Hello
Pernahkah mami mengalami situasi ini apabila si kecil yang berusia 8 tahun tiba-tiba terjaga dari tidurnya pada waktu malam sambil menangis dan merungut kakinya sakit? Lalu mami menenangkannya dengan mengurut dan menggosok kakinya yang sedang sakit. Mami mungkin terfikir perlukah mami memberinya ubat atau berjumpa dengan doktor?
Situasi ini mungkin menunjukkan si kecil sedang mengalami growing pains. Ia selalunya terjadi sebanyak dua kali – pada zaman awal kanak-kanak iaitu di antara tiga hingga lima tahun dan kemudian, lapan hingga 12 tahun.

Penyebab “Growing Pains”:

  • Tiada bukti kukuh yang menunjukkan bahawa pembentukan tulang menyebabkan apa-apa kesakitan.
  • Penyebab biasa adalah kesakitan dan ketidakselesaan yang disebabkan oleh lompatan, aktiviti berlari dan memanjat yang dilakukan kanak-kanak aktif pada waktu siang.
  • Kanak-kanak mungkin merasa sakit kerana mereka mempunyai hari yang aktif.

Simptom-simptom “Growing Pains”:

  • Growing pains selalunya terjadi di otot-otot dan bukan hanya di sendi-sendi.
  • Kanak-kanak selalunya mengadu kesakitan di bahagian depan paha, betis atau belakang lutut.
  • Sendi-sendi yang terjejas dengan growing pains kelihatan normal berbeza dengan sendi-sendi yang terjejas dengan penyakit serius di mana kelihatan bengkak, merah, sensitif atau panas.
  • Growing pains dapat dirasakan pada akhir waktu tengahari ataupun awal malam {sebelum waktu tidur} dan kesakitan ini kadangkala mengejutkan si kecil daripada tidurnya.
Bahayakah Growing Pains

Bahayakah Growing Pains

Mendiagnosis “Growing Pains”:

  • Doktor akan mendiagnosis dengan cara pesakit memberi respon kepada sentuhan di bahagian yang sakit itu.
  • Kanak-kanak yang mempunyai growing pains akan rasa lebih elok apabila disentuh, diurut dan dipeluk.
  • Kanak-kanak yang mempunyai penyakit serius tidak suka disentuh kerana sebarang pergerakan akan menyebabkan kesakitan.
  • Diagnosis growing pains dikenali sebagai diagnosis ‘pengeculian’ (exclusion). Ini bermakna, penyakit lain harus ditolak sebelum diagnosis growing pains
  • Sejarah perubatan dan pemeriksaan fizikal akan dilakukan sebelum doktor boleh memberi apa-apa diagnosis.

Cara membantu si kecil mengurangkan sakitnya:

  • Mengurut bahagian yang sakit
  • Regangan
  • Bahagian yang sakit dituam dengan kain panas.

Berjumpalah dengan doktor bila si kecil:

  • Sentiasa rasa sakit pada waktu pagi atau pembengkakkan di sesuatu bahagian atau sendi
  • Sakit yang disebabkan oleh kecederaan
  • Demam
  • Tempang
  • Ruam yang pelik
  • Kehilangan selera makan
  • Lemah
  • Penat
  • Kelakuan yang pelik

Simptom-simptom diatas tidak disebabkan oleh growing pains dan harus diperiksa oleh doktor.

Growing pains tidak berbahaya dan bukan disebabkan oleh penyakit serius tetapi ia boleh mengganggu kanak-kanak dan ibu bapanya. Tenangkan si kecil dengan memujuknya supaya kesakitan growing pains akan hilang.

www.aveheart.com