Hello Beautiful!

Hello Beautiful!

Bila mami berhadapan dengan anak picky eater, mami pasti risau apa nak bagi anak makan. Masak sedap-sedap pun belum tentu si anak picky eater ini mahu cuba. Mami mesti nak tahu ada 7 Jenis Anak Picky Eater ini. Anak mami mana satu? Kali ini, Eva kongsikan beberapa resepi ala-ala barat yang boleh mami cuba masak untuk si kecil. Mungkin si manja akan suka dan yang penting, jangan putus asa bila si kecil menolak makanan. Keep up a good job mama!

 

#1 Resepi Brocolli Spaghetti with Bolognaise Sauce

Bahan-bahan:
  • 250gm spaghetti
  • ½ labu bawang besar, cincang kasar
  • 200gram brokoli, celur, cincang kasar
  • 50ml krim pekat
  • 1 sudu teh garam
  • ¼ sudu teh serbuk lada sulah
Bahan sos:
  • 3 biji tomato, buang biji dan kulit, cincang halus
  • ½ labu bawang besar, cincang halus
  • 200gram daging cincang, bulatkan sebesar bebola daging
  • 1 batang lobak merah, potong dadu 1cm
  • 5 sudu makan sos tomato
  • 1 sudu makan pes tomato
  • ½ sudu teh garam
  • ½ sudu teh lada hitam
  • ½ sudu teh gula pasir
  • 250ml air
  • 1 sudu teh oregano
  • 1 sudu makan minyak masak untuk menumis
Resepi Brocolli Spaghetti with Bolognaise Sauce

Resepi Brocolli Spaghetti with Bolognaise Sauce

Cara Membuat:
  1. Spagheti: Rebus spaghetti dalam 2000ml air dan 1 sudu teh garam hingga masak, angkat dan tuskan.
  2. Tumis bawang besar hingga terbit aroma, masukkan brokoli dan spaghetti, kacau rata. Tuang krim pekat dan kacau rata, masukkan garam dan lada hitam, kacau hingga menyerap.
  3. Sos: Tumis bawang besar hingga terbit aroma, masukkan daging dan lobak merah, kacau hingga berubah warna. Tambahkan tomato dan kacau rata, masukkan sos tomato, pes tomato, garam, lada hitam kasar dan gula pasir, kacau rata. Tuang air, kacau hingga mendidih.
  4. Campurkan oregano, kacau hingga meletup-letup dan ketepikan.
  5. Sajikan spagheti bersama sos.

#2 Sup Krim Kentang

Bahan-bahan:
  • 400gram kentang kukus, kisar halus
  • ½ labu bawang besar, cincang halus
  • 250gram udang, kupas, cincang kasar
  • 1000ml stok udang
  • 2 sudu makan tepung gandum
  • 100gram kacang soya, ambil bijinya
  • 300ml cooking cream
  • 2 sudu teh garam
  • ¼ sudu teh serbuk lada sulah
  • 1 sudu makan keju parmesan
  • 2 sudu makan mentega tawar untuk menumis
Bahan pelengkap:
  • Kruton
  • 1 sudu makan keju parmesan
  • 1 sudu teh pasli, cincang halus
Sup Krim Kentang

Sup Krim Kentang

Cara Membuat:
  1. Panaskan mentega, tumis bawang besar hingga keperangan. Masukkan tepung gandum, kacau hingga berbutir.
  2. Masukkan stok udang sedikit demi sedikit hingga licin, tambahkan kentang kisar dan kacau hingga meletup-letup. Campurkan kacang soya, kacau rata.
  3. Masukkan garam, serbuk lada hitam dan keju parmesan, masak hingga matang.
  4. Tuangkan cooking cream, masak hingga meletup-letup.
  5. Sajikan bersama pelengkap.

#3 Sausage Bread Egg Tart

Bahan-bahan:
  • 4 keping roti tawar tanpa kulit, potong dadu
  • 250ml susu cair
  • 4 biji telur
  • ¾ sudu teh garam
  • ¼ sudu teh serbuk lada sulah
  • 75gram krim keju, lembutkan dengan garpu
  • 50 gram krim pekat
  • 50 gram keju cheddar parut
  • 4 ketul sosej daging, potong
  • 50gram keju cheddar, parut untuk taburan
Sausage Bread Egg Tart

Sausage Bread Egg Tart

Cara Membuat:
  1. Rendam roti tawar dengan susu cair
  2. Pukul ringan telur, garam dan serbuk lada sulah, masukkan krim keju dan kacau rata.
  3. Masukkan krim pekat dan keju parut, kacau rata. Campurkan roti tawar dan sosej, kacau rata.
  4. Tuang dalam cawan aluminium bentuk bujur, letak cawan aluminium berisi adunan di loyang yang di beri sedikit air.
  5. Bakar dengan api bawah suhu ketuhar 170’C selama 30 minit, taburkan keju parut. Bakar sekali lagi pada suhu yang sama selama 20minit hingga masak.
5 Resepi Ala Barat Boleh Cuba Untuk Anak Picky Eater

5 Resepi Ala Barat Boleh Cuba Untuk Anak Picky Eater

#4 Fried Fish with Melted Cheese

Bahan-bahan:
  • 500gram filet ikan kod, potong saix 12x7cm
  • 1 sudu makan air perahan lemon
  • ¾ sudu teh garam
  • ¼ sudu teh serbuk lada sulah
Bahan inti:
  • 100gram bayam, celur
  • 100ml susu cair
  • 3 keping keju salai, potong
  • ¼ sudu teh garam
  • ¼ sudu teh serbuk lada sulah
  • 25ml krim pekat
  • 50gram keju mozzarella, parut
Bahan pencelup:
  • 3 biji telur
Bahan pelapis (kacau rata):
  • 100gram serbuk roti kasar
  • 2 sudu teh pasli cincang
  • ½ sudu teh oregano
  • 1 sudu teh keju parmesan
Bahan pelengkap:
  • 150gram daun salad
  • 75ml Italian dressing
Fried Fish with Melted Cheese

Fried Fish with Melted Cheese

Cara Membuat:
  1. Inti: Panaskan susu cair, tambahkan keju dan kacau hingga larut. Masukkan garam, serbuk lada sulah dan krim kental, kacau rata dan angkat. Campurkan keju mozzarella, kacau rata dan ketepikan.
  2. Lumur ikan dengan campuran air perahan lemon, garam dan serbuk lada sulah. Kemudian perap selama 10 minit.
  3. Belah filet ikan menjadi dua bahagian tidak putus, susun bayam dan sudukan inti, sejukkan.
  4. Celupkan ikan ke dalam pencelup, lapis dengan bahan pelapis.
  5. Goreng ikan ke dalam pencelup, lapis dengan bahan pelapis.
  6. Goreng dalam minyak yang sudah dipanaskan di atas api sederhana hingga masak.
  7. Sajikan bersama potongan lemon, salad dan Italian dressing.

#5 Roast Chicken Wings with Lemon

Bahan-bahan:
  • 6 ketul kepak ayam, potong 2 bahagian, buang bahagian hujung kepak
  • 2 ulas bawang putih, cincang halus
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu teh kicap Inggeris
  • 2 sudu makan sos tomato
  • 1/8 sudu teh garam
  • ¾ sudu teh gula pasir
  • 1/8 sudu teh serbuk lada sulah
  • 300ml air
  • ½ sudu makan air perahan lemon
  • 1 sudu makan minyak bijan untuk menumis
Kepak Ayam Bakar Lemon

Kepak Ayam Bakar Lemon

Cara Membuat:
  1. Panaskan minyak bijan, tumis bawang putih hingga terbit aroma.
  2. Masukkan ayam dan kacau hingga berubah warna, masukkan sos tiram, kicap Inggeris, sos tomato, garam, gula dan serbuk lada sulah, kemudian kacau rata.
  3. Tuangkan air, masak hingga menyerap. Sebelum diangkat, masukkan air perahan lemon dan kacau rata.
  4. Bakar diatas bara api hingga keemasan.

Semoga bermanfaat

www.aveheart.com