hello beautiful
Hmm,kulit punggung bayi kelihatan merah, berbintik dan menggelupas? Oh, tidak! Ini merupakan salah satu masalah yang kerap berlaku dengan bayi baru lahir, ruam lampin. Kasihan si baby rasa tidak selesa dan selalu menangis terutamanya apabila terkena air ketika mandi.

Bahagian lampin si baby mudah dijangkiti ruam dan kudis punggung walaupun lampinnya kerap ditukar. Ini kerana kulit bayi sangat sensitif dan mudah terkena jangkitan kuman.

Ruam lampin disebabkan oleh kegatalan kulit yang berlaku apabila bahan kimia air kencing mula dipecahkan oleh kuman-kuman. Mula-mula kulit akan menjadi bintik-bintik dan lembap. Kemudian kulit menjadi tebal dan berkedut dan seterusnya menggelupas di bahagian tepi.
Eva masih ingat bila Tito kena ruam lampin. Macam-macam krim antiseptik yang dicuba namun kurang berjaya termasuklah guna kanji tepung.Hehe.Eva rasa kasihan sangat dengan Tito sebab asyik menangis bila kulit punggungnya disentuh. Beberapa hari kemudian barulah ruam lampin si Tito beransur baik. Jadi, elak ruam lampin sebelum serius!
cara merawat ruam lampin pada baby

Cara Merawat Masalah Ruam Lampin Pada Bayi:

  1. Segera tukar lampin setiap kali bayi membuang air kecil dan air besar. Bersihkan dengan air suam, bilas sehingga bersih dan lap dengan tuala lembut pada seluruh punggung dan dicelah-celah paha sehingga ia kering.
  2. Bersihkan bahagian kelamin dan punggung dengan rapi setiap kali bayi membuang air besar. Pastikan kulit bayi bersih dan kering sebelum memakaikan lampin baru.
  3. Sapukan sedikit krim yang mengandungi antiseptik bagi melegakan radang yang dialami. Krim ini juga membantu menghapuskan kuman-kuman pemecah kandungan air kencing.
  4. Gunakan krim pada bahagian lampin secara konsisten kerana ia mampu mencegah jangkitan di samping melegakan dan memberi keredaan kepada kulit bayi yang masih lembut.
  5. Biarkan bayi tidak memakai lampin seberapa lama yang boleh bagi mempercepatkan pemuliharaan.
  6. Pilih lampin pakai buang yang mempunyai serapan yang tinggi supaya dapat mengurangkan kelembapan yang terkena pada kulit bayi. Mami boleh guna lampin kain kerana ia lebih semulajadi.
  7. Jika ruam lampin bayi disebabkan oleh alahan tertentu, masalah tersebut akan hilang sendirinya selagi mami tidak menggunakan kembali produk yang menyebabkan ruam itu pada bayi.
  8. Ruam lampin biasanya pulih selepas 3 – 4 hari. Jika masalah ruam lampin tidak pulih dan semakin serius, bawa bayi berjumpa dengan doktor atau pakar pediatrik. Ini mungkin ruam lampin sudah berkembang dan menjadi jangkitan kandida atau infeksi bakteria yang menimbulkan kesakitan dan rasa tidak selesa pada bayi. Doktor akan memberikan nasihat bergantung pada penyebabnya.
tip elak ruam pada bayi

Tips Elak Ruam Lampin:

1. Biarkan bayi tanpa memakai lampin seberapa yang boleh.
2. Kerap menukar lampin setiap kali bayi membuang air kecil dan air besar.
3. Sapukan sedikit krim antiseptic pada punggung setiap kali menukar lampin.
4. Elakkan guna bedak talcum kerana ia boleh menyebabkan geseran dan berlaku iritasi.
5. Pastikan lampin yang dipakai longgar dan ada ruang pengaliran udara di sekeliling punggung bayi.

Semoga cara ini membantu mommies merawat ruam lampin dengan jayanya. Terus fikiran mami pun tenang.Hehe 🙂

www.aveheart.com