Hello Beautiful
Tidur awal sejak dari kecil adalah penting kepada anak supaya tidak menghadapi apa-apa masalah. Mungkin ada di antara ibu bapa yang sukar mengajak si kecil tidur awal. Jika dibiarkan, kanak-kanak boleh berjaga sepanjang malam dan tidak merasa letih apabila bangun pada esok harinya. Tetapi, ia boleh mengganggu proses pembesarannya.

Tidur yang cukup adalah penting untuk membantu pembesaran fizikal dan perkembangan mental si kecil. Meskipun waktu tidur boleh diganti pada waktu siang tetapi kualiti tidur malam adalah lebih baik.

Setiap kanak-kanak mempunyai tempoh masa tidur yang berbeza mengikut umur.
  • Bayi baru lahir – lebih kurang 16 jam atau lebih. Kadang-kadang sehingga 20 jam, selalunya tidur sebentar 3 hingga 4 kali.
  • 2 sehingga 4 bulan – lebih kurang 15 jam setiap hari termasuk tidur sebentar dua hingga tiga kali.
  • 6 sehingga 9 bulan – lebih kurang 14 jam sehari termasuk tidur sebentar dua kali. Selalunya waktu pagi dan waktu makan tengah hari.
  • 12 sehingga 15 bulan – lebih kurang 13 – 14 jam setiap hari termasuk tidur sebentar satu atau dua kali.
  • 18 bulan – lebih kurang 13 – 14 jam setiap hari termsuk tidur sebntar satu kali. Biasanya dia kan tidur waktu pagi.
  • 2 tahun – lebih kurang 13 jam setiap hari termsuk tidur sebntar sekali sahaja.
  • 3 tahun – lebih kurang 12 jam setiap hari termsuk tidur sebntar sekali sahaja.
  • 4 tahun – lebih kurang 12 jam pada waktu malam.
  • 5 tahun – lebih kurang 11 jam pada waktu malam tanpa ada waktu tidur lain.
  • 6 sehingga 9 tahun – lebih kurang 10 jam waktu malam.
tips-ajak-anak-tidur-awal-agar-bangun-pagi-tanpa-ragam

8 Tips Ajak Anak Tidur Awal Agar Bangun Pagi Tanpa Ragam

  1. Pastikan si kecil tahu dengan jelas waktu untuk dia tidur.
  2. Tegas kepada anak apabila waktu tidur sudah tiba.
  3. Jangan biarkan anak menonton televisyen setengah jam sebelum waktu tidurnya.
  4. Cipta suasana tenang di tempat tidur anak seperti suasana bilik yang senyap dan gelap.
  5. Biarkan anak tidur dengan sendirinya daripada anada mendodoinya.
  6. Jangan beri anak minuman berkafeina
  7. Jadikan waktu tidurnya adalah rutin. Jangan ubah kecuali perlu.
  8. Hargai setiap masa jika si kecil mengajak untuk tidur.

Pastikan kita melakukan tips ini secara konsisten kerana bila anak tidur awal, dia akan menjadi seorang kanak-kanak yang sihat dan ceria.

www.aveheart.com