Hello Beautiful!

Hello, Mommies

Resepi minuman jus buah-buahan ini sangat mudah dibuat dan siap dalam masa 15 minit sahaja. Tak percaya? Cubalah {Psst, sediakan bahan dengan lebih awal}.

#1 Minuman Jus Anggur Sparkle

Hidangan: 2 orang
Tempoh penyediaan: 15 minit
Bahan-bahan:
  • 1 cawan anggur merah (dibuang biji)
  • 1 cawan jus anggur
  • 1 cawan ais krim soda
  • Sedikit ais
Cara Membuat:
  1. Kisarkan anggur dengan ais krim soda bersama sedikit ais. Kemudian masukkan ke dalam bekas.
  2. Campurkan pula dengan jus anggur dan kacau hingga sebati.
  3. Simpan di dalam peti sejuk sebelum diminum.

#2 Minuman Air Lemonade Berpudina

Hidangan: 2 orang
Tempoh penyediaan: 15 minit
Bahan-bahan:
  • ½ biji lemon (dihiris)
  • ½ cawan jus lemon
  • ½ cawan gula
  • 2 cawan air panas
  • Segengam daun pudina
Cara Membuat:
  1. Bancuhkan gula dengan air panas sehingga larut.
  2. Masukkan daun pudina dan hirisan lemon ke dalam jag. Kacau rata.
  3. Simpan di dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.

#3 Minuman 7 Up Punch

Hidangan: 2 orang
Tempoh penyediaan: 15 minit
Bahan-bahan:
  • 1 botol minuman berkarbonat 7 Up (kecil)
  • 1/3 cawan jus oren
  • 1/3 cawan jus nanas
  • 1 batang kulit kayu manis
  • Sedikit kiub nanas dan oren
  • Sedikit kiub air
Cara Membuat:
  1. Campurkan kesemua bahan di atas.
  2. Sedia dihidangkan.
Resepi Jus Buah

Resepi Jus Buah

#4 Minuman Jus Ombak Rindu

Hidangan: 2 orang
Tempoh penyediaan: 15 minit
Bahan-bahan:
  • 1 biji prun merah
  • 2 potong nanas
  • 1 potong tembikai merah
  • 2 biji limau kasturi
  • 4-6 biji asam boi putih
  • 1/3 cawan air gula
  • 2 cawan air sejuk
  • Sedikit kiub ais
Cara Membuat:
  1. Kisarkan buah prun, nanas, tembikai, air gula dan air sejuk.
  2. Kemudian masukkan ke dalam jag. Masukkan asam boi putih dan kacau.
  3. Perahkan 2 biji limau kesturi dan masukkan kiub ais.
  4. Sedia dihidangkan.

#5 Minuman Jus Longan Pasrah

Hidangan: 2 orang
Tempoh penyediaan: 15 minit
Bahan-bahan:
  • 1 tin buah longan
  • Sedikit pati sirap ros
  • Sedikit ais
  • Sedikit air
Cara Membuat:
  1. Kisarkan buah longan bersama sedikit air. Tuangkan ke dalam gelas.
  2. Masukkan sedikit ais dan titikkan sedikit pati sirap ros di tepi gelas.
  3. Sedia dihidangkan.

#6 Minuman Jus Permata Hatiku

Hidangan: 2 orang
Tempoh penyediaan: 15 minit
Bahan-bahan:
  • 1 tin buah longan
  • Sedikit pati sirap ros
  • Sedikit ais
  • Sedikit air
Cara Membuat:
  1. Kisarkan buah longan bersama sedikit air. Tuangkan ke dalam gelas.
  2. Masukkan sedikit ais dan titikkan sedikit pati sirap ros di tepi gelas.
  3. Sedia dihidangkan.
Get the juice

Get the juice

Kredit: Buku Resipi Chef Fazalina Ismail.

Selamat Mencuba!
www.aveheart.com

www.aveheart.com