Hello, Mami!

Mesti excited nak raikan majlis hari jadi si manja yang pertama kan. So, bagi memastikan apa yang dirancang berjalan lancar, sudah tentu kita memerlukan persiapan rapi agar majlis meraikan hari jadi si manja yang pertama meninggalkan kenangan manis untuk anak dan family.

Jom kita lihat senarai semak supaya mami dapat merancang majlis hari jadi si manja.

#1 Tarikh dan masa

Selalunya pemilihan tarikh dan masa adalah bergantung kepada si mami. Majlis boleh diadakan pada tarikh sebenar birthday / tunggu sahaja hujung minggu / cuti umum.

#2 Lokasi

Lokasi majlis boleh dilakukan dirumah atau di tempat lain. Eva lebih suka adakan majlis dirumah memandangkan family tinggal berdekatan.

#3 Bajet

Ni part genting, hehe. Mami dan Daddy perlu berbincang dan menetapkan bajet. Perancangan awal yang teliti dapat mengelakkan insiden terlebih bajet.

#4 Tema

Jika si manja masih kecil, selalunya mami yang tentukan tema yang sesuai. Macam-macam tema yang boleh dipilih seperti ala-ala princess, football, superhero, kereta dan hello kitty.

#5 Kek

Mami boleh menempah kek dan hias sendiri secara kreatif pun boleh. Atau, boleh search kat Mr. Google design kek yang diinginkan dan minta baker untuk buat. Harga kek selalunya bergantung kepada design, berat kek dan flavour.

#6 Tetamu

Jumlah tetamu yang hadir ini bergantung dengan bajet kita. Untuk 1st birthday si manja, mami mungkin boleh limitkan kepada family sahaja.

#7 Beg Cenderahati

Beg cenderahati ini boleh dibeli dikedai / mami boleh membuat beg sendiri. Boleh gunakan brown / white paper bag sebagai pek parti. Pelbagai jenis barangan boleh dimasukkan dalam beg cenderahati termasuk coklat, candies, toys, water colour dan buku lukisan.

#8 Aturcara majlis

Untuk memastikan majlis berjalan lancar, mami perlu tetapkan masa majlis bermula dan berakhir.

#9 Aktiviti majlis

Untuk majlis hari jadi si manja yang pertama, acara permainan boleh disediakan / mami boleh menempah badut untuk menghiburkan adik-adik kecil yang datang ke majlis.

#10 Pembantu majlis

Pembantu majlis ini sangat penting supaya tetamu dapat dilayan dengan sempurna. Selalunya, pembantu majlis ini adalah dikalangan family kita.

#11 Makanan dan minuman

Berdasarkan jumlah tetamu yang bakal datang, mami boleh rancang jumlah makanan dan minuman yang mencukupi untuk para tetamu. Mami boleh memasak sendiri / tempah catering.

#12 Kad jemputan

Maklumat seperti tarikh, masa majlis, majlis apa, lokasi, tema dan sahkan kehadiran mesti ada dalam kad jemputan.

Lepas ini, mami boleh rujuk senarai semak tersebut dan hopefully, majlis berjalan dengan baik.

Have fun!

IMG_4599

Sora 1st Birthday

Tito 1st Birthday

Always & Forever,

Eva Matt’s

Discovering Parenthood