Hello Beautiful!

Hello Beautiful!

Bila mami dikategorikan memiliki berat badan berlebihan iaitu BMI lebih 25, mami berisiko tinggi untuk menghadapi beberapa jenis komplikasi kehamilan.
Berat badan yang seharusnya mami tambah sepanjang hamil ialah antara 7 – 11kg diakhir kehamilan. Ini bererti setiap bulan, pertambahan berat badan adalah diantara 0.9 – 1.3 kg sahaja terutamanya di trimester kedua dan ketiga. Dalam trimester pertama, adalah normal jika berat badan mami berkurangan. Ini kerana mami mengalami morning sickness atau loya yang mematikan selera makan. Kekerapan muntah juga menyebabkan kalori yang diambil berkurangan.

Berikut adalah antara masalah yang mungkin mami hadapi bila berat badan melebihi BMI 25

#1 Neural tube defect (NTD)

NTD merupakan masalah berkaitan dengan perkembangan otak dan/atau saraf tunjang bayi. Jika anda bersaiz besar, bayi mungkin berisiko mengalami NTD. Tetapi, risikonya sekitar 0.1%.

Apa yang boleh anda lakukan:

  • Amalkan memakan suplemen asid folik 1000mcg, 3 bulan sebelum dan sepanjang kehamilan.
  • Mami juga boleh meminta doktor melakukan ujian darah triple-screen pada minggu ke-15, ujian imbasan dan amniosentesis untuk mengenalpasti NTD.

#2 Diabetes

Masalah ini disebabkan oleh peningkatan gula dalam darah sepanjang kehamilan. Doktor akan membuat ujian saringan glukos untuk menilai tahap gula dalam darah. Tahap gula dalam darah yang tidak terkawal boleh menyebabkan pelbagai masalah termasuklah bayi bersaiz besar dan hypoglycemia.

Apa yang boleh anda dilakukan:

  • Ikut saranan yang dicadangkan oleh doktor.
  • Jaga pemakanan seharian.
  • Sentiasa mengikuti pemeriksaan antenatal yang ditetapkan.

#3 Tekanan darah tinggi

Mami didiagnos sebagai gestational hypertension, apabila mengalami tekanan darah tinggi selepas minggu ke-20 tetapi di dalam ujian air kencing tidak terdapat protein. Jika anda sudah pun mengalami masalah ini sebelum hamil atau didiagnos sebelum minggu ke-20, ia dikenali sebagai chronic hypertension.
Gestational hypertension lazimmya tidak menimbulkan masalah besar kepada ibu dan bayi yang dikandung tetapi berisiko tinggi dengan kelahiran pramatang, placenta abruption, pra eklampsia dan kematian semasa lahir.

Apa yang boleh anda dilakukan:

  • Jalani pemeriksaan tekanan darah tinggi setiap kali menjalani pemeriksaan antenatal.
  • Dapatkan maklumat lebih lanjut daripada doktor pakar
Risiko Berat Badan Berlebihan

Risiko Berat Badan Berlebihan

#4 Pra eklampsia

Pra eklampsia turut dikenali sebagai toxemia di mana anda didiagnosis menghidap tekanan darah tinggi dan terdapat kandungan protein di dalam urin selepas minggu ke-20. Masalah ini boleh menyebabkan saluran darah menyempit lalu meningkatkan tekanan darah seterusnya mengurangkan pengaliran darah ke seluruh tubuh.
Dalam kes yang kritikal, ia boleh menyebabkan anda mengalami kerosakan organ, perkembangan bayi terbantut, air ketuban berkurangan dan placenta abruption.

Apa yang boleh anda dilakukan:

  • Sentiasa mengikuti jadual pemeriksaan antenatal yang diberikan.
  • Jika mengalami bengkak muka atau tangan dan kaki, sakit kepala, penglihatan kabur atau sensitif kepada cahaya, segera berjumpa dengan doktor.

#5 Bayi besar

Bayi berisiko untuk bersaiz besar jika anda mengalami masalah diabetes atau melepasi tarikh jangkaan bersalin. Ujian ultrasound / imbasan boleh membantu anda mengetahui jangkaan berat bayi dalam kandungan.

Apa yang boleh anda dilakukan:

  • Jika menghidap diabetes, pastikan mami kerap melakukan ujian tahap gula dalam darah.
  • Jika doktor menjangka bayi besar, bincanglah dengan doktor tentang pilihan bersalin yang ada.
Untuk mengelak risiko ini, makanlah secara sihat dan kerap melakukan senaman yang bersesuaian dengan keadaan anda kini.

www.aveheart.com