Health Tips

7 Tips Diet Sihat Untuk Anda Yang Workaholic

Sesibuk mana pun anda dengan kerja-kerja harian, jangan jadikan alasan “sibuk” itu sebagai halangan untuk berdiet. Berdiet bukan bermaksud tidak makan tetapi lebih kepada pemilihan makanan yang seimbang, mengandungi nutrisi secukupnya dalam kuantiti yang diperlukan.

Pastikan jadual yang padat bukanlah halangan untuk berdiet

Sudah tentu, anda mempunyai keinginan untuk mendapatkan bentuk badan yang menarik. Slim gitew. Tetapi anda perlulah berusaha untuk mencapai berat badan yang diidam-idamkan. Do a little sacrifice.

9 Tips Untuk Anda Yang “Workaholic” Agar Diet Lebih Sukses:

1. Ambil sarapan.

Jangan sesekali tidak bersarapan kerana tanpa sarapan perut anda akan semakin kelaparan. Bila kelaparan, anda cenderung makan tanpa kawalan. Sound familiar?. Jika tidak terbiasa dengan makanan berat pada waktu pagi, boleh cuba makan buah-buahan seperti pisang, epal atau oatmeal dengan susu segar.

2. Catat jumlah kalori yang diambil.

Mula mencatat jumlah kalori yang anda ambil untuk mengetahui jumlah makanan yang diambil agar tidak melampau batas. Jika tidak sempat mencatat atau malas, boleh install aplikasi di play store seperti Calorie Counter – MyFitnessPal, Lose It! – Calorie Counter dan banyak lagi pilihan.
Motivation Mantras
Motivation Mantras

3. Curi masa bersenam.

Jika jadual kerja bermula dari tengahari sehingga malam, ubahlah jadual senaman waktu malam kepada pagi. Senaman seperti joging pada waktu pagi akan membuatkan badan lebih segar.

4. Bawa bekal dari rumah.

Apakah jenis makanan yang anda ambil ketika lunch di pejabat?Burger atau ayam goreng? Elaklah mengambil fast food kerana ia boleh merosakkan program diet yang anda lakukan. Lebih baik bawa bekal dari rumah – jimat dan dapat menjaga jumlah kalori yang anda ambil.
7 Tips Diet Sihat Untuk Anda Yang Workaholic
7 Tips Diet Sihat Untuk Anda Yang Workaholic

5. Buat jadual senaman.

Anggaplah jadual senaman ini sebagai pertemuan penting yang tidak boleh dilambat-lambatkan. Dengan cara ini, anda akan lebih teratur dan bersemangat setiap kali bersenam.

6. Cari “partner workout

Bersenam seorang diri kadang-kadang membosankan dan kurang bersemangat. Ajak kawan sekerja yang mempunyai target yang sama untuk bersenam bersama-sama. Anda juga boleh pergi ke gimnasium bersama selepas tamat waktu bekerja.
It's a tough journey but getting there is worth it
It’s a tough journey but getting there is worth it

7. Pastikan ada“healthy snacks” di pejabat

Kadang-kadang anda akan merasa mengidam atau ‘craving’ tentang certain foods seperti kerepek kentang, cake, aiskrim atau sebagainya. Adalah lebih baik anda sediakan beberapa “healthy snacks” ketika bekerja seperti almonds, raisins, granola bars, dried fruits atau buah-buahan segar. Simpanlah snacks ini di tempat yang mudah dilihat agar memudahkan anda mencapainya.

Jika anda tidak mempunyai masa untuk bersenam ketika hari bekerja, berusahalah meluangkan masa untuk bersenam pada hujung minggu.
SHARE jika bermanfaat!
 

Always & Forever,

Eva Matts

Stories of AveHeart | Discovering Parenthood 

Mommy to Sora Estafania, Tito Bravo and Emico Bendervat. Part-time Parenting & Lifestyle Blogger. Shaklee Mentor - Founder of #VivaciousTeam, #TicerSlim and Lifelong learner.

9 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge