Hello BeautifulHi mami!
Sudah bersediakah mami untuk mengajar si kecil mengenal huruf ABC? Seawal umur 3 hingga 4 tahun si kecil memang sudah bersedia untuk mengenal huruf, tetapi jangan pula memaksa anak. Berikan galakan untuk anak bermain dengan huruf atau abjad.
Kadang-kadang, si kecil ini mudah merasa bosan jadi mami boleh fokus dengan satu huruf seminggu. Contohnya pada minggu pertama, mulakan dengan huruf “A”. Setelah anak mengenali dan mengingati huruf tersebut barulah kenalkan dia dengan huruf seterusnya. Ulangi proses ini sehingga dia seronok untuk mengenali dan menyebut huruf dari “A” hingga “Z”.

Fikirkan cara yang kreatif dan menyeronokkan untuk mengajar si kecil

Terdapat beberapa cara untuk mengajar anak mengenal huruf  seperti:

1. Kad Imbas / Flash Card

  • Tunjukkan kad imbas atau flash card dengan tulisan dan pada masa yang sama sebutkan huruf tersebut.
  • Beberapa hari kemudian, tunjukkan lagi kad imbas tersebut untuk mengenalpasti sama ada anak sudah mengingati dan mengenal sebutan huruf.

2. Buku Abjad

  • Beli buku abjad / huruf yang berwarna-warni agar dapat membantu anak mengenal huruf dengan cepat.
  • Mami juga boleh bacakan cerita pendek dengan menyebut huruf dengan jelas dan galakkan anak untuk sama-sama menyebutnya.

3. Tanah liat

  • Mami dan anak boleh sama-sama bentukkan huruf dengan menggunakan tanah liat.
  • Ajar anak bagaimana membentuk huruf dengan betul dan dalam masa yang sama, sebutkan huruf yang dibentuk.

7-cara-mudah-dan-seronok-mengajar-anak-mengenal-huruf-seawal-umur-3-tahun

4. Gunakan muzik dan irama

  • Anak pasti suka dan gembira bila mami dan anak menyanyi ABC bersama-sama.
  • Anak mudah mengingati bunyi huruf di dalam minda mereka bila kita menggunakan muzik atau menyanyi.
  • Belikan anak CD lagu ABC agar dia boleh mendengar sebutan setiap huruf dan cuba untuk menyanyikannya bersama.

5. Membaca kepada anak

  • Bacakan setiap huruf kepada anak sambil menunjukkan huruf tersebut.
  • Pastikan anak fokus ketika membacakannya huruf dan gambar.
  • Lakukan cara ini secara konsisten agar anak mudah untuk mengenal ABC.

6. Warna

  • Pensel warna juga boleh membantu anak belajar ABC.
  • Sebagai contoh, jika anak mengambil pensel warna merah, katakan kepadanya itu adalah mewakili huruf M / warna biru untuk huruf B, warna coklat untuk huruf C / warna kuning untuk huruf K dan seterusnya.
  • Cara ini menggalakkan anak untuk mengenal huruf dengan mengaitkannya dengan warna yang dikenalinya.

7. Blok abjab / huruf

  • Blok huruf boleh membantu anak mengenal ABC.
  • Sebutkan huruf pada blok dan galakkan anak menyebutnya selepas itu.
  • Mami juga boleh membuat blok huruf sendiri dengan memotong huruf yang berwarna daripada majalah dan mencantumkannya menjadi huruf yang menarik minat si kecil.

Jadikan setiap aktiviti mengenal ABC bersama anak sesuatu yang menyeronokkan. Pasti si kecil mudah untuk mengenal ABC nanti!

www.aveheart.com