Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!
5-sumber-makanan-untuk-meningkatkan-kesuburan-lelaki
Health Tips

5 Sumber Makanan Untuk Meningkatkan Kesuburan Lelaki

Masalah tidak subur ini bukan sahaja dihadapi oleh wanita tetapi kepada lelaki juga. Ada banyak sebab yang menyebabkan seseorang itu mempunyai masalah kesuburan. Antaranya : diet pemakanan yang tidak seimbang, merokok, pencemaran udara atau gaya hidup seseorang individu yang menjejaskan kesuburan.

Faktor terpenting dalam menentukan tahap kesuburan seseorang lelaki adalah bilangan sperma yang normal atau cukup. Bilangan sperma yang normal adalah sekurang-kurangnya 15 juta sperma per ml air mani.

Bagi lelaki yang ingin mencuba meningkatkan tahap kesuburan, bolehlah mengamalkan sumber makanan ini.

5 Sumber Makanan Untuk Meningkatkan Kesuburan Lelaki :

1. Coklat / Dark Chocolate

Coklat mempunyai pelbagai khasiat terhadap tahap kesuburan lelaki kerana ia dapat meningkatkan bilangan sperma dan isi padu air mani. Satu kajian dari The University of Michigan Health System, pengambilan L-arginine sebagai suplemen tambahan dalam beberapa bulan dapat meningkatkan kuantiti dan kualiti sperma.

L-arginine menyebabkan pengembangan salur darah (vasodilation) yang meningkatkan aliran darah pada alat sulit seterusnya membantu dalam proses ereksi.

ubat-kesuburan-lelaki

2. Buah Delima

Buah delima ini mengandungi bahan antioksida yang dapat melawan malondialdehyde (MDA) iaitu sejenis bahan kimia dalam salur darah yang boleh membunuh sel sperma.

Kajian yang telah diterbitkan dalam Clinical Nutrition Journal menyatakan pengambilkan jus delima setiap hari boleh memusnahkan radikal bebas dalam badan seterusnya dapat meningkatkan kualiti sperma.

makanan-untuk-lelaki-subur

3. Bayam

Bayam ini mengandungi banyak folic acid yang boleh membantu meningkatkan kuantiti sperma. 

Selain itu, bahan folic acid mampu membantu menghasilkan sperma yang sihat dan tinggi motilitinya (keupayaan sel untuk bergerak sendiri)

sumber-makanan-kesuburan-untuk-lelaki

4. Kacang Walnut

Kacang walnut ini mengandungi arginine dan juga asid lemak Omega-3 yang dapat membantu meningkatkan aliran darah ke arah zakar.

Di samping itu, kacang walnut mengandungi antioksida sebanyak dua kali ganda berbanding kacang-kacang yang lain.

makanan-untuk-kesuburan-suami-isteri

5. Salad Buah

Buah-buahan yang tinggi kandungan antioksida seperti strawberry, ceri dan oren sangat berkesan dalam meningkatkan bilangan sperma. Pengambilan salad buah akan dapat membantu mendapatkan kesemua nutrien dalam buah-buahan tersebut.

Lelaki yang mengambil 1000mg Vitamin C setiap hari dapat meningkatkan motility sperma yang dapat meningkatkan peluang berlakunya proses pensenyawaan.

ubat-kesuburan-untuk-lelaki

Rawat Mata Silau dan Rabun Dengan “Vitamin Mata” ini

Untuk next entry, Eva nak share “vitamin kesuburan” khas untuk lelaki tau. Stay tuned gais 🙂

Semoga bermanfaat dan klik SHARE!

Always and Forever,

Eva Matt’s | Stories of AveHeart – Discovering Parenthood

jual-vitamin-shaklee-sabah
http://aveheart.com/cara-makan-alfalfa-complex-yang-berkesan-untuk-atasi-masalah-keputihan/

Mommy to Sora Estafania, Tito Bravo and Emico Bendervat. Part-time Parenting & Lifestyle Blogger. Shaklee Mentor - Founder of #VivaciousTeam, #TicerSlim and Lifelong learner.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge