Pregnancy

Bersenam Semasa Hamil: Mitos vs Fakta

share_2015_06_17_110753
Terdapat mitos yang mengaitkan antara kehamilan dan senaman semasa kehamilan. Mungkin mommies di luar sana pernah dinasihatkan supaya mengelakkan senaman semasa hamil. Namun begitu, perkara ini tidak lagi menjadi isu sebaliknya senaman dikatakan suatu aktiviti fizikal yang sihat. Mommies harus berhati-hati dengan jenis senaman yang dilakukan agar tidak memberi kesan kepada kandungan.

Jom baca artikel ini untuk tahu yang mana satu benar dan sebaliknya mengenai sesuatu senaman  agar mommies tidak ragu-ragu untuk bersenam semasa hamil.


MITOS atau FAKTA: Jika anda seorang yang kuat berjoging sebelum kehamilan anda, anda boleh meneruskan larian semasa hamil.
FAKTASelagi mommies dan kandungan selamat dan anda rasa OKAY, ahli pakar mengatakan ianya masih selamat melakukan larian sehingga bersalin. Tetapi, kalau ibu-ibu rasa kurang selesa melakukanya jadi jangan lakukan. Mommies boleh berjumpa doktor untuk mengetahui pelan senaman yang sesuai dan langkah berjaga-jaga yang berkaitan.

MITOS atau FAKTA: Jika saya tidak pernah bersenam sebelum hamil, sekarang bukannya masa untuk mula bersenam.
MITOS. Walaupun ibu-ibu tidak pernah bersenam sebelum hamil, tetapi ini bukan masa untuk goyang kaki. Mommies boleh lakukan aktiviti fizikal yang ringan seperti berenang atau berjalan-jalan di taman. Senaman ringan ini boleh membantu mommies untuk lebih relax dan tidur dengan lena.

MITOS atau FAKTA: Tidak semua senaman selamat untuk ibu mengandung.
FAKTA. Senaman seperti bermain futsal, hiking atau menunggang boleh merisikokan ibu-ibu semasa hamil. Ini kerana senaman tersebut melibatkan keseimbangan dan bila kandungan ibu-ibu mencapai empat bulan, keseimbangan badan akan mula terganggu. Jadi, elakkkan jenis senaman tersebut.

MITOS atau FAKTA: Jika saya bersenam secara berlebihan semasa hamil, saya sebenarnya akan mengambil semula nutrient yang disalurkan kepadanya dan baby tidak dapat membesar dengan sempurna.
MITOS. Realitinya, baby akan mendapatkan keperluan yang dia mahukan. Jadi, jika berlaku apa-apa, ibu-ibu yang sebenarnya merosakkan nutrient simpanan sendiri. Simpanan baby tiada apa-apa masalah. Bayi yang dilahirkan ketika ibunya bersenam adalah dalam keadaan tidak berlemak, tetapi saiz organ badannya dan kepala masih normal.

So, mommies perlu pilih senaman yang sesuai dan rasa selesa untuk melakukannya.Be alert dengan tanda-tanda amaran seperti pendarahan vagina, kebocoran cecair daripada vagina, kurang pergerakan fetus, lemah otot, pening, sukar bernafas atau sakit dada supaya mommies berhenti melakukan senaman serta merta dan berjumpa dengan doktor.

 

Mommy to Sora Estafania, Tito Bravo and Emico Bendervat. Part-time Parenting & Lifestyle Blogger. Shaklee Mentor - Founder of #VivaciousTeam, #TicerSlim and Lifelong learner.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge