Atasi-Rambut-Gugur-Dengan-Berkesan-dan-Cepat
Product

5 Jenis Makanan Yang Boleh Membantu Cegah Rambut Gugur, Elak Botak!

Banyak rambut gugur? Oh, tidak!

Masalah rambut gugur ini sering dialami oleh wanita dan lelaki tanpa mengenal usia, tua atau muda. Risau nampak helaian rambut yang banyak berguguran dilantai atau di bantal. Lebih menakutkan jika rambut atas kepala semakin nipis dan jarang. Apa petua elak rambut gugur ni?

Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan masalah rambut gugur ini seperti tekanan atau stress, penggunaan produk rambut yang mempunyai bahan kimia berlebihan, perubahan hormon, faktor genetik, folikel rambut tersekat dan kekurangan zat dan vitamin.

Tahukah anda?

Cara untuk mendapatkan rambut yang sihat dan kuat bergantung dengan diet pemakanan seharian. Pengambilan sumber makanan yang pelbagai boleh membantu menguatkan akar dan struktur rambut agar rambut tumbuh sihat dan elak gugur dengan banyak.

Kuasa Botanikal Dalam YOUTH Skincare

5 Jenis Makanan Yang Boleh Membantu Cegah Rambut Gugur, Elak Botak!

1. Yogurt : Kandungan protein dan nutrien yang tinggi dalam yogurt membantu pengaliran darah ke kulit kepala dan pertumbuhan rambut. Malah, Vitamin B5 yang terkandung di dalamnya juga membantu melawan masalah keguguran dan penipisan rambut.

Elak-Rambut-Gugur-Dengan-Yogurt
Elak Rambut Gugur Dengan Yogurt

2. Sayur Bayam : Kaya dengan antioksidan, Vitamin B, Vitamin C dan Vitamin E. Di samping itu, bayam kaya dengan potassium, Omega-3, zat besi serta kalsium yang membantu pertumbuhan rambut dengan cepat selain mencegah rambut gugur.

atas-masalah-rambut-gugur-dengan-bayam
Atasi Masalah Rambut Gugur Dengan Bayam

3. Telur : Kaya dengan protein dan Omega-3 yang sangat diperlukan oleh rambut. Telur juga sumber Vitamin B yang dapat membantu mencegah rambut gugur dan merangsang pertumbuhan rambut dengan lebih cepat.

cegah-rambut-gugur-botak-dengan-telur
Cegah rambut gugur dengan telur

4. Kacang-kacangan : Masukkan kacang dalam menu harian jika ingin mencegah rambut gugur dan botak. Ini kerana kacang kaya dengan protein, pelbagai vitamin serta mineral dan phytochemical yang bermanfaat untuk cegah masalah rambut rosak.

cegah-rambut-gugur-dengan-kekacang
Cegah masalah rambut gugur dengan kacang

5. Lobak Merah : Lobak merah mengandungi Vitamin A dan beta-karoten yang membantu dalam pembentukan sebum di kulit kepala yang akan merangsang pertumbuhan rambut selain, mencegah rambut gugur dengan banyak.

cegah-rambut-gugur-dengan-lobak
Cegah rambut gugur dengan lobak

So, pastikan makanan tersebut sentiasa ada dalam diet seharian agar cukup nutrien untuk pertumbuhan rambut yang sihat, cantik dan kuat.

Bagi yang sukar mendapatkan makanan ini dalam diet pemakanan, bolehlah mengambil suplemen sebagai alternatif. Tidak rugi cuba tau!
Suplemen Shaklee yang boleh diambil untuk atasi masalah rambut gugur:

1. ESP – Sumber protein tanpa lemak yang diperkaya dengan asid amino dan kalsium yang dapat membantu pertumbuhan rambut. Protein ini penting untuk membina sel-sel baru untuk pertumbuhan yang baru.
2. B-Complex – Mengandungi 8 jenis vitamin B yang diperlukan oleh badan seperti B1, B2, B3, B5, B12, asid folik dan biotin. Ia dapat mengawal keguguran rambut dan menguatkan struktur rambut.
3. Vitalea – Multivitamin yang mengandungi banyak jenis vitamin dan mineral termasuklah zat besi dan zink. Zat besi dan zink adalah mineral yang penting dalam isu kesihatan rambut. Ia juga merangsang pertumbuhan semula rambut.

Set-Rambut-Gugur-Shaklee
Set Rambut Gugur Shaklee

Baca : Financial Freedom is Demanded!

Bagaimana untuk dapatkan produk ini?

  1. Buat pembelian produk yang terpilih – ESP, B-Complex dan Vitalea – secara online di E-Sell Shaklee, atau
  2. WhatsApp Eva melalui link ini http://tanyacikeva.wasap.my (0138187984)
Disclaimer : Segala konsultasi cara makan produk dengan berkesan terhad dan eksklusif kepada customer Eva sahaja.
Semoga bermanfaat dan klik Share!

Always & Forever,
Eva Mattโ€™s | 1105221
Your Trusted Shaklee Distributor

Mommy to Sora Estafania, Tito Bravo and Emico Bendervat. Part-time Parenting & Lifestyle Blogger. Shaklee Mentor - Founder of #VivaciousTeam, #TicerSlim and Lifelong learner.

9 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge