Hello Beautiful!

How are you?

Perubahan hormon ketika hamil boleh membuatkan anda terasa sedikit janggal. Mungkin juga anda merasa keliru, risau bila secara tiba-tiba mengalami hidung berdarah. Bila mommies tidak pernah mengalami pengalaman ini, of course boleh menyebabkan kita merasa panik dan tertanya-tanya adakah simpton hidung berdarah semasa mengandung berbahaya.

Faktor-faktor hidung berdarah:

  • Hormon kehamilan progesteron dan estrogen menyebabkan pembuluh darah terbuka semakin luas atau membesar. Pada masa yang sama, bekalan darah dalam badan yang bertambah memberi tekanan kepada urat halus pada hidung.
  • Terdedah ataupun mengalami sebarang alergi. Membran mukus di dalam hidung lebih cenderung kering dan ia akan menyebabkan pembuluh darah lebih mudah pecah.
  • Jika semasa hamil anda mengalami selesema dan jangkitan, ia boleh mendorong pendarahan hidung kerana membran mukus yang kering dan ini menyebabkan salur darah boleh pecah. Begitu juga dengan iritasi dan jangkitan yang berlaku pada hidung turut mendorong kepada pendarahan.
  • Persekitaran yang kering kerana membran hidung akan menjadi kering dan memberi peluang yang besar kepada pendarahan.
  • Jumlah dan tekanan darah yang bertambah semasa hamil, menyebabkan salur darah dalam badan cenderung untuk mengembang dan menjadi nipis. Jadi, ia boleh mendorong kepada terjadinya pendarahan hidung.
Atasi Hidung Berdarah Ketika Hamil

Atasi Hidung Berdarah Ketika Hamil

Apakah yang boleh dilakukan untuk mengelak hidung berdarah?

  • Kekalkan hidrat
    Mommies digalakkan untuk minum banyak air bagi mengekalkan badan mempunyai jumlah cecair yang mencukupi. Membran mukus di dalam hidung mudah menjadi kering dan boleh menyebabkan salur darah mudah pecah.
  • Jangan hembus hidung
    Elak lakukan hembusan hidung kerana ia boleh menyebabkan tekanan pada rongga dan seterusnya mendorong kepada salur darah pecah.
  • Jangan dongak kepala
    Elakkan mendongak kepala ke belakang semasa pendarahan hidung kerana ia membuatkan darah mengalir ke dalam tekak dan mungkin membuatkan mommies merasa sakit. Sebaliknya, anda boleh bersandar dan bernafas melalui mulut. Mommies boleh gunakan pek ais dan letakkan di bahagian hidung untuk menghentikan pendarahan.

Perlukah saya risau dengan pendarahan hidung?

Jika pendarahan berlanjutan dan tidak menunjukkan tanda untuk berhenti setelah 20 minit, walaupun anda cuba mengawalnya dengan menekan bahagian hidung dan juga letak pek ais, maka mommies perlu berjumpa dengan doktor.
Jika pendarahan semakin banyak dan ia mula memasuki bahagian tekak dan mulut, anda mungkin mengalami pendarahan di belakang hidung. Mommies mungkin tidak boleh menghentikan pendarahan tersebut tanpa pemantauan pakar. Selain itu, jika kes pendarahan hidung ini tidak dapat dikawal mommies mungkin perlu dimasukkan ke dalam wad untuk pemerhatian lanjut.
Cara Elak Hidung Berdarah Semasa Hamil

Cara Elak Hidung Berdarah Semasa Hamil

Walaupun mummy merasa risau dengan pendarahan hidung ini tetapi ia hanyalah masalah sementara yang akan hilang selepas anda melahirkan. Semoga bermanfaat!

Always & Forever,

Eva Matt’s | 1105221

Stories of AveHeart | Discovering Parenthood