7 Tips Kawal Nafsu Makan Untuk Kurus
Health Tips

7 Tips Kawal Nafsu Makan Untuk Kurus

Salah satu cabaran dalam proses menurunkan berat badan aka kurus adalah mengawal nafsu makan. Siapa yang pernah menghadapi situasi seperti ini – baru saja sarapan tapi sejam kemudian lapar lagi? Sudah lunch pun, jam 4 petang rasa mahu makan, makan dan makan.

Ini semua nafsu makan yang perlu dikawal dengan segera. Yes, nafsu makan boleh dikawal dengan pelbagai cara (walaupun sukar) tetapi boleh dilakukan.

Kawal Nafsu Makan Agar Kurus Berkesan
Kawal Nafsu Makan Agar Kurus Berkesan

Nafsu makan atau dipanggil “craving” adalah disebabkan oleh kekurangkan vitamin atau nutrient tertentu. Jika anda rasa mahu makan coklat, badan kita memberi signal kurang magnesium. Boleh rujuk gambar ya.

Set Kurus Shaklee Untuk Perut Buncit

7 Tips Kawal Nafsu Makan Untuk Kurus

  1. Elak ‘artificial sweeteners’ atau gula tiruan. Ini kerana otak tidak dapat membaca jumlah gula yang diperlukan oleh badan. Kesannya, ia boleh menggalakkan keinginan anda untuk makan dan makan.
  2. Wajib bersenam. Senaman hasilkan endorphin yang secara semulajadi kurangkan selera makan. Pada masa yang sama, senaman mengingatkan kita TARGET dan komitmen untuk kurus. Jadi, bila anda mula rasa ingin mengunyah, cepat-cepat alihkan tumpuan dengan senaman. Bolehlah buat jumping jacks, burpees, wall sit, russian twist – gerenti ingat balik target mahu kurus.
  3. Elak stress. Kajian menunjukkan bahawa stress akan mendorong keinginan atau nafsu anda terhadap makanan. Contohnya ‘comfort foods’ seperti pizza dan ice cream. Ini berlaku kerana makanan yang tinggi gula dan lemak menenangkan badan yang tengah stress. So, anda pun fikirkan itu salah satu cara untuk ‘self-medicate’. Tapi kemudiannya timbul rasa menyesal pula.
  4. Kurang tidur adalah musuh utama. Kajian menunjukkan bahawa masa tidur yang tidak mencukupi boleh meningkatkan keinginan anda terhadap gula. Jadi, mahu kurus mesti tidur selama 8 jam setiap hari. Tekanan pun kurang bila cukup tidur kan.
  5. Minum air secukupnya. Air yang cukup boleh membantu mengawal nafsu makan seterusnya menurunkan berat badan. Lepas ini sila minum air banyak-banyak untuk misi kurus.
  6. Jangan mudah terpedaya dengan iklan makanan. Nampak iklan KFC, berliur mencari KFC. Bila tengok facebook, banyak makanan pula kawan-kawan share. Ini tidak boleh jadi. Mulakan disiplin diri untuk lawan nafsu makan.
  7. Suplemen boleh bantu. Ambil makanan tambahan yang boleh mengurangkan nafsu makan seperti asid amino, b-kompleks, mineral, multivitamin.
7 Tips Kawal Nafsu Makan Untuk Kurus
7 Tips Kawal Nafsu Makan Untuk Kurus

Kesimpulannya, untuk mengawal nafsu makan ini diri sendiri perlu kuat, komited dan berani katakan TIDAK kepada situasi yang membuatkan anda lapar sepanjang masa. Sentiasa berfikiran positif, bersemangat agar mudah kawal nafsu makan seterusnya dapat mencapai berat badan yang diinginkan selama ini. Yes!

Set Hamil Shaklee Yang Mesti Cuba Segera

Minda mengawal tubuh badan anda – so kawal minda anda sebaik-baiknya.

Semoga bermanfaat dan klik Share!

Always & Forever,
Eva Matt’s | 1105221
WhatsApp /Phone/Telegram : 013.818.7984
Pengedar Sah Shaklee

pengedar-shaklee-sabah

Mommy to Sora Estafania, Tito Bravo and Emico Bendervat. Part-time Parenting & Lifestyle Blogger. Shaklee Mentor - Founder of #VivaciousTeam, #TicerSlim and Lifelong learner.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge