Hello, Mommies!
Mari cuba resipi puri yang sedap ini untuk si manja.

 

 

Resepi Puri Untuk Si Comel

Resepi Puri Untuk Si Comel

#1 Puri Epal

Saiz Hidangan: 2 orang
Tempoh penyediaan: 20 minit
Keistimewaan: Perisa epal dan enak
Cara memasak:Didih dan kisar
Bahan-bahan:
  • 50gm oat
  • 1 biji epal | dikupas dan potong kecil
  • ¼ sudu teh serbuk kayu manis
  • 150ml susu penuh krim / susu tepung bayi
  • Air panas secukupnya
Cara Membuat:
  1. Sediakan pengisar, masukkan oat, epal, serbuk kayu manis, susu dan air panas.
  2. Kisar sehingga lumat dan halus. Tambahkan air jika terlalu pekat.
  3. Tuangkan ke dalam mangkuk.
  4. Biarkan puri sejuk sebelum diberikan kepada bayi.

 

#2 Puri Pisang Masak

Saiz Hidangan: 2 orang
Tempoh penyediaan: 20 minit
Keistimewaan: Aroma pisang dan berkarbohidrat
Cara memasak:Didih dan kisar
Bahan-bahan:
  • 50gm oat
  • 1 biji pisang masak | dikupas dan potong kecil
  • ¼ sudu teh serbuk kayu manis
  • 150ml susu penuh krim
  • Air panas secukupnya
Cara Membuat:
  1. Sediakan pengisar, masukkan oat, pisang, serbuk kayu manis, susu dan air panas.
  2. Kisar sehingga lumat dan halus. Tambahkan air jika terlalu pekat.
  3. Tuangkan ke dalam mangkuk dan biarkan puri sejuk sebelum diberikan kepada bayi.
Ideas Resepi Puri

Ideas Resepi Puri

#3 Puri Keledek Kismis

Saiz Hidangan: 2 orang
Tempoh penyediaan: 20 minit
Keistimewaan: Manis kismis dan keledek
Cara memasak:Didih dan kisar
Bahan-bahan:
  • 50gm oat
  • 150gm keledek | dikupas dan potong kecil
  • 150gm kismis hitam
  • 150ml susu penuh krim
  • Air panas secukupnya
Cara Membuat:
  1. Sediakan sebuah periuk dan didihkan air.
  2. Rebuskan keledek sehingga empuk. Kemudian, tapis dan tos.
  3. Masukkan semua bahan ke dalam pengisar dan kisar sehingga halus.
  4. Tambahkan air jika perlu dan biarkan suam sebelum diberikan kepada bayi.

 

#4 Puri Jagung

Saiz Hidangan: 2 orang
Tempoh penyediaan: 20 minit
Keistimewaan: Lemak berkrim perisa jagung
Cara memasak:Didih dan kisar
Bahan-bahan:
  • 50gm oat
  • 100gm isi jagung manis
  • 100gm jagung pulut
  • 150ml susu penuh krim
  • Air panas secukupnya
Cara Membuat:
  1. Didihkan pengukus dan kukus jagung sehingga masak dan lembut.
  2. Sediakan pengisar, masukkan semua bahan ke dalam pengisar dan kisar sehingga lumat dan halus.
  3. Tambahkan air panas jika perlu dan tuang ke dalam mangkuk.
  4. Biarkan puri sejuk sebelum diberikan kepada bayi.

 

#5 Puri Bayam

Saiz Hidangan: 2 orang
Tempoh penyediaan: 20 minit
Keistimewaan: Tinggi serat dan enak.
Cara memasak:Didih dan kisar
Bahan-bahan:
  • 50gm oat
  • 1 biji kentang |dikupas dan potong kecil
  • 1 tangkai bayam |dicuci dan mayang
  • 50gm udang |dibuang kulit
  • Sedikit perahan limau
  • Air secukupnya
Cara Membuat:
  1. Sediakan sebuah periuk dan didihkan air dan rebus kentang sehingga empuk.
  2. Setelah jentang empuk, masukkan pula udang, perahan lemon dan bayam. Kacau dan masak lagi. Padamkan api.
  3. Masukkan oat ke dalam pengisar bersama renehan tadi dan kisar sehingga halus.
  4. Hidangkan kepada bayi apabila sejuk. Tambahkan air jika perlu.

Resepi Puri

Selamat Mencuba Untuk Si Comel!

 Always & Forever,

Eva Matt’s

Stories of AveHeart | Discovering Parenthood