Hello, Mommies!
Sedang mencari resepi masak ikan? Resepi ini pasti jadi, yang penting bahan-bahan cukup. Jangan lupa mommies, masak dengan penuh kasih sayang dan sepenuh hati. Gerenti Encik Suami makan dua, tiga piring nanti. Of course, mommies pun senang hati.  Hehehe.

#1 Resepi Gulai Haruan Asam Belimbing

Bahan-bahan:
  • 500gm ikan haruan [dibersihkan]
  • 200gm bawang besar [dikisar]
  • 100gm cili merah [dikisar]
  • 50gm cili padi [dikisar]
  • 10gm kunyit hidup [dikisar]
  • 4 batang serai [diketuk]
  • 2 keping asam keping
  • 200gm buah belimbing buluh
  • 250ml santan
  • Garam secukup rasa
Cara Memasak:
  1. Masukkan bahan-bahan yang dikisar ke dalam periuk.
  2. Kemudian masukkan santan, serai dan asam keping. Buka api perlahan dan kacau sehingga mendidih.
  3. Selepas itu masukkan garam secukup rasa, buah belimbing buluh dan ikan haruan.
  4. Kacau sebentar. Angkat dan sedia dihidangkan.

#2 Resepi Talapia Merah Masak Taucu

Bahan-bahan:
  • 1 ekor ikan talapia [dipotong dan digoreng]
  • 2 labu bawang besar [dipotong empat]
  • 50gm bawang putih [dihiris halus]
  • 50gm halia [dihiris halus]
  • 150gm cili hijau [dihiris]
  • 400gm timun muda [dihiris]
  • 200mg taucu
  • Cuka secukup rasa
  • Garam secukup rasa
  • Air secukupnya
  • Minyak untuk menumis
Cara Memasak:
  1. Tumiskan bawang besar, bawang putih dan halia sehingga wangi.
  2. Selepas itu, masukkan taucu dan cuka.Kacau rata sehingga mendidih.
  3. Masukkan timun muda,cili hijau dan air secukupnya.Kacau lagi.
  4. Perasakan dengan garam secukup rasa.
  5. Akhir sekali masukkan ikan tadi dan kacau rata sehingga sebati.
  6. Angkat dan sedia dihidang.
Resepi Ikan

Resepi Ikan

#3 Tomyam Ikan Siakap

Bahan-bahan:
  • 500gm ikan siakap
  • 2 labu bawang besar [dihiris]
  • 1 biji tomato [dihiris]
  • 5 biji cendawan butang [dihiris]
  • 2sm halia[dihiris]
  • 1 ulas bawang besar [dihiris]
  • 500ml air
  • 1 sudu makan pes tomyam
  • 2 sudu makan susu cair
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 2sm lengkuas [dikisar]
  • 5 helai daun limau purut
  • 4 biji cili padi [diketuk]
Cara Memasak:
  1. Di dalam periuk, didihkan air kemudian masukkan semua bahan kecuali ikan.
  2. Perasakan kuah dan ketepikan.
  3. Kemudian ambil ikan dan masukkan ke dalam bekas kukus.
  4. Tuangkan kuah di atas ikan dan kukus selama 10 minit.

#4 Siakap Stim Dengan Sos Asam

Bahan-bahan:
  • 1 ekor ikan siakap
  • 4 biji kacang bendi
  • 1 batang terung panjang
  • 2 biji tomato
Bahan sos:
  • 6 biji cili merah [dikisar]
  • 2 batang serai [dikisar]
  • 1 kuntum bunga kantan [dikisar]
  • 3 tangkai daun kesum[dikisar]
  • 1 ulas bawang merah [dikisar]
  • 50gm bawang putih [dikisar]
  • 150gm asam jawa
  • 200gm sup ayam
  • 8gm serbuk perasa
  • 8gm serbuk stok ayam
  • 40gm gula
  • 20gm garam
Cara Memasak:
  1. Bersihkan ikan siakap dan stim sehingga isi ikan empuk. Ketepikan.
  2. Kemudian bersihkan kacang bendi dan terung panjang yang telah dipotong dan goreng sedikit. Ketepikan
  3. Untuk membuat kuah, campurkan kesemua bahan. Kacau dan biarkan kuah masak.
  4. Kemudian tuang ke atas ikan dan sedia dihidang.

#5 Ikan Keli Salai Masak Cili Bawang

Bahan-bahan:
  • ½ ikan keli [dipotong dua]
  • 150gm cili merah [dikisar kasar]
  • 50gm bawang merah [dikisar]
  • 30gm belacan [dikisar]
  • 200gm bawang besar [dihiris]
  • 50gm asam jawa [dibancuh dengan air]
  • Garam secukup rasa
  • Minyak masak secukupnya
Cara Memasak:
  1. Ikan keli dibersihkan, dilumur dengan garam dan disalai dengan api yang perlahan.
  2. Kemudian panaskan sedikit minyak masak di dalam kuali, tumis bawang merah sehingga wangi.
  3. Masukkan cili merah dan belacan. Kacau rata sehingga cili masak.
  4. Masukkan sedikit air asam jawa dan kacau sehingga sebati dan kuah kering sedikit.
  5. Masukkan ikan keli salai, garam secukup rasa dan bawang yang dihiris tadi.
  6. Bila sudah masak, bolehlah diangkat dan dihidang.

Selamat Mencuba!

Always & Forever,

Eva Matt’s

Discovering Parenthood.