Smile Baby Smile

Smile Baby Smile

Perkembangan bayi merupakan saat yang menyeronokkan dan ia menunjukkan tanda bahawa bayi sedang membesar. Sudah tentu sebagai ibu bapa kita akan merasa seronok melihat si manja tersenyum, memegang objek, berguling dan maju di sepanjang perkembangan detik penting mereka.

Jom ketahui 9 Detik Penting Perkembangan Fizikal Bayi Anda:

9 Detik Penting Fizikal Si Manja

9 Detik Penting Fizikal Si Manja

Tersenyum (8 Minggu)

  • Senyuman ialah kemahiran sosial bayi yang pertama. Seorang bayi akan menghasilkan ‘senyuman sosial’ sehingga lebih kurang lapan minggu. Ia akan mengambil masa yang agak lama untuk sistem saraf dan penglihatan untuk berkembang dengan cukup sempurna untuk melihat anda dan tersenyum lebar.
  • Pada waktu ini, bayi akan mula mempelajari bagaimana hubungan akan terjalin termasuk tanda-tanda perkembangan emosi. Contohnya, bayi akan sedar bahawa perasaan gembira apabila melihat anda adalah tidak sama seperti perasaan sedih yang dirasai ketika anda tiada disisinya.

Berguling (2 hingga 3 Bulan)

  • Semasa bayi berada di posisi perut, bayi akan cuba mengangkat dirinya ke posisi menaik kemudian bergoyang ke hadapan dan kebelakang atau menendang kakinya.
  • Kemudian, apabila bayi sudah semakin kuat, pergerakan tersebut akan menyebabkan mereka berguling. Ia mengambil masa lebih kurang lima bulan untuk membolehkan bayi mengalihkan badan daripada hadapan dan ke belakang dengan baik kerana ianya memerlukan lebih kordinasi dan kekuatan.
  • Mommies tidak perlu mengajar anak untuk cara berguling cuma pastikan bayi mempunyai kawasan yang luas dan keadaan yang selamat untuk dia berguling.

Memegang (3 – 4 Bulan)

  • Selepas beberapa bulan yang pertama, bayi akan mula mengagak kawasan yang mempunyai sebarang objek dan mereka akan cuba melakukan beberapa aksi seperti mengambil puting. Dengan hanya menjatuhkan dan mengambil semula, bayi akan mula mempelajari bahawa mereka boleh memanipulasi bahan ditangannya sendiri dan cuba mempelajari sendiri bagaimana mainannya berfungsi.
  • Kebolehan untuk mengambil sesuatu bermakna bayi sudah pandai bermain dengan anda atau dirinya sendiri.

Memeluk (5 Bulan)

  • Bukan semua bayi suka dipeluk. Beberapa bayi akan sukakan pelukan dari anda dan suami atau sesiapa sahaja yang mereka rasa selesa.
  • Ibu jangan ambil hati jika bayi tidak mahu memeluk anda kerana dia mungkin sibuk mengenali persekitarannya.

Bermain ‘Peek A Boo’ (6 Bulan)

  • Mengapakah bayi sering ketawa bila kita bermain ‘peek a boo’ dengan mereka? Bayi telah mula memahami konsep objek yang kekal di mana walaupun mereka tidak melihat muka anda di sebalik tangan atau selimut, tetapi dia akan menjadi sangat gembira kerana dalam masa beberapa saat sahaja muka tersenyum anda akan kembali kelihatan. Jom main ‘peek a boo’ dengan si manja!

Duduk (8 Bulan)

  • Bila bayi sudah mempunyai keseimbangan yang mencukupi seperti kekuatan tangan, kepala, leher dan kawalan pada bahagian bawah badan, mereka akan boleh duduk dan cuba untuk menguasai dunia yang baru. Pada waktu ini juga, penglihatan bayi semakin baik dan membantu mereka melihat objek di luar pandangan.
  • Untuk membantu bayi duduk dengan lebih baik, umpan mereka dengan memberikan mainan kegemaran dihadapannya dan dengan perlahan, gerakkan mainan itu dari satu bahagian ke bahagian yang lain. Bayi akan cuba mencapai mainan tersebut dan bergantung sepenuhnya kepada anggota badan dan kaki untuk mendapatkan keseimbangan. Then, bayi akan mula duduk tanpa pertolongan dengan cepat!

Merangkak (6 – 10 Bulan)

  • Apabila bayi sudah pandai duduk, dia akan mula menguasai kemahiran yang baru seperti merangkak dengan sendiri. Sesetengah bayi akan mula bergerak tanpa merangkak dengan menggunakan tangan dan lutut. Bayi anda akan menyeret kaki menyeberangi lantai menggunakan punggung mereka, menjalar dengan menggunakan perut mereka malah berguling.
  • Untuk menggalakkan bayi untuk merangkak, anda harus memberikan ruang yang luas dan letakkan barang-barang yang mereka suka jauh daripada boleh dicapai. Selain itu, ibu mesti pastikan rumah sentiasa selamat untuk anak mengalihkan objek yang boleh dicapai ini.

Menarik dirinya sendiri (8 Bulan)

  • Bila bayi berusia dalam lingkungan 8 bulan, anggota badan dan otot mereka semakin kuat untuk berdiri dengan sendiri. Ini berlaku kerana bayi sedar mereka boleh melakukannya.
  • Pada permulaannya, bayi akan mencari sebarang alatan untuk menarik dirinya seperti di bahagian tepi katil, bahagian tepi sofa. Pastikan ibu mengalihkan segala objek yang tidak selamat dan tidak cukup tegap untuk sokongan.

Berjalan (10 – 18 Bulan)

  • Langkah pertama si manja menandakan perkembangan lonjakan yang besar kepada bayi. Berjalan memerlukan kekuatan otot, koordinasi dan keseimbangan dan beberapa peringkat kematangan.
  • Bayi memerlukan keyakinan untuk mengetahui cara untuk berjalan. Ibu boleh nampak bayi akan membawa diri dan berjalan di sepanjang perabot dalam masa beberapa minggu. Tentu seronok melihat bayi mula berjalan!
Hold Baby Hold

Hold Baby Hold

Apakah pengaruh perkembangan anak anda?

Pembawaan

Sesetengah kanak-kanak adalah sangat nakal dan boleh memanjat meja atau lompat dari meja. Mereka ini selalunya yang tahu berjalan dengan lebih awal. Sesetengah kanak-kanak pula akan berhati-hati dan memastikan dirinya boleh melakukannya sebelum mereka melakukannya sendiri. Just like Sora and Tito, sangat berhati-hati bila belajar berjalan. Mereka hanya boleh berjalan bila berusia 15 bulan dan Eva boleh nampak kalau mereka tidak yakin, mereka tidak akan melakukannya. Sekarang, kalau team #songkial ini SoraTito beraksi, rumah macam dilanda garuda. Main ja kamu, Mummy tidak kisah sebab Daddy yang susun. Hehe.

Kekuatan semulajadi

Bakat kanak-kanak terserlah seawal usia satu tahun. Oleh itu, kanak-kanak yang pandai bercakap lebih awal kemungkinan akan menjadi pemidato atau menjadi penulis yang berkebolehan. Tetapi, ini tidak bermakna bahawa kanak-kanak yang lambat berkembang secara fizikal tidak akan mempunyai bakat.

Adik-beradik

Kanak-kanak yang mempunyai adik-beradik yang lain mempunyai perkembangan yang lebih cepat kerana adik-beradik mereka akan mendorongnya untuk lebih maju. Tetapi, ada juga yang lambat perkembangannya walaupun mempunyai adik-beradik kerana abang atau kakak akan menolong adiknya mendapatkan mainan.

Kelahiran pra-matang

Bayi yang dilahirkan lebih awal akan mengambil masa yang lama untuk mencapai detik penting perkembangannya. Tetapi, bila mereka berusia dua tahun, mereka sudah mempunyai kebolehan yang sama dengan rakan sebaya. Para pediatrik mengatakan untuk mengukur perkembangan bayi pra matang, haruslah mula mengira dari tarikh mereka sepatutnya dilahirkan dan bukan saat mereka lahir.

Tahun pertama bayi merupakan tahun yang menyeronokkan untuk ibu dan bayi. Cepat atau lambat perkembangan si kecil, ibu harus berikan galakkan dan sokongan agar boleh membina keyakinannya seterusnya boleh mencapai perkembangan yang sepatutnya.
Have fun, Mommies!

Always & Forever,

Eva Matt’s | 0138187984

Stories of AveHeart ~ Discovering Parenthood