Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!
7-cara-mencegah-osteoporosis-atau-tulang-rapuh-pada-wanita
Health Tips

7 Cara Mencegah Osteoporosis Atau Tulang Rapuh Pada Wanita

Osteoporosis adalah sejenis penyakit tulang yang dicirikan oleh pengurangan ketumpatan mineral tulang, gangguan mikroarkitektur tulang dan perubahan jumlah serta jenis protein bukan kolagen didalam tulang.

Ia tiada simptom yang spesifik tetapi akan berkembang secara perlahan-lahan selama beberapa tahun dan bila terjadinya kejatuhan kecil, anda berisiko dengan keadaan patah tulang.

Langkah pencegahan osteoporosis ini harus dimulakan sejak anda masih lagi bergelar zigot. Ibu hamil digalakkan untuk membekalkan kalsium yang mencukupi agar pertumbuhan tulang janin menjadi cukup sempurna.

osteoporosis-masalah-tulang-rapuh-shaklee

Penyakit osteoporosis boleh mengancam kesihatan diri terutamanya selepas melalui fasa menopaus. Ini kerana selepas menopaus paras hormon estrogen yang menurun mengganggu proses pembentukan tulang yang dimulai dengan kehilangan mineral tulang.

Tanpa langkah pencegahan yang tepat, masalah osteoporosis akan berlarutan sehinggalah tulang meremput dan akhirnya patah.

7 Cara Mencegah Osteoporosis Atau Tulang Rapuh Pada Wanita

1. Ambil kalsium

  • Mengambil kalsium yang mencukupi dapat mempertahankan tulang.
  • Minum susu setiap hari dapat membantu memadatkan tulang. Dos harian yang disyorkan untuk usia produktif adalah 1000mg sehari.
  • Makanlah juga makanan harian yang kaya kalsium seperti susu soya,produk tenusu, ikan salmon bersama tulangnya, brokoli, tempe, tauhu, kekacangan dan ikan bilis.

makanan-tinggi-kalsium-shaklee

2. Gaya hidup sihat

  • Jauhi rokok dan alkohol kerana ia terbukti meningkatkan risiko osteoporosis.
  • Untuk anda yang suka minuman bersoda dan berkafein, ambillah minuman ini secara berhemah.

3. Sinar matahari

  • Cahaya matahari terutamanya UVB membantu tubuh menghasilkan vitamin D yang diperlukan untuk penyerapan kasium.
  • Jadi, dedahkan diri kepada sinaran matahari di waktu pagi sebelum jam 9 masa.

4. Senaman beban

  • Gunakan alat beban seperti dumbell untuk bersenam selalu.
  • Lakukan aktiviti berjalan dan menaiki tangga, sekurang-kurangnya 3 kali seminggu.

senaman-untuk-tulang-kuat-shaklee

5. Elak ubat tertentu

  • Ubat golongan kortikosteriod seperti steroid dan ubat anti kejang boleh menggangu proses penyerapan kalsium.
  • Pastikan juga pengambilan ubat-ubatan sentiasa dipantau oleh doktor

6. Amalkan suplemen

  • Amalkan suplemen kalsium kerana kita tidak akan mendapat nutrisi sepenuhnya daripada pemakanan kerana cara masak makanan mungkin telah merosakkan kandungan kalsium didalamnya.

Read : Ini suplemen untuk tulang

7. Lakukan pemeriksaan tulang

  • Anda digalakkan melakukan pemeriksaan tulang secara teratur. Pemeriksaan ini boleh dilakukan dimana-mana hospital yang menawarkan khidmat pemeriksaan bone mass density (BMD)

Kesimpulannya, anda harus mengambil kalsium yang secukupnya untuk menjaga kepadatan tulang.

Semoga bermanfaat dan klik Share!

Set Berpantang Shaklee Untuk Percepatkan Luka Bersalin

Always & Forever,

Eva Matt’s | 1105221

Your Trusted Shaklee Distributor

jual-vitamin-shaklee-sabah
http://aveheart.com/cara-makan-alfalfa-complex-yang-berkesan-untuk-atasi-masalah-keputihan/

Mommy to Sora Estafania, Tito Bravo and Emico Bendervat. Part-time Parenting & Lifestyle Blogger. Shaklee Mentor - Founder of #VivaciousTeam, #TicerSlim and Lifelong learner.

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge