Hello, Mami!

Lampin basah sudah tukar, makan pun sudah tapi si baby masih lagi menangis. Kalau cakap mengantuk, si baby baru sahaja bangun. Perut si baby tidak juga kembung tapi kalau bab-bab meragam mengalahkan raja.

Pernahkah mami mengalami situasi ini?Anak Eva yang bernama Tito Bravo kalau sudah meragam, 24jam mahu minta dukung. Manja terlebih. Nasib baik, si Daddy rajin dukung.
Secara umumnya ada beberapa sebab bayi menangis dan meragam. Tetapi, ada ketikanya sukar untuk memahami kenapa si baby ni sangat cerewet sehingga sukar dikendalikan.
Jom ketahui 6 cara mengendalikan si manja yang cerewet ini.
6 Cara Mami Boleh Buat Kendalikan Bayi Cerewet

6 Cara Mami Boleh Buat Kendalikan Bayi Cerewet

#1 Bawa si manja ke tempat yang tenang

Cuba alihkan si baby ke lokasi yang tenang dan tempat yang biasa dengannya supaya si manja berada dalam keadaan tenang. Kadang-kadang dengan pencahayaan, bunyi dan persekitaran mudah menjadikan baby menjadi cerewet.

#2 Pakaikan bedung bayi

Kebanyakan baby suka dirinya dibedung kerana ia membuatkan dirinya berasa selamat. Apabila si manja dibedung, ia dapat membantu mengawal pergerakan lengan kecil baby anda yang selalunya boleh menghalang si manja tidur lena.

#3 Buaikan si manja

Bila si manja cerewet,mami boleh buaikan si baby perlahan-lahan dalam gerakan berirama.Gerakan berirama mengingatkan si baby berada dalam rahim. Mami juga boleh dodoinya sambil berjalan / meletakkan si baby di pangkuan sambil mami duduk di kerusi goyang.

#4 Menyanyi

Mami boleh mengulangi bunyi seperti “Shhh,shhh,shhh” atau “ahhh,ahhh,ahhh”, dalam corak irama supaya membantu menenangkan si baby. Tidak mengapa jika suara mami tidak merdu, asalkan bunyi suara mami adalah biasa dan selesa untuk si baby. Bagi muslim, boleh mencuba menggunakan zikir dalam nada yang sama untuk menenangkan si manja.

#5 Ubah kedudukan memegang anak

Jika si baby mempunyai masalah kembung perut / kolik, mami boleh memegang baby dengan kedudukan di hadapan. Posisi dukung cara ini memberi tekanan dibahagian perut yang boleh membantu mengurangkan ketidakselesaan si manja.
Mami perlu memegang bayi dengan cara berbeza untuk membantu memberikan keselesaan pada si manja yang cerewat.

#6 Beri si baby masa untuk bersendirian

Jika mami masih tidak dapat menenangkan si baby yang cerewet, cuba letakkan si manja di tempat tidur baby untuk beberapa minit. Si baby mungkin hanya mahu sendirian untuk dirinya berehat tanpa diganggu.
6 Cara Pujuk Si Manja

6 Cara Pujuk Si Manja

Namun sekiranya mami masih gagal menenangkan si manja walaupun mami telah cuba memenuhi keperluan baby, mami boleh hubungi pakar kanak-kanak untuk mendapatkan nasihat serta melakukan pemeriksaan kesihatan baby.
Semoga bermanfaat!

Always & Forever,

Eva Matt’s

Stories of AveHeart | Discovering Parenthood