Hello Beautiful
Bila anak-anak semakin membesar mungkin kita sebagai ibu bapa ingin tahu ada apa di fikiran anak-anak. Semasa mereka masih kecil, kita mungkin tahu apa yang mereka suka, tidak suka. Pendek kata, ibu bapa lebih menjadi dominan untuk menentukan what the best for them.
Anak-anak yang sedang membesar atau sedang melalui zaman remaja mempunyai cara pendekatan tidak sama dengan anak-anak kecil. Namun, Eva percaya perhubungan yang rapat antara keluarga sangat penting. Lebih-lebih lagi, banyak gejala negatif yang sudah semakin menular dalam diri ramai remaja masa kini.

Be the Mom you want them to remember

6 Cara Menjadi Kawan Baik Kepada Anak

  1. Tunjukkan rasa kasih sayang kepada anak

Biasakan diri memeluk dan mencium anak setiap hari. Luahkan rasa sayang dengan memeluk anak sebelum ke sekolah atau ketika anda sampai dari tempat kerja. Bila luahkan rasa sayang kepada anak, buat dengan seikhlas hati. Dengan cara ini, hubungan ibu bapa dan anak akan menjadi akrab dan mesra kerana anak tahu anda sayang kepadanya.
  1. Berinteraksi dengan anak-anak.

Of course, ibu bapa perlu berinteraksi dengan anak. Bila kita sering berkomunikasi dengan mereka, anak akan rasa rapat dan tidak merasa takut untuk berbual-bual dengan kita. Anggap anak sebagai kawan yang seronok untuk diajak berbual. Carilah topik yang menarik untuk dibualkan.
  1. Tumpukan perhatian ketika anak bercakap.

Jadi pendengar yang setia kepada anak. Walaupun anda sibuk dengan kerja seharian, dengar dengan sepenuh perhatian apabila anak mengatakan sesuatu. Mungkin ada perkara penting yang perlu anak sampaikan. Dengan itu, mereka merasa selesa bila berkomunikasi dengan kita.

cara-menjadi-kawan-baik-kepada-anak

  1. Bantu anak menyelesaikan masalah.

Jika anak memerlukan pertolongan, sentiasa bersedia untuk membantunya jika dia berhadapan dengan masalah.
  1. Berani meminta maaf.

Jika kita melakukan kesilapan, jangan segan untuk meminta maaf. Tidak kira anak atau kita sendiri sebagai ibu bapa perlu memohon maaf. Anak tentu bangga mempunyai ibu bapa yang sentiasa jujur dan adil.
  1. Meluangkan masa dengan anak setiap hari.

Sesibuk mana pun kita, pastikan kita ada masa untuk anak-anak. Masa adalah sangat berharga dan sudah tentu kita tidak mahu ketinggalan melihat perkembangan anak-anak. Tanyalah anak-anak tentang aktiviti harian mereka disekolah atau dirumah.

www.aveheart.com