Hello Beautiful

Suami memainkan peranan penting dalam menjayakan penyusuan susu ibu atau ‘breastfeeding’. Sudah tentu suami perlu memahami kepentingan dan kebaikan susu ibu sebagai makanan terbaik untuk si kecil.
Untuk menjayakan penyusuan susu ibu, suami dan isteri wajib bekerjasama selain bersama-sama memberikan komitmen, ada azam yang kuat dan melakukan pengorbanan.
Biasalah bila ada si kecil ini, tidur kurang cukup apatah lagi si ibu yang tengah pantang. Si suami perlu take over certain kerja supaya si ibu boleh berehat walaupun sekejap.
7 Peranan Suami Dalam Menjayakan Penyusuan Susu Ibu

7 Peranan Suami Dalam Menjayakan Penyusuan Susu Ibu

7 Peranan Suami Dalam Menjayakan Penyusuan Susu Ibu

 

  1. Berikan sokongan moral dan emosi kepada isteri. Sokongan daripada suami sangat penting kepada isteri terutama diawal penyusuan. Kadang-kadang si ibu stress memikirkan air susu badan yang kurang, bengkak susu atau puting melecet. Berikan galakan dan sokongan berterusan kepada isteri agar tidak cepat mengalah dan berputus asa.
  1. Sediakan makanan atau minuman kegemaran si ibu. Masaklah makanan kegemaran si isteri atau sediakan minuman apabila isteri siap menyusukan si baby. Kalau nak masak mesti dengan tambah kasih sayang baru isteri pun tambah nasi dan lauk 🙂
  1. Menjaga anak yang lain semasa ibu menyusukan bayi. Bila ada anak kecil yang lain memang struggle juga nak jaga. Dua orang anak Eva asyik nak cium dan peluk si baby. Kadang-kadang mereka pun mahu perhatian, mahu juga bermanja. So, suami boleh melayan karenah si kecil.
  1. Sendawakan bayi selepas menyusu. Lepas si ibu menyusukan bayi, suami boleh bantu ‘burp’ kan si kecil. Eva memang part ‘burp’ kan bayi ini fail sikit, bayi tidak mahu sendawa. Tapi dengan suami, senang ja. Saja tuh. Haha.
  1. Hulur bantuan ketika isteri menyusukan bayi di tempat awam. Bila menyusukan bayi di tempat awam ni perlu lokasi yang sesuai. Bukan semua shopping complex menyediakan bilik penyusuan bayi. So, suami boleh jadi perisai atau dinding pelindung sekiranya tiada tempat yang sesuai. Sediakan poncho atau nursing cover juga boleh membantu.
  1. Bersama berjaga malam. Kadang-kadang isteri penat bila seharian menyusukan si kecil. Suami boleh tolong tukar lampin sekiranya bayi kencing atau berak. Selain itu, suami boleh tolong dukung bayi bila dia terjaga malam.
  1. Belikan peralatan penyusuan seperti pam susu, botol dan liner plastik untuk penyimpanan, beg pendingin dan pek ais. Info lanjut tentang peralatan penyusuan, boleh klik 7 items asas penyusuan wajib dimiliki. Dengan adanya peralatan ini, mudah-mudahan niat untuk menyusukan bayi secara eksklusif boleh tercapai.
Selepas ini, suami-suami perlu bantu isteri ya. All the best!

www.aveheart.com