
Stories of AveHeart | Discovering Parenthood
pengedar-shaklee-sabah
Pengedar Shaklee Sabah

Mommy to Sora Estafania, Tito Bravo and Emico Bendervat. Part-time Parenting & Lifestyle Blogger. Shaklee Mentor - Founder of #VivaciousTeam, #TicerSlim and Lifelong learner.

9 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge