Parenting

7 Items Asas Penyusuan Wajib DiMiliki

Susu ibu adalah makanan terbaik buat si manja kerana mengandungi pelbagai khasiat.Penyusuan susu ibu secara eksklusif amat digalakkan tanpa mencampurkan bahan lain seperti air kosong atau susu formula.

Untuk menjayakan penyusuan susu ibu sehingga anak berusia sekurang-kurangnya 2 tahun, beberapa kelengkapan asas dan peralatan sokongan diperlukan.

Boleh beli mengikut bajet ibu ya kerana banyak pilihan yang ada dan ini merupakan pelaburan untuk masa depan memandangkan kos yang dikeluarkan hanya sekali seumur hidup. Ibu juga boleh baca 13 Perkara Ibu Perlu Tahu Tentang Penyusuan Susu Ibu Eksklusif

  1. Pam payudara

  • Terdapat dua jenis pam payudara, manual dan elektrik. Kebanyakan pakar laktasi menyarankan agar ibu-ibu menyusu menggunakan pam payudara yang boleh mengendalikan dua buah corong payudara {double pumping} bagi membolehkan ibu melakukan pengepaman berganda pada satu masa.
  • Jenama pam bergantung kepada keperluan dan bajet disamping, keperluan pemerahan ibu. Jika waktu memerah sangat singkat, ibu bolehlah memilih pam elektrik berganda. Jika ibu sering keluar pejabat, pam jenis bateri, USB atau manual lebih sesuai kerana boleh beroperasi tanpa punca elektrik.
  • Ibu perlu membuat pembelian bijak dengan mengambil kira harga bersesuaian dengan spesifikasi rekaan, mudah digunakan atau dibawa dan mempunyai jaminan daripada syarikat pengeluar.

 

Pam payudara elektrik
Pam payudara elektrik
Pam payudara manual
Pam payudara manual
  1. Coli menyusu

  • Of course, coli menyusu penting untuk daya sokongan yang baik.
  • Pilih coli yang diperbuat daripada kain lembut seperti kain kapas.
  • Elakkan membeli coli berdawai kerana ia boleh menyebabkan saluran susu tersumbat.
Coli menyusu tanpa dawai
Coli menyusu tanpa dawai
  1. Pelapik payudara

  • Pelapik payudara {breast pad} juga perlu untuk menyerap lelehan susu ibu dan mengelakkan pakaian basah atau kotor disebabkan oleh kesan tompokan lelehan susu ibu.
Pelapik payudara
Pelapik payudara
  1. Botol dan liner plastik untuk penyimpanan

  • Pilih botol yang bebas bahan Bisphenol A {BPA}
  • Mempunyai saiz 50z, berleher lebar dan tidak terlalu kecil.
  • Ini supaya ibu mudah untuk memegang botol ketika mengepam.
  • Ibu juga perlu pilih liner plastik yang bebas BPA. Penggunaan liner akan mengurangkan penggunaan ruang kerana boleh dileperkan atau ditindan ketika dibekukan di dalam freezer.
Botol penyimpanan susu
Botol penyimpanan susu
Liner plastik
Liner plastik
  1. Beg pendingin dan pek ais

  • Pek ais yang baik boleh sejukkan beg pendingin selama 12 jam.
  • Beli 3 pek ais yang boleh dimuatkan dalam beg pendingin bersaiz sederhana. Jika beg bersaiz besar, ibu mungkin memerlukan lebih 3 pek ais.
  • Pek ais ini membantu untuk menjamin suhu dalam beg menjadi sejuk dan susu juga tidak rosak.
  • Bekukan ais selepas pulang ke rumah supaya ia beku dan ready untuk digunakan pada esoknya.
Beg pendingin dan pek ais
Beg pendingin dan pek ais
  1. Poncho menyusu aka nursing cover

  • Ibu memerlukan poncho menyusu ketika mengepam di pejabat.
  • Selain itu, poncho boleh digunakan ketika penyusuan di kawasan awam seperti shopping kompleks, taman dan sebagainya.
Poncho menyusu
Poncho menyusu
  1. Pakaian penyusuan

  • Pakaian penyusuan yang sesuai memudahkan proses penyusuan dan pemerahan.
  • Dapatkan koleksi pakaian menyusu yang mempunyai ruangan bukaan tertentu bagi membolehkan si kecil menyusu atau mengepam dengan selesa.
Baju penyusuan
Baju penyusuan

Untuk ibu yang ingin menyusukan anak secara eksklusif perlu dapatkan items ini. Mudah-mudahan si baby mendapat khasiat susu ibu dan terus membesar sebagai champion!

Psst: I love you, Sora and Tito!

Always & Forever,

Eva Matt’s

Discovering Parenthood

Mommy to Sora Estafania, Tito Bravo and Emico Bendervat. Part-time Parenting & Lifestyle Blogger. Shaklee Mentor - Founder of #VivaciousTeam, #TicerSlim and Lifelong learner.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge