To Supermom
Hello, Mommies!
Sempena cuti sekolah ini, apa kata kita buat sesuatu yang happy sahaja dengan anak kita? Kita bermula pada 1st December sehingga 31 December. Setiap hari, dalam masa 31 hari, ada 31 cara kita meluangkan masa bersama-sama anak, do something with them.
Cabaran 31 hari ini memang biasa kalau kat instagram, #photochallenge. Mami mesti biasa buat kan? It just a simple checklist, untuk kita mengingatkan diri sendiri dan making memories with our children. Tak kisahlah, anak kita masih baby, toddler atau teenager.
Ajak kawan-kawan buat cabaran ini, the more the merrier! Yeah, (excited sorang-sorang).Hehehe.

Be the Mom you want them to remember

 

Cabaran 31 Hari Untuk Mami dan Anak

Cabaran 31 Hari Untuk Mami

Cabaran 31 Hari Untuk Mami

Cabaran 31 Hari Untuk Ibu dan Anak

So, let’s start!

Day 1 : Tanya anak anda – Apa yang perlu kita buat bersama bulan ini?
Day 2 : Cium anak anda ketika mereka tidur.
Day 3 : Buat kad ucapan bersama-sama.
Day 4 : Fokus hari ini – Joy. Jangan marah-marah ya.
Day 5 : Ajar anak satu benda yang boleh dia buat sendiri. Contohnya, buat sock puppets.
Day 6 : Bayangkan anak anda bila berumur 25 tahun akan datang. Fikirkan yang baik-baik sahaja.
Day 7 : Beri kata-kata semangat untuk anak hari ini. Yes, you can do it!
Day 8 : Ketawa bersama-sama anak hari ini. Kihoi!
Day 9 : Tanya pendapat anak anda tentang sesuatu topik. Kenapa anda suka zombie?  Soalan Eva nak tanya dengan Cik Sora.
Day 10 : Peluk anak at least 3 kali hari ini.
Day 11 : Lukis ‘maze / laluan’ di kertas mahjong yang besar untuk anak anda selesaikan. Letak gambar anak ketika baby di START dan gambar terkini di END.
Day 12 : Bawa anak ke beach dan bina sand castle bersama. Awas, anak tidak mahu balik.Hehe.
Day 13 : Beritahu anak anda – Saya sangat bersyukur (nama anak) adalah anak mami. Mami sangat bersyukur Sora dan Tito adalah anak songkials mami yang comel!
Day 14 : Fokus hari ini – Kesabaran. Sabar, sabar, sabar. Tarik nafas, hembus nafas bila anak buat perangai.
Day 15 : Ingatkan diri kita – Menjadi ibu adalah anugerah yang terindah.
Day 16 : Be kind today. Surprise kat anak, bagi hadiah ke, bagi cokelat.
Day 17 : Menyanyi bersama anak #karoks. Biarlah hujan, boleh tidur.
Day 18 : Berdoa khas untuk anak anda. Pray for wisdom.
Day 19 : Tutup TV, komputer, mobile phone bila anak bersama anda /  No gadget day.
Day 20 : Berikan kata-kata pujian kepada anak. Good job dear!
Day 21 : Bermain dengan anak. Ibu jadi pelajar, anak jadi cikgu. Dengar cakap cikgu ye, mami.
Day 22 : Masak makanan kegemaran anak. Anak Eva suka makan sup kosong dan nasi putih. Mudah disediakan.
Day 23 : Ajar anak perkataan baru in any language.
Day 24 : Bawa anak bersiar-siar di taman permainan. Anak Eva pernah menangis tidak dapat masuk playground sebab area itu kawasan larangan. Nasib baik ada insan baik hati, bawa kami masuk. Lepas itu, anak-anak tidak mahu balik. Then, mami yang nangis sebab hari sudah gelap.Haha.
Day 25 : Fokus hari ini – Kemaafan.
Day 26 : No yelling today!
Day 27 : Berikan perhatian kepada anak bila dia bercakap. Tengok anak, jangan bagi telinga ja.
Day 28 : Selfie / wefie bersama anak.
Day 29 : Menari bersama-sama anak. Pasang muzik then dance!
Day 30 : Minum milo panas / suam bersama- sama dengan biskut kering sambil celup-celup. Sedap geng!
Day 31 : Ucapkan I LOVE YOU kepada anak. To my dearest #soratito_songkials, Mami love you, always and forever. Amen.

The end. Kalau mami inginkan infografik ini sebagai panduan, nak print boleh drop your comments here and include your emails. Good luck, mami!

www.aveheart.com