Kudis Buta / Scabies

Apa itu ‘Scabies’?

Scabies

Scabies

Scabies atau dikenali sebagai kudis buta adalah sejenis jangkitan kulit yang boleh berjangkit melalui infestasi hama anthropod atau dikenali sebagai Sarcoptes Scabie. Kudis buta ini dijangkiti melalui sentuhan langsung ‘skin to skin’. Kanak-kanak termasuk dewasa turut berisiko untuk dijangkiti penyakit ini.

Bagaimanakah Jangkitan Boleh Terjadi?

Hama adalah sejenis makhluk seperti serangga yang membentuk laluan atau terowong di bawah lapisan luar kulit. Hama ini akan bertelur di bawah kulit dan menghisap darah daripada mangsanya. Scabies betina akan masuk ke dalam kulit dan meninggalkan bahan buangannya (debris), telur dan najis hama. Ia menyebabkan berlakunya tindak balas alergi seperti gatal-gatal dan reaksi imunologi pada kulit. Lazimnya, Scabies betina boleh mengeluarkan sebanyak 90 telur sepanjang hayatnya lebih kurang 30 hari.

Kesan Jangkitan Scabies

Kanak-kanak yang terkena Scabies akan mengalami gatal-gatal pada badan terutamanya pada waktu malam. Bintik-bintik berair (vesicles) akan kelihatan termasuk kesan trak Scabies dalam kulit dan kulit mengelupas pada celah-celah jari tangan atau kaki. Selain itu, kesan yang sama akan kelihatan pada ketiak, anggota sulit dan pusat. Scary!
Awas Jangkitan Scabies

Awas Jangkitan Scabies

Rawatan Yang Boleh Dilakukan

  • Cuci pakaian dan cadar yang telah digunakan oleh orang yang dijangkiti dengan air panas
  • Masukkan alat permainan, objek atau lain-lain barang yang tidak boleh dicuci ke dalam beg plastik yang tertutup dan simpan sekurang-kurangnya 7 hari. Ini membolehkan hama dan telurnya mati.
  • Perabot dan tempat tidur perlu dibersihkan sekerap yang mungkin.
  • Pastikan ruang udara dapat mengalir dengan baik di dalam rumah termasuk bilik tidur anak-anak.
  • Bila berjumpa doktor, beliau akan memberi ubat sapu untuk membunuh Scabies dewasa, larva dan telur pada anggota badan. Beri perhatian kepada celah-celah jari kaki dan tangan serta di bahagian hujung kuku anggota badan.

Langkah Berjaga-jaga

  • Elakkan ubat terkena mata
  • Jangan sapu pada kulit yang luka atau yang dijangkiti kuman.
  • Dapatkan bantuan perubatan untuk bayi berumur dua bulan hingga dua tahun. Minta panduan dan nasihat doktor terlebih dahulu. Ini kerana sesetengah ubat sapu ini tidak boleh digunakan terhadap bayi berusia kurang dari dua bulan.

Pencegahan

  • Kenal pasti rawatan mengenai penyakit ini untuk mengawalnya daripada terus merebak.
  • Pesakit yang dijangkiti Scabies sepatutnya dikecualikan datang ke sekolah kerana ia adalah penyakit berjangkit.
  • Amalan kebersihan boleh mengelak kudis buta daripada merebak.

Semoga Bermanfaat!

www.aveheart.com