Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!
Bahaya Diet Yoyo Yang Mesti Anda Tahu
Health Tips

Bahaya Diet Yoyo Yang Mesti Anda Tahu!

Mula berdiet?
Apabila anda memutuskan untuk berdiet, jangan sampai tersalah langkah. Pilihlah jenis diet yang sesuai dengan kemampuan tubuh anda.

Pernah dengar diet yoyo?

Apa itu Diet Yoyo?

Diet yoyo adalah apabila seseorang itu berjaya menurunkan berat badan selepas berdiet tetapi tidak mampu mengekalkan keadaan tersebut.
Berat badan yang turun naik ini biasanya terjadi kepada mereka yang berusaha untuk kurus dan akhirnya patah semangat.
Sebab itulah, ramai antara kita yang gagal dalam usaha untuk mendapatkan berat badan ideal.

Pernah anda mendengar rakan-rakan mengeluh yang mereka sudah berjaya menurunkan berat tetapi naik kembali apabila makan tanpa kawalan?

So like me

Diet yoyo ini umpama mainan yoyo yang berputar ke atas dan ke bawah. Ini bermakna seseorang akan menurunkan berat badan sesingkat mungkin untuk mencapai berat badan sasaran.
Apa yang sering dilakukan adalah diet ekstrem, berpuasa dan tidak mengambil makanan berat atau skip pengambilan makanan.

Bahaya Akibat Diet Yoyo:

Hilang nutrisi penting

Kalori hilang secara ekstrem dan menghadkan pengambilan makanan boleh menyebabkan berat badan bertambah. Inilah yang membuatkan anda stres dengan turun naik berat badan, tidak menentu.

Kurang otot

Diet yoyo ini berisiko menyebabkan kekurangan otot kerana kurang kalori yang dibakar. Gantilah dengan pola pemakanan seimbang, senaman yang teratur dan rehat yang secukupnya.

Metabolisme lambat

Ketika anda melakukan diet yoyo, metabolisme badan berjalan seperti biasa. Tetapi, berat badan mungkin naik kembali apabila anda makan secara normal semula.

Merasa tertekan

Anda merasa tertekan kerana menghadkan makanan kegemaran anda.
Bila anda mula rasa tertekan, akhirnya diet pun gagal. 
Bahaya Diet Yoyo Yang Mesti Anda Tahu
Bahaya Diet Yoyo Yang Mesti Anda Tahu

5 Penyebab Diet Gagal

  1. Diet Terlalu Ketat
    Ini berlaku kerana anda cepat tergoda dengan makanan yang menjadi pantang utama dalam diet.
  2. Tidak Sabar
    Anda terlalu ingin melihat hasil dari program diet yang anda lakukan sehingga anda cepat berputus asa kerana berat badan tidak turun seperti yang disangkakan.
  3. Proses Metabolisme Lambat
    Sejarah diet yoyo yang anda lakukan mungkin menyukarkan anda menurunkan berat badan. Ini berlaku kerana badan anda membakar kalori lebih sedikit tetapi lemak menimbun ketika anda mengambil makanan terlalu banyak.
  4. Diet Hanya Gaya Hidup Sementara
    Bila anda berjaya menurunkan berat badan semasa berdiet, anda tidak mengekalkan gaya hidup tersebut. Sebaliknya, anda kembali kepada kebiasaan.
  5. Cepat Putus Asa
    Bila anda melihat makanan kegemaran, anda terus berputus asa untuk berdiet. Keadaan itulah yang menyebabkan diet anda gagal.

Kesimpulannya, amalkan gaya hidup sihat agar dapat mengekalkan berat badan dan bentuk tubuh idaman.

Mommy to Sora Estafania, Tito Bravo and Emico Bendervat. Part-time Parenting & Lifestyle Blogger. Shaklee Mentor - Founder of #VivaciousTeam, #TicerSlim and Lifelong learner.

8 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge