Hello Beautiful
Sentuhan kulit ke kulit adalah komunikasi di awal kelahiran bayi. Ia mempunyai banyak manfaat seperti mengeratkan kasih sayang ibu dan bayi, kepuasan ibu bapa, dan persekitaran rumah yang lebih baik.
Sentuhan membuktikan dapat mengurangkan kesakitan bayi yang baru lahir malah mempunyai impak positif kepada penyusuan susu ibu, bayi yang menangis atau paras gula dalam darah selepas kelahiran.

6-kesan-positif-sentuhan-kepada-bayi-baru-lahir

6 Kesan Positif Sentuhan Kepada Bayi Baru Lahir

  1. Sebelum bayi dapat melihat dengan jelas, bayi akan belajar tentang persekitarannya, emosi dan fizikal melalui sentuhan.Kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak yang mendapat kasih sayang daripada ibu mereka dalam bentuk sentuhan fizikal cenderung bersikap lebih berdaya tahan terhadap tekanan, kekecewaan dan penderitaan.
  1. Kuasa sentuhan daripada ibu dan ayah kepada bayi baru lahir mampu menenangkan bayi bila dia berada dalam keadaan yang kurang selesa. Sentuhan perlulah dilakukan dengan penuh kasih sayang agar si kecil merasainya. Terdapat dua amalan harian yang memberi peluang kita untuk merangsang deria sentuhannya iaitu ketika mandi dan membuat urutan.

Melalui urutan, sentuhan lembut yang penuh dengan kasih sayang membantu menggalakkan peningkatan perkembangan sosial, kognitif emosi dan perkembangan fizikal.

  1. Ketika bayi baru lahir, kita akan melihat tangannya sentiasa dalam keadaan menggenggam sesuatu. Selain itu, bayi akan sentiasa menggerakkan anggota badannya seperti tangan dan kaki. Tapi, bayi akan bertindak balas apabila kita sentuhnya.
kuasa-sentuhan-kepada-bayi
  1. Cara untuk merangsang deria sentuhan bayi adalah dengan memeluk, membelai, memegang, mendukung, membuai dan mengurutnya. Bila kita membelai rambutnya atau belakangnya semasa mendukung, ia akan menyampaikan kasih sayang kita di samping memberikan keselesaan, keyakinan dan menenangkannya. Jadi, jangan biarkan bayi bersendirian terlalu lama kerana ini boleh menghalang bayi dari mendapat ransangan sentuhan.
  1. Selain itu, sentuhan membuatkan bayi merasa selamat dan dilindungi oleh ibu bapanya. Bila kita memegang dan membelai tangannya, bayi akan bertindak balas dengan sentuhan kita untuk menunjukkan dia merasa selesa dan selamat.
  1. Untuk bayi pramatang, sentuhan adalah penting sebagai terapi baginya. Sentuhan adalah keperluan untuk menambahkan berat badannya selain mengurangkan tekanan kesakitan yang dialami bayi. Sentuhan kulit ke kulit seperti ‘penjagaan kanggaru’ semasa menyusu menunjukkan penambahbaikan ketara dalam perkembangan sistem sarafnya. Dengan itu, ia mampu memberikan kesihatan yang baik kepada bayi pramatang.

Jadi, sentuh dan belailah bayi kita agar si kecil selesa dan merasa selamat!

www.aveheart.com