Kembali berkerja setelah cuti berpantang memang menimbulkan konflik kerana mami merasa risau meninggalkan bayi yang masih kecil dirumah. Tidak kira anak pertama, kedua dan seterusnya, hati mami mesti terusik untuk tidak berpisah dengan anak kan. Namun, mami perlu sentiasa positifkan diri dan kembali bertugas dengan semangat.
Minggu pertama Eva kembali bekerja, rasa rindu memang tidak boleh dinafikan. Asyik check handphone tengok pictures si baby. Rasa tidak sabar mahu balik rumah dan memeluk si comel. Syukur, mentua Eva menjaga kedua-dua cucunya so, Eva yakin dan percaya semua baik-baik sahaja. Banyak yang perlu kita fikirkan sebelum kembali bekerja so, mami boleh jadikan tips ini sebagai panduan.

#1 Mempersiapkan diri dari segi mental dan fizikal

Setelah lama cuti berpantang, mami perlu mempersiapkan diri secara mental dan fizikal supaya boleh memberikan perhatian penuh kepada pekerjaan kelak. Sebelum kembali bekerja, gunakan waktu yang ada untuk menjaga si baby sebaik mungkin agar bayi yang ditinggalkan akan berada dalam keadaan yang baik, bebas daripada demam, selesema dan sebagainya.
Setelah cuti panjang, mami mungkin kurang tahu apa yang berlaku dipejabat. So, boleh bertanya dengan rakan sekerja untuk bertanya perihal pejabat supaya mami dapat bersedia dari segi mental sebelum kembali menyambung tugas yang telah ditinggalkan ketika cuti berpantang.

#2 Dapatkan sokongan dan bantuan daripada suami

Sokongan suami ini sangat penting untuk membantu mami melancarkan urusan seharian. Mami perlu bijak membahagikan masa antara keluarga dan bayi di samping pekerjaaan kelak. Sekiranya mami berhadapan dengan masalah, tanganinya dengan tenang dan dapatkan sokongandan bantuan daripada suami atau ahli keluarga yang lain.

#3 Dapatkan pengasuh yang tepat untuk menjaga bayi

Sebulan sebelum mami kembali bekerja, sebaik-baiknya mami sudah mendapatkan pengasuh yang boleh dipercayai untuk menjaga si kecil. Dalam masa sebulan tersebut, mami boleh melihat cara kerja pengasuh agar mami boleh kembali bekerja dengan yakin di samping, boleh melegakan hati yang risau nanti.
Jika mami gagal menemui pengasuh yang sesuai, jalan terbaik adalah meletakkan bayi anda dengan keluarga terdekat seperti ibu, ibu mertua, kakak atau adik.

Bersedia Untuk Bekerja Selepas Berpantang

#4 Membuat stok susu untuk bekalan bayi

Mami boleh membuat stok susu ibu seawal yang boleh. Pada peringkat permulaan, mungkin susu ibu tidak sebanyak yang diinginkan tetapi mami tidak boleh putus asa. Mami perlu kerap  mengepam dan untuk info lanjut, mami boleh baca 13 Perkara Ibu Perlu Tahu Tentang Penyusuan Susu Ibu Eksklusif dan Tips dan Tricks Untuk Ibu Exclusive Pumping.

#5 Melatih bayi minum susu ibu dari botol

Sebaik-baiknya dalam tempoh berpantang lagi, mami sudah mula melatih si baby minum susu ibu daripada botol. Mungkin tidak terlalu kerap tetapi cukup untuk bayi membiasakan diri dengan puting botol.  Minta bantuan daripada suami dan ahli keluarga yang lain juga untuk melakukannya agar si baby mahu menyusu walaupun anda tidak disampingnya.

#6 Atur jadual rutin harian

Sudah tentu tidak mudah menguruskan kewajipan sebagai seorang ibu, isteri dan wanita bekerjaya. Jadual rutin harian perlu dirancang sebaik-baiknya dan pilih apa yang perlu diutamakan dahulu. Mudah-mudahan, hidup mami dan keluarga lebih teratur.

#7 Sediakan pakaian yang sesuai

Pakaian yang mami pakai sebelum hamil dan selepas melahirkan anak pasti berubah.  Untuk tampil lebih yakin sebelum kembali bekerja, mami boleh mulakan diet sesuai dengan keadaan tubuh dan dapatkan kembali bentuk badan ideal. Dengan bentuk badan yang ideal, mami boleh sediakan pakaian yang sesuai agar rasa selesa nanti.

#8 Perah susu di tempat kerja

Sebelum mami memulakan aktiviti mengepam di tempat kerja, peralatan penyusuan yang lengkap perlu disediakan supaya aktiviti pumping nanti berjalan dengan smooth, Ketahui Items Penyusuan Asas Yang Mesti DiMiliki. Mami jangan rasa culas pula dengan aktivti mengepam, mesti sentiasa berfikiran postif ya.

 #9 Luangkan masa untuk diri sendiri

Walaupun sibuk menguruskan kerja dirumah dan hal pekerjaan, mami harus ada waktu untuk diri sendiri. Memang tidak boleh dinafikan, banyak yang akan bermain difikiran mami tetapi cuba tenangkan diri. Pada hujung minggu, mami boleh meluangkan masa sendirian ke spa atau membeli-belah untuk mengurangkan tekanan yang dialami setiap hari. Mami boleh minta bantuan suami atau pengasuh jagakan bayi sementara mami keluar.

 

Semoga bermanfaat

Discovering Parenthood