hello beautiful

5 Cara Elak Loya Ketika Hamil

#1 Ubah tabiat makan

Apabila mami mengalami loya ketika hamil, ia menyebabkan mami tidak berselera untuk makan. Oleh itu, mami perlu ubah tabiat pemakanan dengan mengambil makanan secara kerap.
Bila makan dalam kuantiti yang kecil tetapi kerap, perut akan sentiasa penuh. Jadi, masalah loya tidak timbul.

#2 Ambil snek

Kunyahlah beberapa keping biskut kraker apabila mual. Kemudian, rehat selama 20minit. Gabungan biskut kraker dan rehat mencukupi dapat menghindar mual daripada menjadi lebih teruk.

Tips Atasi Rasa Loya

#3 Minum air masak

Sentiasa bawa botol air dan minum secara kerap sepanjang hari. Minum banyak air di antara waktu makan. Ini kerana anda sebenarnya memenuhkan perut dan boleh mengelakkan muntah.

#4 Elak makanan tertentu

Mami perlu tahu jenis makanan yang boleh menimbulkan rasa loya dan elakkannya. Selain itu, elakkan makanan berlemak, bergoreng, berempah dan berasid kerana ia boleh mengganggu sistem penghadaman.

#5 Minum teh halia

Minum teh halia untuk melegakan loya. Mami boleh buat teh halia sendiri untuk mengatasi masalah yang dihadapi.

 

Semoga bermanfaat

www.aveheart.com