Cirit-birit adalah dikenalpasti sebagai kekerapan membuang air besar dan najis cair yang berlarutan beberapa hari hingga seminggu. Cirit-birit yang dialami oleh bayi tidak boleh dipandang ringan kerana kekerapan membuang air besar cair boleh menyebabkan kehilangan bendalir dan elektrolit tidak seimbang yang dikenali sebagai dehidrasi / kekurangan air dalam badan. Dehidrasi adalah komplikasi cirit-birit yang teruk dikalangan bayi.
Anak Eva, Tito pernah mengalami cirit birit yang teruk dan kami terpaksa ke hospital kerana Tito tidak mahu makan, at the same dia kembung perut, muntah dan tidak aktif. Kami sangat risau kerana berat badannya menurun disebabkan kehilangan air yang banyak dalam badan. After seminggu, barulah Tito kembali aktif. Syukur.

Punca cirit-birit:

  • Jangkitan bakteria seperti Shigella, Escherichia coli dan virus seperti rotavirus serta parasit.
  • Intoleransi makanan
  • Tindak balas terhadap ubat tertentu
  • Penyakit usus

Tanda-tanda cirit-birit:

  • Mulut kering
  • Mata cengkung
  • Kulit kering dan berkedut
  • Sedikit atau tiada air mata bila menangis
  • Tidak kencing selama 4 – 6 jam atau kencing kurang daripada 3 kali sehari
  • Ubun bayi kelihatan lekok
  • Tidak aktif atau tidak bermaya
Bahaya Cirit-birit

Bahaya Cirit-birit

Rawatan untuk cirit-birit:

  • Beri bayi minum lebih susu ibu atau susu formula seperti formula tanpa laktosa
  • Elakkan air kosong, minuman soda, minuman sukan, jus buah-buahan dan sup ayam.
  • Rumusan minuman untuk hidrasi (ORS) berkesan menggantikan bendalir badan dengan segera. Tanya doktor tentang jenis minuman untuk hidrasi yang boleh diberikan, sukatannya dan tempoh pengambilannya.

Bagaimana ibu boleh menjaga bayi bila mengalami cirit-birit?

  • Tukar lampin si manja anda selepas setiap kali dia membuang air besar.
  • Sapu gel petroleum atau krim pada punggung bayi untuk melegakan kesakitan.
  • Tambah minuman dan teruskan diet biasa bayi.
  • Jika umur bayi melebihi enam bulan dan bayi mengalami cirit-birit selama lebih 24 jam, anda boleh memberikan bubur nasi, pisang lenyek, bijirin, lobak merah lenyek, kentang lenyek dan makanan berserat tinggi yang lain.
  • Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesyorkan pemberian makanan tambahan zink untuk kanak-kanak yang mengalami cirit-birit selama 10 – 14 hari, semasa dan selepas cirit-birit kerana ia mengurangkan tempoh dan tahap keterukan cirit-birit. Mami boleh minta makanan tambahan zink daripada doktor anda.
  • Jangan beri ubat untuk menghentikan cirit-birit kecuali diarahkan oleh doktor.

 So, mami perlu alert apabila bayi kerap membuang air besar yang mungkin meningkat secara tiba-tiba atau terdapat perubahan pada rupa najisnya. Segera berjumpa doktor sekiranya anak mengalami cirit-birit yang teruk.
Semoga bermanfaat!
www.aveheart.com

www.aveheart.com