Hello Beautiful1

Susu ibu merundum? Mesti risau kan bila bekalan susu badan semakin kurang. Tidak dinafikan, penghasilan susu ibu ini bergantung kepada “demand and supply” dan set minda si ibu. Harus fikir yang positif ya ibu-ibu.
Namun begitu, kadang-kadang mami memerlukan makanan yang serasi dengan badan agar membantu meningkatkan lagi penghasilan susu. Stress, letih dan banyak faktor lain menghalang penghasilan susu badan.
9 Kaedah Banyakkan Susu Ibu

9 Kaedah Banyakkan Susu Ibu

Terdapat beberapa kaedah meningkatkan penghasilan susu ibu :

1# Kacang Tanah

Kacang Tanah

  • Kacang tanah mengandungi kandungan protein yang tinggi, zat besi, vitamin E, kalsium, vitamin B kompleks dan fosforus.
  • Kandungan protein dalam kacang tanah adalah lebih tinggi daripada daging, telur dan kacang soya.
  • Bagi menambahkan penghasilan susu badan, mami digalakkan mengambil kacang tanah yang dipanggang bersama susu kambing.

2# Susu

Susu

  • Seelok-eloknya mami perlu banyakkan minum susu.
  • Ambil 3 hingga 4 hidangan sehari.

3# Halba

Halba

  • Cuci halba bersih-bersih kemudian keringkan dan simpan dalam bekas tertutup.
  • Untuk menggunakannya, rendam 1 sudu halba dalam segelas air panas selama 15 minit.
  • Selepas 15 minit, tapis dan minum airnya.

4# Daun sirih

Daun Sirih

  • Sapukan sedikit minyak kelapa pada daun sirih.
  • Kemudian, layurkan pada api sehingga layu.
  • Setelah suam, tekapkan pada payudara.
  • Lakukan ini setiap hari sehingga susu badan menjadi banyak.

5# Longan kering

Dried Longan

  • Untuk meningkatkan penghasilan susu ibu, rebus segenggam longan kering yang telah dibasuh bersih dengan 3 cawan air sehingga kembang.
  • Kemudian, minum airnya.

6# Daun betik muda

Daun Betik Muda

  • Ambil beberapa helai daun betik sederhana muda.
  • Cuci bersih dan rebus sehingga mendidih.
  • Minum air rebusan tersebut 2 hingga 3 kali sehari.

7# Bunga melur dan daun pucuk manis

Bunga Melur

  • Giling daun bunga melur atau daun pucuk manis sehingga halus.
  • Tampal di sekeliling payudara pada waktu pagi sebelum mandi.
  • Mami harus cuci bersih kawasan payudara sebelum menyusukan bayi.

8# Lobak putih

Lobak putih

  • Ambil sebatang lobak putih bersaiz sederhana.
  • Cuci bersih dan kemudian potong kecil-kecil.
  • Selepas iti, kisar sehingga halus.
  • Campurkan dengan segelas air suam.
  • Minum sebanyak 2 kali sehari.

9# Nasi panas, halia muda dan air masam

Halia

  • Makan nasi panas bersama halia muda yang ditumbuk halus dan campurkan dengan air asam.

Mudah-mudahan kaedah ini membantu mami banyakkan susu ibu. Tapi perlu ingat, minum air secukupnya kerana jika air kurang maka kuranglah susu badan.

 

www.aveheart.com