camerancollage2015_06_21_090651

Setiap ibu bapa harus membuat keputusan untuk menghantar anaknya ke sekolah atau tidak apabila si kecil jatuh sakit, terutamanya bagi anak-anak yang bersekolah. Adakah si kecil inginkan masa untuk menonton televisyen, mahu main game atau mahu bermanja-manja dengan mommies dirumah? Ataupun, adakah anak kita benar-benar sakit?

Pernahkah mommies mengalami situasi ini?Setakat ini, Cik Sora kadang-kadang tidak mahu pergi sekolah sebab malas bangun pagi. Mummynya yang garang ini paksa juga bangun.

Berikut adalah panduan ringkas mengenai simptom-simpton penyakit biasa kanak-kanak dan adakah mommies harus membenarkan si kecil untuk mengambil cuti sakit atau tidak.

Benarkan si kecil untuk mengambil cuti sakit jika:

1. Demam

Simptom ini harus dipandang serius oleh mommies dan si kecil harus mengambil cuti sakit. Sebelum si kecil kembali ke sekolah, mommies harus pastikan si kecil bebas daripada sebarang ubat sekurang-kurangnya 24 jam.

2. Cirit-birit

Apabila si kecil mengalami cirit-birit, cara terbaik adalah merawat si kecil dirumah. Ini mungkin disebabkan jangkitan virus dan mommies perlu memberi si kecil air yang secukupnya.

3. Muntah

Pastikan si kecil berada dirumah sehingga muntahnya hilang dalam masa 24 jam. Mungkin si kecil rasa tidak selesa dan akan muntah beberapa kali. Mommies harus pastikan si kecil berhenti muntah baru benarkan si kecil kembali ke sekolah.

4. Batuk

Jika si kecil mempunyai batuk yang serius dan mengalami kesusahan untuk bernafas, mommies perlu bawa si kecil ke klinik. Si kecil perlu berehat dirumah sebab penyakit batuk boleh berjangkit kepada kanak-kanak lain. Tetapi sekiranya batuk tersebut tidak serius, si kecil mungkin boleh pergi ke sekolah.

5. Ruam

Ruam kulit mungkin simptom jangkitan serius seperti impetigo. Mommies harus membawa si kecil ke klinik jika ruamnya menjadi teruk.

6. Sakit mata (konjunktivitis)

Sakit mata ini boleh berjangkit dengan kanak-kanak lain dengan cepat. Jadi, si kecil perlu berada dirumah sehingga doktor mengatakan si kecil OK untuk ke sekolah.

Hantar si kecil ke sekolah jika:

1. Sakit perut

Sakit perut ini boleh disebabkan oleh pelbagai faktor seperti keracunan makanan dan keresahan. Jika si kecil tidak mengalami cirit-birit, tidak sembelit dan tidak mengalami simpton-simpton lain yang serius mommies boleh hantar si kecil ke sekolah.

2. Jangkitan telinga

Sama seperti batuk,mommies perlu periksa semua simptomnya sebelum membuat keputusan untuk membenarkan si kecil mengambil cuti sakit. Jika telinga si kecil tidak begitu sakit, hantarnya ke sekolah.

3. Hidung berhingus

Jika hingus si kecil tidak begitu serius, hantarnya ke sekolah. Ini supaya si kecil tidak ketinggalan waktu sekolah yang banyak.

Apapun, mommies harus mempercayai naluri hati. Jika si kecil kelihatan penat dan bukan seperti dirinya (seperti tidak mahu bermain) pastikan si kecil berada di rumah. Periksalah jika si kecil mempunyai symptom-simpton yang lain.

Always & Forever,

Eva Matt’s

Discovering Parenthood.