9 Makanan Tambah Kesuburan Suami Isteri Agar Cepat Dapat Anak
Health Tips,  Parenting,  Pregnancy

9 Makanan Tambah Kesuburan Suami Isteri Agar Cepat Dapat Anak

hello beautiful
Setelah memasuki gerbang perkahwinan, sudah tentu anda dan suami mendambakan kehadiran si kecil.  Mungkin anda telah mencuba pelbagai kaedah termasuk berjumpa dengan doktor dan telah disahkan normal dan subur untuk hamil tetapi belum ada rezeki.

Salah satu cara untuk meningkatkan kesuburan suami isteri adalah melalui amalan pemakanan yang seimbang dan sihat.

9 makanan yang boleh meningkatkan kesuburan adalah:

1. Daging merah

Kandungan zat besi dalam daging merah mampu menurunkan risiko kemandulan yang timbul dalam proses ovulasi. Zat besi ini membantu meningkatkan sel darah merah dan mengurangi ancaman anemia.
Daging Merah
Daging Merah

2. Bawang putih

Bawang putih mempunyai khasiat yang boleh meningkatkan kesuburan orang lelaki.
Bawang putih
Bawang putih

3. Tiram

Tiram mengandungi zat besi yang penting bagi kesihatan ovulasi dan produksi sel telur yang stabil.
Tiram
Tiram

4. Kacang

Kacang badam baik untuk lelaki dan wanita. Ia mampu meningkatkan ghairah seks wanita serta boleh melindungi embrio dari keguguran.
Kacang
Kacang

5. Kentang panggang

Kandungan vitamin B dan E yang ada dalam makanan ini boleh meningkatkan pembelahan sel serta meningkatkan peluang produksi ovum yang sihat.
Kentang Panggang
Kentang Panggang

6. Buah-buahan segar

Kandungan vitamin C yang terdapat pada buah-buahan baik untuk meningkatkan kualiti sperma. Amalkan memakan buah kiwi, strawberi dan manga.
Buah-buahan segar
Buah-buahan segar

7. Sayuran berwarna cerah {kuning, oren dan merah}

Ia mengandungi banyak vitamin dan antioksida untuk mencegah penyakit disamping meningkatkan kesuburan. Umumnya, sayur-sayuran yang berwarna cerah mempunyai banyak nutrisi.
Sayuran berwarna cerah
Sayuran berwarna cerah

8. Sayuran hijau

Sayuran berdaun hijau seperti bayam dan kangkung kaya dengan zat besi, vitamin dan antioksida yang penting bagi kesihatan dan kesuburan. Zat yang penting ini membantu dalam peredaran kitaran haid yang teratur kerana wanita yang kekurangan zat besi cenderung mengalami masalah haid tidak teratur.
Sayur-sayuran hijau
Sayur-sayuran hijau

9. Air

Air sangat penting bagi kesihatan badan dan kesuburan seseorang. Anda disarankan minum 3 liter dalam sehari dan pastikan minum air bersih atau air yang ditapis.
Air
Air

Aspek pemakanan yang dijaga boleh membantu menyediakan tubuh kita kuat dan menampung keperluan bayi dalam kandungan nanti. Selain itu, beberapa makanan perlu dielakkan untuk meninggikan peluang mudah hamil.
9 Makanan Tambah Kesuburan Suami Isteri Agar Cepat Dapat Anak
9 Makanan Tambah Kesuburan Suami Isteri Agar Cepat Dapat Anak

Elakkan:

  • Makanan segera atau yang diproses terutamanya tinggi kandungan garam, lemak dan bahan perisa makanan.
  • Makanan dan minuman yang manis kerana boleh menyumbang kepada peningkatan berat badan dan obesiti.
  • Makanan dan minuman yang berkafein tinggi.
  • Minuman beralkohol
  • Nikotin dari rokok
  • Minuman sejuk dan berais

www.aveheart.com

 

 

Mommy to Sora Estafania, Tito Bravo and Emico Bendervat. Part-time Parenting & Lifestyle Blogger. Shaklee Mentor - Founder of #VivaciousTeam, #TicerSlim and Lifelong learner.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge