hello beautiful
Tahap kesihatan ibu ketika hamil mempengaruhi perkembangan fetus yang dikandungi. Sepanjang 40 minggu kehamilan, tubuh ibu akan mengalami pelbagai perubahan.

Komplikasi ketika hamil tentunya merunsingkan bakal ibu, bayi yang dikandungi dan risiko yang harus dihadapi selepas kelahirannya kelak.

#1 Kencing kotor

UTI atau dikenali sebagai penyakit kencing kotor adalah jangkitan kuman yang melibatkan pundi kencing, buah pinggang, salur kencing ureter dan urethra.

Ureter ialah salur yang menghubungkan antara buah pinggang dan pundi kencing manakala urethra pula ialah salur yang menyambung pundi kencing keluar tubuh.

Simpton UTI:
  • Kerap terasa membuang air kecil namun gagal mengeluarkan air kencing banyak
  • Rasa sakit dan pedih ketika membuang air kecil
  • Air kencing berdarah dan berbau busuk
  • Rasa sakit ketika melakukan hubungan seks dengan suami
  • Demam
Faktor UTI:
  • Perubahan hormon yang tinggi ketika hamil
  • Kekuatan otot saluran kencing uterer dan pundi kencing bertambah lemah menyebabkan merenggang dan melambatkan pengaliran air kencing
  • Rahim semakin membesar dan menekan salur kencing ureter daripada luar menyebabkan pergerakan air kencing tersekat.
  • Air kencing wanita hamil lebih berasid dan lebih mengandungi gula.

Risiko UTI:

  • Kemungkinan kelahiran awal
  • Bayi yang dilahirkan tidak cukup berat
Langkah mencegah UTI:
  • Minum air dengan banyak
  • Terus banyak air kecil, jangan tangguh
  • Tukar pelapik seluar dalam sekerap mungkin
  • Memakai pakaian diperbuat kapas dan longgar
  • Kurangkan pengambilan makanan manis
  • Buang air kecil sebelum dan selepas melakukan hubungan seks bersama suami
  • Sentiasa menjaga kebersihan diri terutama bahagian sulit

 #2 Tekanan Darah Tinggi / Hipertensi

Wanita hamil dikategorikan menghadapi hipertensi apabila tekanan darah mencapai 140/90 mmHG.

Ada 3 kategori hipertensi semasa mengandung : hipertensi sedia ada, hipertensi akibat mengandung dan pre-eklamsia

Siapa Berisiko Mengalami Hipertensi:
  • Wanita berumur 40 tahun ke atas
  • BMI tinggi sebelum mengandung atau pada peringkat awal kandungan
  • Faktor genetik dan sejarah hipertensi pada kandungan sebelumnya
  • Kandungan pertama
  • Kandungan kembar
  • Penyakit hydrops, dengan uri yang besar
  • Jarak antara kandungan yang lama

Risiko Hipertensi Kepada Bayi:

  • Mengalami kelemasan dalam perut
  • Uri terpisah dari dinding rahim (abraptio placenta)
  • Membantutkan tumbesaran janin
  • Kematian bayi dalam perut
Langkah Mencegah Hipertensi Sebelum & Selepas:
  • Sebelum kehamilan, kawal tekanan darah. Sentiasa aktif bersenam.
  • Turunkan berat badan jika obesiti.
  • Jika telah hamil, amalkan cara hidup sihat. Jangan merokok dan minum alcohol.
  • Jalani pemeriksaan dan amalkan rawatan yang disyorkan oleh doktor sekiranya disahkan hipertensi ketika hamil.

#3 Diabetes

Diabetes atau kencing manis ialah kondisi yang melibatkan peningkatan kadar gula dalam darah.

Ini berlaku kerana kuantiti insulin yang dihasilkan oleh pancreas tidak cukup untuk mengawal kandungan gula.

Kekurangan insulin ini menyebabkan glukosa tidak dapat memasuki sel badan untuk digunakan sebagai sumber tenaga, sebaliknya glukosa akan terkumpul di dalam darah secara berlebihan.
Siapa Berisiko Mengalami Diabetes:
  • Sesiapa sahaja boleh mengalami diabetes semasa hamil
  • Sejarah keluarga yang menghadapi diabetes
  • Wanita berusia 35tahun atau lebih
  • Berat badan berlebihan sebelum hamil
  • Ada sejarah diabetes semasa kandungna terdahulu
  • Pernah melahirkan bayi bersaiz besar, lebih 4kg
  • Tidak aktif secara fizikal
  • Mengambil banyak makanan berkanji atau makanan tinggi lemak tepu

Risiko Diabetes Kepada Bayi:

  • Bayi berisiko mengalami kecacatan / masalah berkait dengan jantung, buah pinggang dan otak.
  • Boleh menyebabkan kematian bayi dalam kandungan
  • Kedudukan bayi yang tidak stabil (breech)
  • Bayi dilahirkan pra-matang,sebelum 37minggu
  • Berat bayi melebihi 4kg akan menyukarkan proses kelahiran
  • Demam kuning (jaundis)
  • Hipoglisemia iaitu kandungan gula dalam darah yang rendah
Langkah Mencegah Diabetes:
  • Mengubah cara pemakanan.Amalkan diet khusus mengikut pyramid makanan
  • Wujudkan rutin senaman at least, 30 minit setiap hari
  • Sentiasa memeriksa paras gula dalam darah secara harian
  • Kurangkan makanan berkanji / tinggi gula
  • Ubatan dan suntikan insulin

#4 Demam Panas

Demam melebihi 38’C akan memberikan kesan negatif kepada perkembangan fetus.Wanita mengandung mudah dijangkiti kerana memiliki kurang antibodi kira-kira 90% sahaja.

Demam berlanjutan selama tiga hingga lima hari atau lebih boleh memberikan impak buruk kepada bayi dan ibu. Rawatan segera perlu dilakukan.

Demam yang diikuti dengan ruam dan sakit sendi disebabkan oleh cytomegalovirus (CMV), toxoplasma dan parvovirus.CMV adalah punca utama yang menyebabkan pekak pada bayi (congenital deafness)

Risiko Demam Kepada Bayi:

  • Kelahiran pramatang
  • Tingkatkan risiko keguguran / bayi mati dalam kandungan
  • Demam yang berlanjutan boleh meningkatkan risiko ibu mendapat jangkitan pada paru-paru dan otak.
  • Demam denggi berdarah memberikan risiko pendarahan dalam rahim.
Langkah Mencegah Demam:
  • Dapatkan rawatan dengan segera jika demam
  • Elakkan keadaan yang boleh menyebabkan demam seperti terkena hujan
8 Komplikasi Berbahaya Semasa Hamil Yang Mesti Ibu Tahu
8 Komplikasi Berbahaya Semasa Hamil Yang Mesti Ibu Tahu

 #5 Anemia

Anemia adalah antara penyakit yang serius kerana melibatkan kekurangan sel darah merah yang menjadi ‘agen’ pengangkut utama oksigen kepada seluruh badan terutama sekali kepada fetus yang sedang dikandungi.
Siapa Berisiko Mengalami Anemia:
  • Wanita yang hamil kembar
  • Wanita yang hamil terlalu rapat
  • Kerap muntah kerana alahan mengandung
  • Ibu muda yang berusia belasan tahun
  • Tidak mengambil makanan yang kaya dengan zat besi
  • Mengalami haid yang banyak sebelum hamil

Risiko Anemia Kepada Bayi dan Ibu:

  • Boleh menjadi utama pendarahan ketika proses melahirkan bayi dan membahayakan nyawa si ibu
  • Boleh mengakibatkan masalah kelahiran pra-matang atau berat bayi yang terlalu rendah ketika kelahiran
  • Postpartum depression atau meroyan selepas bersalin
Langkah Mencegah Anemia:
  • Mengambil makanan yang kaya dengan zat besi seperti sayur-sayuran hijau, daging merah, ayam,ikan,susu, kekacang, tauhu, telur dan bijirin yang diperkaya dengan zat besi
  • Rawatan anemia semasa mengandung – pakar sakit puan akan mencadangkan untuk mengambil pil zat besi selain vitamin khas untuk kehamilan

#6 Chicken Pox

Bila si ibu diserang virus vericella (cacar air) atau chicken pox ketika hamil, rawatan segera perlu dilakukan kerana virus ini amat berbahaya dan boleh mengancam nyawa fetus dan ibu.
Siapa Berisiko Mengalami Chicken Pox dan Langkah Mengatasi:
  • Wanita yang terdedah kepada penyakit ini tidak mempunyai keimunan terhadapnya.Bagi mengelakkan jangkitan, suntikan vaksin cacar air perlu diambil.
  • Jika hamil, dapatkan rawatan doktor dengan segera.

Risiko Chicken Pox Kepada Bayi dan Ibu:

  • Ibu boleh mengalami pneumonia atau paru-paru berair
  • Ibu yang mendapat jangkitan varicella pada 8 hingga 20 minggu kehamilan mempunyai risiko sebanyak 2% untuk bayinya turut mendapat jangkitan ketika dalam kandungan.
  • Bayi dalam kandungan mempunyai risiko kecacatan anggota tubuh badan iaitu kaki, tangan atau mata yang dikenali sebagai congenital varicella syndrome.
  • Bayi boleh dilahirkan dengan berat yang rendah daripada paras normal
  • Sebanyak 7% daripada fetus boleh mendapat congenital varicella mati dalam kandungan
  • Bayi yang lahir 4 hari sebelum / 2 hari selepas ibunya mempunyai risiko tinggi untuk mendapat jangkitan cacar air, boleh mendapat sawan
  • Ada keadaan apabila si ibu mengalami infeksi varicella, fetus juga akan mengalami masalah yang sama.Kesan parutnya boleh dilihat pada badan selepas dilahirkan.

#7 Asma

Asma atau penyakit lelah adalah sejenis penyakit saluran pernafasan yang kronik. Semasa bernafas, udara bebas keluar masuk ke dalam paru-paru tetapi semasa serangan asma,pernafasan menjadi sukar kerana pengecutan otot di sekeliling saluran pernafasan yang menyebabkan pesakit sesak nafas.

Risiko Asma Kepada Bayi dan Ibu:

  • Wanita yang menghidapi asma perlu menjaga tahap asmanya dengan rapi semasa mengandung. Pemeriksaan dan pengambilan ubat-ubatan asma yang dibenarkan doktor perlu diteruskan semasa mengandung untuk mengelak mendapat serangan asma yang teruk.
  • Asma yang tidak terkawal akan mempengaruhi kandungan oksigen dalam ibu seterusnya boleh menjejaskan bayi. Oksigen dalam darah bayi perlu cukup untuk mengelakkan keadaan seperti bayi cacat, bayi lahir pra-matang, saiz bayi yang dilahirkan kecil dan menjejaskan pertumbuhan bayi.
Langkah Mengurangkan Kadar Serangan Asma Kepada Ibu Hamil:
  • Elakkan mempunyai haiwan kesayangan kerana bulu haiwan adalah antara elergi kepada penghidap asma
  • Sarungkan bantal, tilam dengan sarung khas bagi elakkan hama
  • Gunakan vakum untuk mengawal habuk ketika melakukan aktiviti pembersihan
  • Hadkan aktiviti luar sekiranya udara kurang baik.

#8 Jangkitan kulat

Keputihan adalah masalah biasa yang dihidapi wanita. Lelehan yang keluar daripada faraj mungkin disebabkan oleh jangkitan fungus iaitu sejenis kulat atau yis yang dinamakan candidiasis.
Siapa Berisiko Mengalami Jangkitan Kulat:
  • Mereka yang menghidapi diabetes
  • Penghidap HIV
  • Jangkitan STD seperti gonorrhoea dan chlamydia
  • Mereka yang tidak mempunyai system keimunan terhadap penyakit
  • Mereka yang sedang mengambil antibiotic
  • Mereka yang tidak mengamalkan kebersihan dibahagian alat sulit
  • Boleh disebabkan oleh bakteria Group B Streptococcus (GBS)

Risiko Jangkitan Kulat Kepada Bayi:

  • Jangkitan yang disebabkan oleh bakteria GBS tanpa kawalan boleh menyebabkan kesan teruk kepada perkembangan otak bayi
Langkah Mencegah Jangkitan Kulat:
  • Meningkatkan kebersihan alat sulit dengan mengeringkannya selepas membuang air kecil serta mengamalkan mengelap dari hadapan ke belakang.
  • Pakai seluar dalam diperbuat daripada kapas supaya lebih banyak pengudaraan di bahagian tersebut.
  • Ambil minuman yogurt kultur yang mengandungi lactobacillus
  • Jika keputihan berlarutan, dapatkan rawatan daripada pakar sakit puan.

So, ibu hamil perlu mengambil langkah berjaga-jaga dan jumpa doktor dengan segera sekiranya mengalami mana-mana komplikasi ini.
Semoga bermanfaat!

www.aveheart.com