Hello Beautiful
Waktu pagi mesti masa paling sibuk untuk mami dirumah. Bangun awal untuk masak sarapan, urus anak-anak ke sekolah atau urus si baby yang mahu menyusu. Memang tak menang tangan mau uruskan satu family.

Bak kata pepatah, melentur buluh biar dari rebungnya.

Kita ajar anak-anak sejak dari kecil untuk menguruskan beberapa rutin nanti tidaklah mami stress atau bertukar jadi mami monster. Hehe. Gurau ja. Rutin ini tidaklah susah dan boleh dilakukan oleh si kecil seawal umur 2 tahun.
Mungkin pada permulaan, anak-anak tidak mahu buat atau kalau buat pun kita kurang puas hati lagi. Show to them macam mana nak buat. Kalau asyik membebel, lama-lama si anak pun merajuk tidak mahu buat. Sabarlah kunci untuk kita sebagai ibu ini. Eva pun boleh jadi mami monster bila anak-anak tidak mendengar kata atau melakukan apa yang disuruh.

5 Rutin Mudah Yang Boleh Di Ajar Kepada Anak Seawal Umur 2 Tahun

  1. Kemaskan katil. Beritahu anak benda pertama perlu buat bila bangun dari tidur ialah kemaskan katil. Lipat selimut, susun pillow and bolster. Jangan tanguh-tanguh.
  2. Mandi dan berus gigi. Ingatkan anak pakai sabun dan berus gigi bila mandi.
  3. Pakai pakaian sendiri. Sudah mandi, pakai pakaian sendiri. Anak lelaki Eva sudah pandai pakai pakaian sendiri sejak berumur 2 tahun. Tapi, bila cari pakaian di almari susah mau cakap. Sia-sia ja mak ni lipat kain. Hehe
  4. Makan sarapan sendiri. Biasakan anak makan sarapan sendiri. Kita tengok jugalah, takut pula tercekik.
  5. Bantu kerja dirumah. Beberapa kerja dirumah boleh kita ajar kepada anak seiring dengan usianya. Boleh lihat gambar dibawah.

5 Rutin Mudah Yang Boleh Di Ajar Kepada Anak Seawal Umur 2 Tahun

5 Rutin Mudah Yang Boleh Di Ajar Kepada Anak Seawal Umur 2 Tahun

5 Rutin Mudah Yang Boleh Di Ajar Kepada Anak Seawal Umur 2 Tahun
5 Rutin Mudah Yang Boleh Di Ajar Kepada Anak Seawal Umur 2 Tahun
Mudah kan? Anak-anak pun boleh belajar berdikari dan bertanggungjawab. Semoga mami berjaya ajar si kecil dengan rutin mudah ini.

www.aveheart.com