5 Info Tentang Cloth Diaper

Lampin moden atau cloth diaper ‘CD’ banyak digunakan oleh ibu-ibu masa kini kerana memberikan manfaat kepada ibu bapa dan bayi. Untuk mami yang ingin memulakan penggunaannya, mami perlu mulakan dengan beberapa peralatan asas. Paling penting, pilih satu atau dua jenama yang sesuai untuk bayi terlebih dahulu. Ini untuk melihat CD tersebut sesuai dengan gaya hidup kita atau tidak serta memudahkan pengasuh anda mengendalikannya. Setelah mami membuat kajian dan pilihan, barulah mami beli beberapa jenama dan jenis lampin moden untuk dicuba.

Jenis-jenis Lampin Moden:

Jenis Lampin Moden

Jenis Lampin Moden

#1 Jenis Berpoket

Jenis berpoket CD ini menggunakan pelapik / insert dan lampin secara berasingan. Fungsi insert adalah sebagai lapisan untuk menyerap air kencing dan najis si manja. Insert biasanya diperbuat dari microfiber / bamboo charcoal / bamboo cotton dan terdapat lagi beberapa material lain di pasaran. Insert dari jenis microfiber tidak boleh terus dikenakan pada punggung bayi.
Insert akan dimasukkan ke dalam pocket CD sebelum dipakaikan kepada anak. Ia direka berasingan dengan tujuan mempercepatkan proses pengeringannya. Selain itu, anda boleh menambahkan insert mengikut keperluan si manja. Sebelum basuh, ia hendaklah diasingkan terlebih dahulu insert dan CD.
Pocket Diapers

Pocket Diapers

#2 All In One {AIO}

Lampin moden jenis ini mempunyai lapisan pelapik dan sarung lampin yang dilekat dan dijahit bersama. Ia sama seperti lampin pakai buang cuma bezanya ia boleh dibasuh. Kelemahan jenis AIO ialah ia lambat kering selepas dibasuh kerana ekstra tebal.
All in One

All in One

#3 All In Two {AI2}

AI2 CD mempunyai insert dan sarung lampin yang boleh diceraikan. Insert hanya diletak di atas diaper cover sebelum dipakaikan kepada anak. Anda tidak perlu menukar bahagian sarung lampin selagi ianya tidak kotor. CD jenis ini sangat sesuai digunakan apabila hendak berjalan jauh dan juga lebih jimat serta dapat kurangkan kuantiti basuhan anda (less laundry).
All in Two Diapers

All in Two Diapers

#4 Fitted

Fitted ialah sejenis kain lampin yang bahagian dalamnya tidak mempunyai lapisan Polyurethane laminate {PUL}. Biasanya ia digunakan bersama diaper cover untuk mengelakkan kebocoran. Penggunaan fitted ini mengurangkan risiko si kecil terkena ruam lampin kerana ianya lebih mendapat ruangan udara pada kulit punggung bayi. Namun, ada juga sesetengah fitted tidak perlu menggunakan diaper cover kerana material yang digunakan mampu menahan kebocoran dalam jangka masa yang lama.
Fitted Diapers

Fitted Diapers

#5 Diaper cover

Diaper Cover hanyalah bahagian luaran CD sahaja. Ia boleh digunakan dengan pelbagai insert, prefold dan juga fitted.  Lapisan bahagian dalam diaper cover adalah Polyurethane Laminated (PUL) di mana ia kalis air dan boleh mengelakkan kebocoran. PUL merupakan material yang boleh memberi ruang udara yang baik dan boleh mengelakkan dari bayi terkena ruam lampin.
Namun, ada juga diaper cover diperbuat dari fleece. Bahagian dalamnya tiada PUL hanyalah semata-mata fleece. Fleece sifatnya adalah menahan kebocoran dan lebih bernafas.  Punggung bayi  akan lebih bebas dari ruam lampin.
Prefold Diapers

Prefold Diapers

Info Tentang Cloth Diaper

Info Tentang Cloth Diaper

5 Tips Memulakan Penggunaan Lampin Moden

Growing with cloth diapers

Growing with cloth diapers

#1 Jangan takut untuk buat perubahan kepada rutin lampin si manja. Sudah cuba baru mami tahu akan kelebihannya. Mami perlu bagi masa untuk menyesuaikan diri terutamanya dalam aspek bajet, jadual harian dan dengan rutin lampin moden.
#2 Mami boleh mula bila-bila masa asalkan si manja masih berlampin. Seboleh-bolehnya mami mulakan sejak usia baru lahir agar bayi mudah menyesuaikan diri dengan lampin moden.
#3 Sediakan kit asas lampin moden yang mengandungi sekurang-kurangnya 20 helai lampin moden, beg jaring dan sabun pencuci. Jangan lupa berbincang dengan pengasuh atau pihak pusat jagaan tentang hal ini supaya mereka boleh mengendalikannya dengan mudah. Mami juga boleh sertakan arahan bertulis tentang penggunaan lampin moden sebagai rujukan.
#4 Untuk permulaan, mami tidak perlu membeli lampin moden yang terlalu mahal. Hanya pastikan kuantitinya banyak supaya memudahkan mami mengitar semula sehingga si kecil bercerai lampin.
#5 Mami jangan merasa rugi invest dalam membeli lampin moden ini. Memang mami akan mengeluarkan bajet yang besar untuk membelinya tetapi untuk jangka masa panjang, mami akan berjaya jimat kerana tidak perlu lagi mengeluarkan wang membeli lampin pakai buang.

Selamat Mencuba!

www.aveheart.com