Resepi Bubur Untuk Si Kecil

Hello! Tengah buat apa tu? Mari try resipi masak bubur untuk anak-anak. Bawa mereka sekali untuk menyediakan bahan-bahan untuk memasak bubur. Jom!

#1 Bubur Jagung Pulut

Hidangan: 2 orang
Tempoh penyediaan: 30 minit
Keistimewaan: Manis dan berjagung
Cara memasak:Didih
Bahan-bahan:
  • 150gm beras | dicuci, rendam dan tos
  • 100gm isi jagung manis
  • 100gm isi jagung pulut
  • 150ml santan
  • Air untuk mereneh sepenuhnya
  • Garam dan gula secukup rasa
Cara Membuat:
  1. Didihkan beras dan air. Reneh sehingga lembut dan hancur.Kacau selalu.
  2. Masukkan jagung manis dan jagung pulut lalu direneh lagi sehingga semuanya empuk dan sekata.
  3. Seterusnya, tuangkan santan dan kacau sebati. Perasakan dengan sedikit garam dan gula mengikut kemanisan dikehendaki.
  4. Tambahkan air jika perlu sebelum dihidangkan. Enak dimakan sejuk / hangat.

#2 Bubur Udang Keledek

Hidangan: 2 orang
Tempoh penyediaan: 30 minit
Keistimewaan: Manis keledek dan udang
Cara memasak:Didih
Bahan-bahan:
  • 150gm beras | dicuci, rendam dan tos
  • 150gm udang | dibuang kulit dan potong kecil
  • 1 biji kentang
  • 1 biji keledek merah dipotong kiub
  • 2 ulas bawang putih | dicencang
  • Air untuk mereneh sepenuhnya
  • Minyak masak untuk menumis
  • Garam secukup rasa
Cara Membuat:
  1. Panaskan sedikit minyak di dalam sebuah periuk, tumis bawang putih sehingga naik bau.
  2. Masukkan beras, kentang, keledek dan air. Kemudian, reneh sehingga lembut dan hancur. Kacau selalu.
  3. Seterusnya, masukkan udang. Reneh lagi dan kacau sekata(Pastikan udang masak sepenuhnya).
  4. Perasakan secukupnya dengan garam dan tambahkan air jika perlu mengikut kepekatan yang diingini.
  5. Masukkan ke dalam mangkuk, biarkan sejuk / hangat sebelum dihidangkan.
Resepi Bubur Untuk Kanak-kanak

Resepi Bubur Untuk Kanak-kanak

#3 Bubur Daging

Hidangan: 2 orang
Tempoh penyediaan: 30 minit
Keistimewaan: Manis daging dan enak
Cara memasak:Didih
Bahan-bahan:
  • 150gm beras | dicuci, rendam dan tos
  • 150gm daging| dicencang halus
  • 50gm lobak merah| disagat halus
  • 2 ulas bawang putih | dicencang
  • Air untuk mereneh sepenuhnya
  • Minyak masak untuk menumis
  • Garam secukup rasa
Cara Membuat:
  1. Panaskan sedikit minyak di dalam sebuah periuk, tumis bawang putih sehingga naik bau.
  2. Masukkan beras, air dan daging lalu reneh sehingga lembut dan hancur. Kacau selalu.
  3. Seterusnya masukkan pula lobak merah. Reneh lagi dan kacau sekata.
  4. Perasakan secukupnya dengan garam dan tambahkan air jika perlu mengikut kepekatan yang diingini.
  5. Masukkan ke dalam mangkuk, biarkan sejuk / hangat sebelum dihidangkan.

#4 Bubur Tuna

Hidangan: 2 orang
Tempoh penyediaan: 30 minit
Keistimewaan: Tinggi protein
Cara memasak:Didih
Bahan-bahan:
  • 150gm beras | dicuci, rendam dan tos
  • 150gm kacang buncis| dipotong halus
  • 1 biji kentang| dipotong dadu
  • 3 ekor tuna dalam minyak minyak zaitun | dihancurkan
  • 2 ulas bawang putih | dicencang
  • Air untuk mereneh sepenuhnya
  • Minyak masak untuk menumis
  • Garam secukup rasa
Cara Membuat:
  1. Panaskan sedikit minyak di dalam sebuah periuk, tumis bawang putih sehingga naik bau.
  2. Masukkan beras, air dan reneh sehingga lembut dan hancur. Kacau selalu.
  3. Seterusnya masukkan tuna dan kacang buncis. Reneh lagi dan kacau sekata.
  4. Perasakan secukupnya dengan garam dan tambahkan air jika perlu mengikut kepekatan yang diingini.
  5. Masukkan ke dalam mangkuk, biarkan sejuk / hangat sebelum dihidangkan.

#5 Bubur Ayam Brokoli

Hidangan: 2 orang
Tempoh penyediaan: 30 minit
Keistimewaan: Sumber karbohidrat dan serat
Cara memasak:Didih
Bahan-bahan:
  • 150gm beras | dicuci, rendam dan tos
  • 5 biji bebola ayam cendawan| dipotong kiub kecil
  • 100gm brokoli| dipotong kecil
  • 2 ulas bawang putih | dicencang
  • Air untuk mereneh sepenuhnya
  • Minyak masak untuk menumis
  • Garam secukup rasa
Cara Membuat:
  1. Panaskan sedikit minyak di dalam sebuah periuk, tumis bawang putih sehingga naik bau.
  2. Masukkan beras, air dan reneh sehingga lembut dan hancur. Kacau selalu.
  3. Seterusnya masukkan bebola ayam cendawan dan brokoli. Reneh lagi dan kacau sekata.
  4. Perasakan secukupnya dengan garam dan tambahkan air jika perlu mengikut kepekatan yang diingini.
  5. Masukkan ke dalam mangkuk, biarkan sejuk / hangat sebelum dihidangkan.

Semoga Si Manja Suka dan Happy!
Always & Forever,
Eva Matt’s
Discovering Parenthood